MeMori UnTuk DikeNanG..

Hari ini aku bersempatan untuk melangkah ke perpustakaan. Tujuanku hanya satu, hanya untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi entah mengapa aku memerlukan seorang teman untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kemudian terlintas di fikiranku untuk mengajak seorang teman yang sudah lama tidak keluar bersamanya. Kemungkinan ku rindukan gelak tawa temanku itu.

kemudian aku mempelawa dia untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran dan ajakan ku diterima dengan baik. Destinasi pilihanku ialah Perpustakaan Peringatan Za’ba dan sungguh tidakku sangka bahawa dia teringin sangat mahu ke sana. Aku keheranan mengapa dia begitu beriya-iya mahu ke sana. Setelah diselidiki, rupa-rupanya dia tidak pernah menjejaki kaki ke Perpustakaan Peringatan Za’ba. Perkara ini sedikit sebanyak mengundang rasa geli hati dan perkara ini tidak dapat ku selindung, lantas ku ketawa dan temanku hanya tersenyum.

Semasa kami mengulangkaji pelajaran, kami ada selitkan perbualan kosong. Kadang-kadang kalau terus mengulangkaji pelajaran tanpa menyelitkan perbualan agak membosankan juga. Tiba-tiba temanku memberitahu bahawa dia tidak pernah melawat ke Muzium Seni Asia. Tanpa berfikir panjang, aku mempelawa temanku untuk ke sana selepas selesai mengulangkaji pelajaran.

Setelah tibanya di muzium, aku tengok temanku begitu teruja apabila dapat melawat Muzium Seni Asia. Pada masa yang sama, temanku bertuah kerana terdapat pameran ‘keamanan’ dan dia sempat mempelajari cara membuat origami sebagai simbolik kepada mesej keamanan. Aku lihat dia bersungguh-sungguh untuk mempelajari membuat origami. Akhirnya dia berjaya dan aku kagum dengan sikapnya yang tidak suka mengalah.

Dalam perjalanan balik daripada Muzium Seni Asia, aku teringat yang temanku belum menunaikan solat dan aku mengajaknya ke Komplek Perdana Siswa tetapi ajakan ditolak. Dia mengajakku balik tetapi aku menyarankan dia menunaikan solat dahulu di Fakulti Sains sebelum balik ke kolej. Selesai sahaja temanku bersolat, hujan mula turun dengan lebatnya dan kami terperangkap di situ. Tiba-tiba perutku mula berkeroncong, aku memberitahu kepada temanku akan perihal tersebut. Kemudian kami mula menjelajah Fakulti Sains untuk mencari kafetaria tetapi siri penjelajahan kami menemui kegagalan. Akhirnya hujan mula berhenti dan kami mengambil keputusan untuk balik ke kolej.

Dalam perjalanan balik ke kolej, temanku ada memberitahu terdapat satu tempat makan ‘best’ di Fakulti Sains Komputer. Mendengarkan cerita dia, ku tertarik untuk makan dekat sana. Tanpa berlengah, kami pergi ke tempat makan tersebut yang dinamakan Yaya D’Rimba CafĂ©. Tidak aku sangka tempatnya begitu menarik dan sesuai dengan namanya. Makanan dekat situ agak menarik kerana menawarkan banyak pilihan terutama kepada pengemar makanan barat. Semasa kami tengah makan, hujan mula turun dan sekali lagi kami terperangkap. Sesudah hujan mula reda, kami terus bertolak balik ke kolej kediaman dan berakhirnya sebuah memori yang akan baik untuk dikenang. Sesungguhnya memori ini tidak aku lupakan sehingga akhir hayat. Terima kasih temanku.

MuSIm PePeRaNGAn..

Hari ini entah mengapa hatiku terdetik untuk mengemaskini blogku yang tidak seberapa ini. Hal ini kemungkinan besar akibat permintaan daripada seorang teman untuk mendengar rentetan cerita atau kisah yang dialami diriku, tidak ku sangka ada juga teman yang rindukan coretanku.

Seperti yang diketahui, musim peperangan di dalam dewan peperiksaan kini sedang meletus dan wujudnya satu fenomena yang amat luar biasa. Apakah tidaknya, ramai pejuang-pejuang telah sedaya upaya melengkapkan senjata masing-masing sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Tidak ada lagi kumpulan pejuang yang leka tanpa mempersiapkan senjata mereka hingga membuatkan suasana kampus seperti tiada penghuni. Pengalaman ini aku dapat saksikan sendiri pada petang tadi, suasana kampus senyap sunyi dan tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang seperti sebelum ini.

Sempena musim peperangan ini, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan semoga berjaya kepada teman-teman seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan. Seperti kata orang putih “ gudluck and do the best “.

Comments

SaPe Mahu SoaLaN EXam??

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Di sini aku nak berkongsi link soalan exam tahun-tahun lepas bersama anda semua khususnya kepada pelajar UM...

http://202.185.97.87/umexams/

jangan segan-segan nak klik yer..

Comments

Ampang + Penat + Bersiar-siar...

Kring…kring…kring..telefon bimbitku kedengaran hingga mengejutkan aku daripada lamunan. Ku menoleh ke arahnya, kemudian berfikir sejenak siapakah gerangan orangnya yang menelefonku. Ku terpinga-pinga apabila mendapati tiada paparan nama, yang ada cuma paparan nombor yang tidak ku kenali. Lantas ku menjawabnya perlahan..

Pemanggil : fiz, demo ko nih

Aku : yup, kawe la nih..guano?? sapo nih erk

Pemanggil : kawe la Azlan..demo free x mlm nih..

Aku : hmm kawe free jer

Azlan : kawe nk suh demo g cari maklumat kerjaya malam nih..leh ke x??

Aku : ok jer

Azlan : pergi dgn balqis ok..

Aku : ok..

Tidak lama kemudian, balqis menelefonku. Dia memberi arahan supaya bertolak awal daripada kolej kerana tempat yang hendak dituju agak jauh dan kami tidak mengenali tempat tersebut berada dalam kawasan mana. Selepas sembahyang maghrib, aku bercadang menaiki bas untuk berjumpa dengan Balqis namun hasratku terpaksa dibatalkan kerana Balqis menggesa ku supaya mengambil teksi. Namun ia agak berbaloi kerana kata Balqis, aku boleh menebus kembali duit tambang dengan pengarah projek.

Setelah sampai ke ruang legar rumah Balqis, aku cuba mencari dia namun dia tidak kelihatan. Dalam masa 25 minit kemudian, aku terlihat samar-samar kelibat seorang perempuan dan ku cuba meneka perempuan tersebut ialah Balqis. Tekaanku adalah tepat. Kemudian Balqis memberitahu bahawa Faizul akan turut serta bersama kami dan aku bermonolog dalaman ( ok juga macam itu kerana aku kurang biasa dengan Balqis).

Selepas kami bersedia untuk pergi ke tempat yang dituju, aku mula bertanya kepada Balqis. Ke manakah tempat yang hendak kita tuju sebenarnya. Kata dia, jalan melor kampung Ampang. Kemudian kami bercadang untuk ke stesen LRT Universiti dengan menaiki teksi. Selepas itu, kami mengambil LRT ke Ampang Park namun dalam perjalanan kami terpaksa turun di Masjid Jamek kerana pertukaran LRT serta pertukaran idea perjalanan yang direncanakan oleh Balqis, aku hanya menuruti sahaja.

Setelah pertukaran LRT, kami mengambil tiket ke Stesen Ampang. Terkejut juga apabila ku lihat tambang LRT ke Ampang iaitu RM5.60 sehala tetapi rupa-rupanya ku terlepas pandang, ia adalah tiket pergi dan balik. Gelabah juga aku seketika. Semasa di dalam LRT, kepalaku mula berpusing-pusing dan seperti mahu muntah namun ku gagahi juga. Akhirnya ku dan kawan-kawan berjaya sampai ke Ampang. Kami pun bercadang untuk mengambil teksi untuk ke Taman Melor namun pemandu teksi enggan menghantar kami ke sana kerana terdapat perarakan apa entah, aku dan kawan-kawan tidak faham. Terpaksa la kami bertiga jalan kaki ke Taman tersebut. Kalau nak cakap penat, bukan main penatnya kerana Taman tersebut agak jauh daripada stesen LRT. Jam menunjukkan pukul 9.10 malam, kami terus mencari taman tersebut sambil bertanya kepada orang sekeliling.

Akhirnya kami berjaya sampai ke Taman Melor, hajat kami sudah hampir tercapai. Tiba-tiba, salah seorang daripada kami bertanya “apakah alamat penuh tempat yang kita nk tuju”?? Balqis terpinga-pinga kerana dia tidak mengetahui alamat lengkap tempat yang hendak dituju. Kata dia, orang yang kita hendak jumpa tinggal di jalan Melor, kampung Melayu Ampang. Setelah diselidiki, jalan Melor mempunyai 4 lorong dan kami tidak pasti mana satu tempat yang hendak dituju. Balqis ada menelefon orang yang kami nak jumpa namun 50 kali panggilan ke nombor telefon beliau tidak berangkat. Kami mula panik. Sambil itu, kami pusing-pusing satu perumahan hingga kami terasa letih. Tidak lama kemudian, Balqis mula menyuarakan kekecewaan dan mengajak kami pulang. Dalam fikiranku, alang-alang sudah datang carilah sampai dapat. Namun begitu, ku terpaksa akur dengan Balqis yang mendapat sokongan Faizul supaya balik.

Dalam perjalanan balik, kami bercadang mengambil teksi sekali lagi untuk ke stesen LRT dan kami berjaya menahan sebuah teksi. Di dalam teksi terdapat dua kejadian yang agak mennggelikan hatiku. Kejadian pertama ialah semasa aku naik, aku tidak sedar terdapat satu bungkusan kecil di atas kerusi sebelah pemandu. Kemudian pemandu teksi memberitahu kepadaku, kalau tidak silap abang ada letak bungkusan dekat kerusi yang adik duduki. Kemudian aku meraba di belakang ********ku, terdapat satu bungkusan yang agak bersuhu suam-suam. Kemudianku ku bertanya balik kepada pemandu teksi, ini nasi abang yer, lantas beliau menjawabnya “ya nasi abang, dinner abang”. Kemudian aku terdengar kawan-kawanku tergelak besar denganku dan lantas hatiku rasa geli sangat-sangat. ku lihat pemandu teksi hanya tersenyum sahaja.

Kejadian kedua di dalam teksi ialah akibat keboringan memandu, pemandu teksi cuba bersembang dengan kami. Kami apa lagi, layan la pemandu teksi tersebut. Tidak lama kemudian, kami baru perasan bahawa percakapan pemandu teksi tersebut agak laju dan kadang-kadang kata-kata yang diucapkan tidak kena dengan topik yang kami bincangkan. Aku mula memonolog, pada fikiranku abang ini sesuai menjadi ejen insuran kerana percakapan dia lancar tetapi kena ubah dari segi jawapan supaya menjawab soalan. Setelah sampai ke stesen LRT, kami meminta resit daripada pemandu teksi tersebut untuk dijadikan sebagai bukti apabila mahu menuntut wang kami kembali dengan pengarah projek.

Semasa di dalam LRT, kami membelek-belek satu persatu resit yang kami kumpul. Dalam banyak-banyak resit, terdapat satu resit yang membuatkan kami bertiga geli hati. Apa tidaknya, amount atau tambang teksi yang kami naiki tadi menunjukkan sebanyak RM 4000 lebih sedangkan tambang yang dikenakan RM 8.80. kami mula berlawak dengan modal tiket tersebut. Oleh kerana resit tersebut milik aku, aku cuba berlawak aku akan tuntut sebanyak RM 4000 dengan pengarah projek. Kemudian kami bertiga ketawa terbahak-bahak sampai tidak menghiraukan penumpang LRT yang lain. Setelah aku selidiki, resit tersebut menunjukkan perjalanan sejauh 2340 kilometer dan bermula dari tahun 2000 hingga 17hb Oktober 2009. sebagai bukti, aku akan lampirkan resit tersebut tetapi aku terlupa untuk mengambil gambar resit tersebut. Lain kali aku akan tangkap gambar resit tersebut.

Sekian..

InCoMe..SaMbunGan EpiSOD 2..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pernahkah anda membaca post aku sebelum ini yang bertajuk INCOME?? Jika anda tidak pernah membacanya, sila baca untuk maklumat lebih jelas tentang coretan yang aku hendak coretkan di sini. Hal ini kerana ia mempunyai kaitan atau boleh dianggap sebagai sambungan kepada ‘entry’ yang lepas.

Seperti anda sedia maklum ( bagi mereka yang sudah membaca ‘entry’ bertajuk INCOME) , aku telah mengumpul pendapatan melalui pengiklanan ADvertlets sebanyak RM 300 lebih dan sekarang ia sudah menjangkau RM 450. namun begitu, aku terpaksa menebus sebanyak RM 300 kerana desakan daripada beberapa faktor.

Faktor utama yang mendorong untuk aku cash ialah untuk melihat sejauh mana kebenaran pihak ADvertlets serius dalam pembayaran cek terhadap para pemblogger yang menjana pendapatan melalui iklan ADvertlets. Lagi pun, aku turut tidak sabar untuk menerima cek daripada mereka. Jika benar, aku akan buktikan dengan melampirkan cek yang akan aku perolehi nanti.

Faktor kedua ialah desakan daripada kawan-kawan. Setelah aku bercerita tentang ADvertlets kepada mereka khususnya para mengikut blog aku, mereka seakan-akan kurang pasti kesahihan ADvertlets untuk membuat pembayaran kepada para pemblogger. Kawan-kawanku seakan was-was kerana untuk mendaftar pengiklanan advertlets adalah percuma sedangkan advertlets mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kepada ahlinya. Namun begitu, aku tidaklah merasa hairan kerana sudah menjadi kebiasaan sesuatu pengiklanan produk menelan belanja berjutaan ringgit untuk mempromosikannya.

Akhir sekali, aku akan lampirkan baki terkini akaun ADvertlets aku.

Comments

USUL..

salam..

Alhamdulilah berjumpa lagi kita dalam rancangan “bersama mr.beloved”. Pada hari ini tidak ada perkara yang menarik nak aku ceritakan cuma terdapat beberapa usul atau cadangan kawan aku untuk melakukan aktiviti pada petang yang hening ini. Antara usul atau cadangan kawan aku untuk aktiviti petang ini ialah bersenam atau ‘joging’ keliling satu UM. Cadangan itu sangat menarik kerana sudah lama aku tidak bersenam. Maka cadangan tersebut boleh dipertimbangkan, lagipun badan aku sudah semakin berisi ibarat ‘bluehippo”.

Selain aktiviti bersenam, pada petang ni mungkin aku akan berjumpa dengan sahabatku yang datang dari US Malaysia (USM). Tujuan beliau datang ke UM bukan semata-mata nak berjumpa aku tetapi kedatangan beliau adalah untuk mempersembahkan pementasan teater Tok Janggut. Tidak sabar rasanya nak menonton lakonan beliau kerana sebelum ini aku kenal beliau adalah seorang yang sangat pemalu tetapi tidak sangka sekarang beliau mampu berlakon. Pementasan teater ini akan dipersembahkan di Kolej 12, UM pada jam 8.45 malam ini. Aku ada mengajak kawan-kawanku untuk turut serta tetapi ramai yang menolak, alasan mereka sibuk dengan tugasan. Tetapi perkara ini tidak membantutkan hasratku untuk pergi menontonnya. Tunggu aku di sana wahai sahabatku, Mat Shahrul !!..

InCoMe..

Salam sejahtera ke atas kamu..

Sudah begitu lama aku tidak mengemaskini blog aku ini dan malam ini terdetik dihati untuk aku cuba membuat entry baru. Baiklah malam ini aku mahu berkongsi sedikit informasi tentang perkembangan bisnes pengiklanan yang sedang aku jalankan sekarang ini. Seperti sedia maklum, aku ada mengiklankan iklan dalam blog melalui ADVERTLETS. Prestasi pendapatan yang aku perolehi amatlah memberangsangkan dan membuatkan aku sangat teruja.

Sekarang pendapatan aku sudah melepasi tahap minima untuk membuat penebusan. Syarat minima untuk membuat penebusan adalah sebanyak RM 100. Namun begitu, aku belum bersedia lagi untuk membuat penebusan. Mungkin aku akan kumpul sampai RM 1000, baru aku mahu buat penebusan. Lagipun proses pembayaran cek ADVERTLETS mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 hari dan perkara ini agak mengecewakan aku sedikit. Kenapakah proses pembayaran mengambil masa yang lama??

Kadang-kadang timbul keraguan dalam hati ini, adakah ADvertlets akan membayar kepada pemblogger yang mengiklankan iklan mereka??

Namun tadi aku berkesempatan untuk membuka satu blog dan isi kandungannya menunjukkan pemilik blog tersebut telah menerima cek daripada ADVERTLETS.

Akhir sekali, tanpa segan silu aku akan melampirkan akaun ADvertlets aku







p/s : pic akaun advertlets agak kabur cz aku kurang mahir mengeditnya..jumlah baki terkumpul RM 315 something..



JaWaTAN KoSonG UnTUk ANda..

Minat dalam bidang PERTAHANAN?

Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30 NOV 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.








Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA BAJU HITAM (Cawangan Jepun)




p/s : entry ini dipetik daripada syarikat http://ameeraedora.blogspot.com

Comments

RaJa PArit..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Keadaan cuaca hari ini begitu panas sekali membuatkan aku terlentok beberapa kali. Alangkah bestnya jika dapat mandi sungai atau jeram, aku mengelamum sendirian. Sedang aku mengelamum, teringat pula hobi waktu aku sekolah rendah dahulu. Ketika itu, pada waktu petang aku dan kawan-kawan akan mandi parit di hujung kampung. Sebenarnya terdapat 3 tempat mandi parit tetapi aku hanya memilih untuk mandi di hujung kampung kerana kawasan tersebut agak cetek berbanding kawasan lain.

Nak dijadikan cerita, ada satu ketika ada cikgu displin membuat tinjauan terhadap pelajar yang mandi parit. Kata beliau, kegiatan mandi parit tidak digalakkan sama sekali kerana ia mungkin membahayakan nyawa jika berlaku kejadian lemas. Pada waktu operasi tersebut, aku telah tertangkap dan sebagai hukumannya aku dirotan pada hari keesokannya di hadapan perhimpunan dan terus aku diberi gelaran sebagai RAJA PARIT. Apa pendapat anda dengan gelaran ini??

Kini aku cuba mengimbas kenangan-kenangan lama. Kadang-kadang ia membuatkan aku tersenyum sendirian kerana begitu banyak kenangan manis semasa aku sekolah rendah dam sekolah menengah. Semua kenangan tersebut tidak akan aku lupakan sampai ke akhir hayatku.

p/s : PARIT adalah tempat alternatif yang sesuai bagi mereka yang mahu belajar berenang selain daripada jeram dan anak sungai. Harap maklum..

Comments

CiNTA DuSTa..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Adakah anda pernah mendengar “cinta dusta”?? perkara ini begitu menarik jika kita kupas secara lebih mendalam. Aku begitu berminat untuk membicarakan tentang topik ini apabila ada kawan aku yang begitu kecewa dengan seorang perempuan kerana cintanya telah didustai. Oleh kerana aku tiada kerja pada waktu tersebut, aku berkesempatan untuk mendengar luahan hati beliau. Untuk pengetahuan anda, aku begitu berminat mendengar masalah atau luahan hati orang kerana ia boleh dijadikan iktibar atau panduan apabila aku mengalami nasib yang serupa.

Kisahnya begini, suatu hari kawan aku didatangi seorang perempuan yang begitu menarik. Sememangnya perempuan tersebut agak cantik dan menjadi tumpuan setiap mata lelaki yang memandangnya. Selepas berkenalan dengan perempuan tersebut, mereka agak intim sehingga menimbulkan rasa cemburu apabila ada mata yang melihatnya. Kemudian kawan aku meluahkan hati beliau pada waktu tersebut, beliau amat menyintai dan menyayangi perempuan tersebut. Sebagai kawan, aku tumpang gembira dengan beliau walaupun kadang-kadang aku turut cemburu dengan beliau. Pada suatu hari, diibaratkan “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahhari” kawan aku telah mengetahui niat sebenar perempuan tersebut. Perempuan itu kemudiannya mengaku bahawa dia hanya berpura-pura menyintai dan menyayangi kawan aku. Mengapa begitu tergamak perempuan tersebut memperlakukan kawan aku begitu sekali?? Jawapan yang diberikan perempuan itu mudah, “aku ingin membalas dendam kepada setiap lelaki yang aku dampingi kerana mereka adalah jahat dan tidak guna”.

Melihat kepada kawanku, aku sungguh rasa bersimpati terhadap beliau. Aku cuba memujuk beliau “hey kawan !! bunga bukan sekuntum la”. Kemudian aku lihat kawan aku mula kembali bersemangat dan kemudian beliau berkata “tiada gunanya kita terlalu kecewa kerana seorang perempuan yang tidak benar-benar menyintai kita seadanya”. Tuhan itu adil, jika Dia tidak memberikan sesuatu kemahuan kita, Dia akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada kemahuan kita. InsyaAllah.

P/s :
1. Pada pandangan aku, kita sebagai manusia jangan hanya melihat sesuatu dengan kecantikan luaran sahaja tetapi kita juga perlu melihat kecantikan dalaman sesungguhnya kecantikan luaran adalah tidak kekal tetapi kecantikan dalaman akan kekal sampai ke akhir hayat..

2. Perlu diingatkan, bukan semua lelaki adalah jahat. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

MaLAng + PerSOALan..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Hari ini aku mahu menceritakan tentang kejadian malang yang menimpa diri ini. Waktu kejadian ini sekitar 2 hari yang lepas. Baiklah aku mulakan dengan kejadian malang yang pertama. Kisahnya bermula apabila aku sampai ke Kuala Lumpur. Waktu itu aku hanya berkeseorangan dan tiada teman untuk pulang ke kampus. Kebetulan waktu aku sampai hari sudah nak cerah, maka aku bercadang untuk menaiki LRT. Pada waktu tersebut, aku memonolog sendiri, jika aku ambil teksi adalah membazir kerana barang aku hanya sedikit, lagipun aku teringat pesanan kakak aku supaya berjimat. Tetapi untuk pengetahuan anda semua, aku ni memang jimat tetapi bukannya aku kedekut taw.

Berbalik kepada cerita asal, setelah aku sampai ke Stesen LRT Universiti, sekali lagi aku cuba membuat pilihan sama ada menelefon kawan, menaiki teksi atau menaiki bas rapid. Pilihan untuk menaiki teksi, aku tolak mentah-mentah. Kemudian aku telefon kawan untuk mengambil aku tetapi dia ada kerja dan menyuruh aku menaiki teksi.

Kini aku tidak mempunyai pilihan lain, pilihan yang tinggal ialah menaiki bas rapid. Kejadian malangnya ialah ketika aku mahu menaiki bas, aku baru sedar yang aku tidak mempunyai wang kecil. Dengan itu aku memasukkan RM5 sekeping ke kotak yang disediakan dan berharap mendapat baki daripada pemandu bas. Namun sangkaan aku meleset sama sekali dan harapan tinggal harapan, pemandu bas enggan memberikan wang baki kepada aku sedangkan tambang hanya RM1. aku cuba mendapatkan baki tetapi beliau mangatakan seperti berikut : “ sape suh ko letak RM5?? Kalau ko letak RM10 pun aku xkan bagi bakinya “. Bertapa sakit hatinya aku mendengar kata-kata beliau. Aku pun berlalu dan kerana sakit hati, aku tidak akan menghalalkan duit tersebut. Tetapi kekadang terfikir, apakah salahnya kalau aku menghalalkan duit tersebut. Betul tak??

Bercakap tentang BAS RAPID, ada satu persoalan yang ingin aku utarakan “siapakah yang patut dipersalahkan akibat kenaikan tambang BAS RAPID??” jika dahulu boleh menggunakan tiket yang sama untuk berulang alik ke MIDVALLEY tetapi kini sekali naik dikenakan tambang RM 1 dan bermakna tambang ke MIDVALLEY pergi-baik RM 4 daripada UM. Apakah pendapat anda??

* tiket yang sama = RM 1

p/s : perlu diingatkan bahawa jika anda mahu menaiki bas Rapid, sila sediakan duit kecil sebanyak RM 1

Di HaRi LebARAn..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama menyepikan diri selama 2 minggu, kini aku kembali untuk berblogger. Aku bukannya sengaja menyepikan diri tetapi aku sebenarnya pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Kemeriahan 1 Syawal amat terasa kerana ramai sanak saudara aku yang pulang kampung dan kami berkumpul di rumah tok mek. Pada tahun ini, aku dan sepupu tidak menyambut malam raya dengan dentuman mercun seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami hanya melihat jiran tetangga yang bermain mercun serta budak-budak kecil yang bermain bunga api. Sungguh indah saat itu dan ia mengingatkan kami kepada nostalgia semasa kami kecil. Semasa kecil, malam raya dianggap tidak lengkap jika tiada bunga api dan mercun walaupun ia bukannya berasal daripada budaya masyarakat Melayu.

Dalam menyambut Hari Raya, mesti tidak lengkap tanpa baju raya. Betul tak?? Tahun ini kami sekeluarga tidak mempunyai tema warna baju yang khusus, maka masing-masing boleh memilih warna kegemaran. Di sini aku mahu mengucapkan terima kasih kepada kak Sophia kerana telah membelikan aku seluar jean dan t-shirt. Namun begitu, aku merasakan tidak lengkap jika tiada sepasang baju Melayu baru untuk beraya. Oleh itu, aku bersama kawan-kawan menjelajah bandar Kota Bharu untuk mencari sepasang baju Melayu. Pada tahun ini aku berhajat mahu mengenakan sepasang baju Melayu berwarna hitam tetapi hajat tersebut tidak tertunai kerana rata-rata kedai yang aku kunjungi sudah kehabisan stok warna hitam. Akhirnya aku terpaksa membeli baju Melayu berwarna Blue Black.

Jika beraya, tidak lengkap jika tidak menerima duit raya kan bagi kanak-kanak. Di sini aku mahu meminta maaf kepada sanak saudara aku yang kecil kerana tidak dapat memberikan duit raya. Al maklum la, aku masih belajar. Tanpa disangka, aku telah mendapat duit raya daripada sanak saudara aku yang telah bekerja. Tanpa segan silu aku menerimanya. Rezeki jangan ditolak, betul tak??

Akhir sekali, aku akan lampirkan beberapa gambar yang aku snap semasa hari raya.



Sape Nak DUiT RaYa??

Salam Aidilfitri dan salam 1 Malaysia..

Hari ini aku telah mendapat rezeki daripada seorang teman seperjuangan. Terima kasih kepada beliau. Sempena dengan rezeki ini, aku berhajat untuk mengagihkan rezeki aku ini kepada semua follower dan pembaca blog aku yang tetap setia menyokong aku daripada belakang..so terima la duit ini sebagai ucapan terima kasih.




p/s : 1) kalau tak cukup bagitahu la kerana ada banyak lagi dengan aku.

2) Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman seperjuangan dan seluruh umat

Islam

3) Kepada mereka yang balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya

(pesanan ikhlas daripada mr.beloved)

MaJLis BerBUka PuaSA + PeNuTuPaN IhYa RamadHAn


cuba tgk org last skali,dia dh mkn la..


























din cuba control tp xmenjadi..






















nyum2..sedapnya nasi nih..























semuanya bagaikan nak control macho..huhu
























mat yg keseorangan..















pergh..semuanya menunjukkan lagak ceria..haha

Comments

HuKUmnya SyUBaHaH..

Salam ramadhan dan salam 1 Malaysia..

Bertemu lagi kita dalam rancangan ‘bersama mr.beloved’. sepertimana dalam post/warkah yang lepas, aku ada mengemukakan persoalan iaitu halal atau haram kah pendapatan pengiklanan melalui syarikat Nuffnang dan Advertlets.

Kini persoalan itu telah terjawab melalui perbincangan bersama-sama rakan telah merungkai sedikit penyelesaiannya. Jawapan yang paling terbaik diterima daripada seorang rakan ialah dia menyatakan hukumnya adalah syubahah iaitu ada perkara baik dan ada perkara tidak baik. Mengikut kata dia lagi, kita boleh memilih sama ada meneruskan atau menamatkan sesuatu perbuatan/pekerjaan tersebut. Dengan kata lain, pekerjaan tersebut mahu dikatakan halal tidak dan haram pun tidak. Maka dengan itu, kita yang harus membuat keputusan yang rasional dan bijaksana.

Sebenarnya perkara ini tidak hanya berhenti setakat pendapat daripada rakan aku sahaja. Perkara ini telah aku bawa dan bincangkan dengan seorang ustaz daripada Akademi Pengajian Islam. Beliau menyatakan bahawa pengiklanan yang tidak mempunyai unsur penindasan adalah halal dan setelah aku terangkan sedikit pasal pengiklanan melalui Nuffnang dan Advertlets, beliau menyatakan hukumnya adalah Syubahah walaupun kita sendiri yang klik pada iklan tersebut. Jika anda bagaimana, adakah anda meneruskan pengiklanan tersebut?? Tepuk dada, tanya selera.

Dalam kesempatan aku untuk berjumpa dengan ustaz, aku pun menanyakan satu pertanyaan lagi kepada beliau. Ok aku ringkaskan sedikit pertanyaan aku tersebut. Begini, saya semalam telah mendaftarkan diri dalam satu syarikat pengiklanan tetapi yang menjadi was-wasnya ialah saya mendapat 800 dollar sebagai bonus pendaftaran dan bonus ni terhad kepada 8000 keahlian yang pertama. Selain itu, setiap orang yang kita taja supaya menyertai syarikat tersebut, kita akan dibayar 8 dollar seorang. Tetapi yang menjadi keberatan seseorang untuk join syarikat ini ialah mereka perlu mengumpul 8888 dollar, baru mereka boleh menerima cek daripada syarikat tersebut. Perlu ditegaskan bahawa tiada bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Apakah pendapat ustaz tentang perkara ini?? Lantas beliau menyatakan bahawa hukumnya adalah Syubahah. Setiap orang yang menyertai dan kita mendapat 8 dollar ialah sebagai upah kita dalam mempromosikan syarikat tersebut. Apakah nilai 8 dollar setiap orang yang kita dapat adalah tinggi berbanding dengan pengiklanan ubat gigi collgate yang membayar RM3.2 juta setahun kepada syarikat pengiklanan?? Anda fikir-fikirkan la perkara ini..di sini aku sediakan link website syarikat tersebut untuk anda kaji..jika ada sebarang keraguan, sila bagitahu aku…sekian sahaja untuk kali ini..

http://numenmail.com/pages/index.php?refid=ayeserati

HaLaL ATaU HaRAm??

Salam ramadhan dan salam 1 Malaysia..

Hari ini aku mempunyai satu persoalan yang bermain di dalam benak fikiran aku. Dari tadi aku duk fikirkannya sampaikan aku ada meminta pendapat dan nasihat daripada kawan-kawan tentang persoalan tersebut. Apakah persoalan tersebut?? Aku akan cuba ringkaskan sikit persoalan tersebut. Sebenarnya begini, jika sesiapa buka blog aku, aku akan mendapat RM0.001 daripada syarikat pengiklanan. Daripada pemerhatian aku, ‘income’ akan bertambah jika aku membuka blog aku sendiri. Maknanya jika aku membuka blog aku sendiri sebanyak 5000 kali, aku mendapat RM5. betul tak matematik aku nih.

Tadi timbulnya satu persoalan dalam benak fikiran aku akibat teguran daripada seorang kawan iaitu halal ke pendapatan aku?? Teguran tersebut membuatkan aku terpinga-pinga kerana aku sendiri pun tidak tahu tentang hukumnya. Lantas aku tidak menjawab teguran tersebut.

Sekarang aku memerlukan pendapat dan nasihat daripada seorang yang pakar dalam perkara ini dan orang yang paling layak ialah bakal ustaz atau ustaz. Jika halal, akan aku gunakan pendapatan aku nih sebaik mungkin dan jika ianya haram, sila nyatakan kenyataannya. Tetapi menjadi persoalan jugak, jika ianya haram, bagaimana dengan ‘income’ yang datang melalui orang yang buka blog aku kerana ia bercampur aduk.

Perkara ini juga mendedahkan rahsia bagaimana menjana pendapatan melalui pengiklanan ‘Adver*****’ sepertimana aku pernah membicarakan sebelum ini di dalam post aku yang lepas. So anda fikirkan la soal halal ke haram sebelum mempraktikkan cara tersebut.

Akhir sekali, aku berharap sangat jika ada sesiapa yang boleh menyelesaikan perkara ini. Kepada pembaca aku yang setia, sila tinggalkan komen anda sama ada di dalam shoutmix atau post comment. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih. sekian

Tip BerBelanJA di BULan RamaDhaN

Salam Ramadhan dan salam perpaduan. Hari ini aku berbesar hati hendak berkongsi tips berbelanja pada bulan Ramadhan. Maafkan aku kerana agak lewat untuk mengemukakan tips ini. Aku tahu hari raya akan bakal menjelma tidak lama lagi namun bagi aku tidak salah untuk aku berkongsi tips ini dengan anda semua. Puasa kan ada 9 hari lagi, betul ke tak??

Apabila bulan puasa tiba, maka seperti biasa bazar-bazar ramadhan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa pun dilihat meriah di sana -sini. Sudah tentulah apabila mengunjungi bazar ramadhan dalam ketika perut kosong benar-benar menguji nafsu dan tabiat berbelanja kita. Menurut kajian, ketika keadaan perut kosong seseorang itu lebih mudah berbelanja dengan berlebihan berbanding dalam keadaan perut yang kenyang. Oleh itu, adalah lebih baik kita senaraikan dulu apa sahaja keperluan perbelanjaan untuk berbuka puasa lebih awal iaitu ketika perut kita baru sahaja diisi dengan makanan. Contohnya, senarai keperluan untuk berbuka puasa telah disediakan lebih awal iaitu pada malamnya atau pun selepas selesai bersahur. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya kita dapat menyenaraikan keperluan dengan lebih rasional berbanding ketika perut kosong di siang hari yang lebih banyak menyenaraikan kemahuan menurut nafsu dan bukannya keperluan sebenar kita.

Akhir kata, bijaksana la dalam berbelanja. Beli ikut keperluan dan bukannya ikut kemahuan. sekian

TARikh KERaMaT..


gambar hiasan semata-mata

Seperti yang dikatakan dalam post yang lepas, aku mengalami dilema untuk memilih ganti nama diri aku sama ada ‘penulis’ ataupun ‘aku’. Kini ia telah dapat diselesaikan coz setelah fikir balik, penggunaan ‘aku’ adalah lebih bertepatan di dalam blog aku kerana pengguna ‘penulis’ mungkin sesuai kepada tulisan yang lebih bersifat ilmiah. Di sini aku hendak mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah meninggalkan komen dan pendapat beliau dalam post yang semalam tetapi aku amat berharap jika beliau menggunakan id atau username.

Sebenarnya hari ini aku sangat gembira kerana aku telah menemukan cara untuk meningkatkan income aku melalui Advertlet. Walaupun advertlet menawarkan cos per click (CPC) yang rendah tetapi aku mampu tersenyum kerana sekarang aku sudah memperolehi RM3.25 berbanding dengan pendapatan nuffnang aku yang hanya berjumlah RM0.50. untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya aku sudah mengiklan iklan nuffnang sekian lama tetapi aku tidak tahu apa masalahnya menyebabkan aku hanya memperolehi income yang rendah walaupun pada masa tersebut aku dilabelkan ahli glitterati. Untuk pengetahuan anda lagi, aku sebenarnya baru sahaja mendaftarkan diri untuk mengiklankan iklan Advertlet dan sempena tarikh keramat 9/9/2009, aku berjaya merungkai bagaimana untuk menambahkan pendapatan melalui iklan tersebut. Namun begitu, aku belum bersedia berkongsi ilmu ini dengan sesiapa tetapi insyaAllah akan aku kongsi dengan anda jika aku sudah bersedia mendedahkan caranya ok. sekian

Comments

HAri RAya SeMakiN HaMPir..

Sedar dalam tidak sedar kita sudah 19 hari berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri pun semakin hampir dengan kita iaitu lebih kurang 2 minggu daripada sekarang. Dalam benak fikiran penulis sekarang ini hanya fikirkan halaman kampung sahaja. Apakah tidaknya kerana kawan-kawan penulis sudah mula memperdengarkan lagu raya pilihan masing-masing. Sebenarnya perkara ini turut melibatkan diri penulis sendiri apabila beliau sering memasang lagu ‘balik kampung’ nyanyi arwah Sudirman Haji Arshad dan lagu ‘suasana hari raya’ nyanyian Syarifah Aini yang menjadi lagu favourite penulis menjelang hari raya. Sungguh indah lirik dan nada yang dinyanyikan hingga membuatkan gelombang dalam badan diri penulis membuak-buak, menyeru penulis lekas pulang ke kampung. Tetapi di telinga penulis sering terngiang-ngiang pesanan daripada mak beliau agar berhati-hati di jalan raya.

Penulis amat menghargai pesanan dan nasihat mak beliau kerana penulis amat menyayangi orang tuanya terutama mak beliau. Hal ini kerana seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, mak beliau penah mengalami kemalangan jalan raya dan beliau hampir kehilangannya. Sekarang alhamdulilah mak beliau dah semakin sembuh dan mampu tersenyum semula. Senyuman tersebut membuatkan diri penulis amat bahagia tidak terperi. Apabila mengenangkan peristiwa itu, penulis juga teringat akan pesanan daripada beberapa kenalan penulis. Kata mereka, hargailah dan berbaktilah orang tua kita selagi mereka masih bernafas. Penulis terasa sebak apabila memikirkan perkara tersebut kerana penulis merasakan beliau belum cukup berbakti kepada orang tuanya. Bayangkanlah kita sebagai anak senang-senang minta duit dengan orang tua kita. Jika dibagi rm10 dikatakan tidak cukup, rm50 juga dikehendakinya dan terpaksalah orang tua itu teraba-raba mencari duit tersebut. Menjadi persoalan dalam diri penulis, adakah kita mampu memberikan duit kepada orang tua kita jika kita sudah bekerja tetapi sebenarnya penulis silap. Orang tua kita bukanlah mengharapkan duit daripada kita, yang sebenarnya mereka mahu melihat kita berjaya dalam hidup iaitu dari segi dunia dan akhirat serta mampu menjaga mereka sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Kadang kala kita alpa dengan perkara ini. Cara mengatasinya ialah kita hendak saling memperingatkan kawan-kawan dan kenalan kita agar tidak harus hanyut hingga melupakan pengorbanan dan jasa ibubapa mereka.

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada teman-teman seperjuangan kerana telah memberikan banyak nasihat kepada penulis. Di sini juga penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong penulis daripada belakang kerana sentiasa mengikuti perkembangan blog penulis sehinggakan penulis bersemangat dalam cuba menghasilkan penulisan yang baik..sekian

P/s : 1. Jika terdapat kesalahan bahasa dan ejaan, sila beritahu penulis.

2. Perhatian juga!! Sebenarnya penulis dalam dilema dalam memilih kata ganti nama
sama ada menggunakan ‘aku’ atau ‘penulis’. Sila tinggalkan cadangan anda..

3. Kepada pembaca blog penulis yang tidak mempunyai akaun blogger, sila tinggalkan komen anda di shoutmix penulis.

TRanSLATor BloG..

Salam ramadhan dan salam perpaduan daripada penulis, hari ini penulis berbesar hati hendak berkongsi satu tool dengan saudara/saudari semua. Adakah anda tahu bahawa keahlian blogger bukan hanya terhad di sesebuah negara sahaja tetapi ia sebenarnya mempunyai keahlian seluruh pelusuk dunia. Maka dengan ini penulis ingin berkongsi dengan anda tentang tool yang agak menarik bagi penulis kerana ia membolehkan hampir semua pembaca atau pemblogger daripada luar negara membaca artikel atau makalah anda walaupun anda menulisnya dalam bahasa Melayu. Tetapi perlu diingat!! Translate hanya berlaku jika anda menulis dengan bahasa Melayu baku sahaja.

Oleh itu, di sini sy sediakan link untuk anda melihat bagaimana cara memasang tool ini di blog anda dan seterusnya menggunakannya

http://ady.via.my/2009/07/tutorial-translator-blog.html

Comments

KeHaDiRaNNya MeMBawA SiNAr..

Tepat jam 2.42 p.m pada tanggal 7 September 2009 bersamaan 17 Ramadhan, penulis telah menerima satu mesej daripada kakak beliau..bermain dalam benak fikiran kenapa tiba-tiba kakak mesej..penulis terus memonolog dalaman...tanpa berlengah lagi penulis pun membuka peti inbox mesej beliau..alangkah gembiranya penulis apabila beliau telah menerima satu khabar yang gembira..suatu khabar yang bukan hanya mengembirakan keluarga penulis malahan sanak saudara penulis…

Apakah khabar gembira tersebut?? Sebenarnya khabar gembira yang dimaksudkan ialah penulis telah mendapat seorang anak saudara perempuan..khabar ini penulis telah kongsikan dengan rakan-rakan penulis..penulis kelu tidak tahu macammana untuk menunjukkan kegembiraan tersebut tetapi tuhan sahaja yang tahu perasaan penulis ketika ini..

Sekarang dalam fikiran penulis, penulis ingin meletakkan nama anak saudara beliau dengan nama Nur Aisya Umaira..alangkah comelnya nama tersebut..tetapi diri penulis sedar bahawa penulis hanya mampu memberikan cadangan dan yang layak menentukan nama bayi tersebut ialah ibu bapa mereka…

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada abang dan kakak coz telah mendapat cahaya mata yang kedua..penulis juga berharap agar cadangan nama yang diberikan beliau diterima..doa-doakan la yer kawan2 ..di sini penulis akan melampirkan beberapa gambar yang berkaitan..


alala comeynya dia..hehe

hmm..pose yg manja dr dia..tomey2

p/s : penulis xsabar2 mahu kahwin n mendapat anak secomel ni tetapi beliau tiada kemampuan lagi dari segi nafkah zahir,malahan calon isteri pun xde lg...hehe

ThaNK U SeVEn..

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda : ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya
dalam hati.
Mat salleh : Oh, I'm sorry
Pemuda : It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh : Thank you too.
Pemuda : ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh : ( hairan ) what for?
Pemuda : ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh : Are you sick?
Pemuda : ( alamak, lepas sick.. seven dan lepas seven aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil
mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you
seveeen! bye-bye .
Mat salleh : ( bingung dan kehairanan )



p/s :

cerita ini dipetik daripada seorang rakan seperjuangan..walaupun ianya sekadar lawak
namun terdapat unsur sindiran kepada mereka yang lemah berbahasa Inggeris..hal ini turut terkena tempias kepada diri penulis sendiri kerana beliau agak lemah dalam berbahasa Inggeris..sekian

SiFu & ToNGGa...an..an..an..


Baru-baru ini penulis berkesempatan untuk menonton sebuah lagi filem komedi arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen (FDAM) yang bertajuk SIFU & TONGGA..filem ini dah lama kat pawagam tetapi penulis baru hendak menontonnya. Bagi penulis, cerita ini mempunyai keunikan tersendiri coz terdapat banyak lawak yang bersahaja daripada Saiful Apek dan Nabil Raja Lawak 2..apa yang pasti latah diorang membuatkan penulis tergelak sorang2..

Selain itu, filem ini juga sesuai ditonton oleh semua khalayak masyarakat coz ia ada memaparkan sedikit unsur pengajaran supaya tidak menceroboh hak asasi orang lain. Filem ini juga boleh mempengaruhi seseorang melalui watak yang dilakonkan dan perkara ini ditujukan kepada diri penulis sendiri apabila penulis habis bercakap dengan seseorang, beliau akan mengakhiri ayatnya dengan ‘an..an..an..tongga’ mengantikan ayat ‘kan kan atau betul x?’..

Akhir sekali penulis nak bagi bintang atau tahap kepuasan menonton terhadap filem ini dan penulis dengan bangga memberikan 4 bintang..biasa la kan..an..an..tongga, penilaian terhadap sesuatu tidak boleh diberi markah penuh coz kekadang kita menipu (dipetik daripada ayat ketua jajahan Kota Bahru, mantan bos penulis semasa penulis menjalani latihan praktikal)..sekian

MeNGinTai PeLuaNG BisNes..

Salam ramadhan kepada pembaca blog aku…

Diam xdiam dah 13 hari berpuasa yer..rasanya lom terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada smua teman seperjuangan khususnya pembaca blog aku nih..

Tujuan aku menulis entry ni adalah untuk mempromote bisnes yang aku sedang buat sekarang ini. Untuk pengetahuan korang, aku sebenarnya kurang berminat dengan bisnes umpama seperti ini. Bukan apa kekadang modal yang diperlukan tidak mampu dibayar oleh kebanyakan orang terutama student mcm aku nih..

Tapi entah kenapa naluri aku begitu kuat untuk mencuba menjalankan bisnes ini, seperti ada suatu aura yang menyeru suruh aku join bisnes nih. Ishhs, xkan setan la plak kan suh aku join..wakaka

Sebenarnya aku begitu tertarik dengan bisnes planning dia. Seorang join bwh kita, kita akan dapat rm5 dan kalau ada 10 orang join dh dapat untung kan rm30 coz modalnya cuma rm20 seumur hidup. Lagi satu bisnes ni menggunakan sistem downline, jika orang bawah kita dapat prospek n diaorang join, orang bawah kita tentu dapat rm5 seorang dan lebih menarik kita pun dapat komisen rm2 seorang.

Adakah anda berasa rugi join bisnes ni?? Tidak jika anda berusaha mendapatkan prospek.

Jika dibandingkan dengan bisnes yang bermodal besar, bisnes ni lebih terjamin cz risiko untuk rugi hampir 0%. Tidak salah kita mencuba kan, pengalaman yang akan mengajar kita.

Jika anda berminat atau mempunyai pertanyaan, sila contact aku

Disini aku sediakan link untuk maklumat lebih lanjut

http://jomrm.com/?ref=475

Comments

Al-FATIHAH buat TEMAN kita..SITI SUHADA MOHAMMAD

KERETA Produa Kelisa remuk berlanggar dengan van muatan barang ekspres KTMB di KM 12.5 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, semalam.

Kereta bertembung lori ketika hendak pulang kampung bertemu keluarga

GUA MUSANG: Lima beradik dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama keluarga, cedera parah apabila kereta Perodua Kelisa yang mereka naiki bertembung dengan lori hantaran ekspres Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kilometer 12.5 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, dekat sini, petang semalam.

Kejadian jam 4.10 petang itu juga menyebabkan pemandunya, Mohd Riza Mohamad, 29, tersempit hampir setengah jam di tempat duduknya dalam keadaan berlumuran darah sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba. Mohd Riza dan empat adik-beradiknya iaitu Roslina, 37; Siti Rohayu, 24; Suhada, 22 dan Azureen yang tidak diketahui umurnya kini dirawat Hospital Gua Musang. Semua mangsa berasal dari Pasir Mas. Bagaimanapun, pemandu lori, Mohd Nor Daud, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai di kawasan menuruni bukit sebelum kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kereta dinaiki lima mangsa.


“Saya memandu lori menaiki bukit dan terpaksa memberhentikan kenderaan apabila melihat Perodua Kelisa yang dinaiki lima beradik itu terbabas ketika menuruni bukit dan memasuki laluan saya. “Selepas itu, van yang saya pandu itu terus dirempuh kereta terbabit hingga kenderaan saya bergerak ke tepi jalan sementara kenderaan dinaiki mangsa pula berpusing ke tepi penghadang jalan,” katanya.Mohd Nor berkata, beliau mengucap panjang apabila melihat kelima-lima beradik itu berlumuran darah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan orang ramai yang kebetulan melalui laluan berkenaan bagi mengeluarkan mangsa. “Saya seperti tidak berdaya untuk memberi bantuan kerana trauma melihat kemalangan ngeri itu depan mata,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan semua lima beradik terbabit kini menerima rawatan di HGM termasuk pemandu kereta yang kritikal. Beliau berkata, lima beradik itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas sebelum bertembung dengan lori membawa barang ekspres KTMB yang dalam perjalanan dari Wakaf Bharu, Tumpat ke Kuala Lumpur.
“Pemandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit menyebabkan terbabas memasuki laluan bertentangan hingga bertembung dengan lori berkenaan,” katanya.

Arwah Siti Suhada Mohammad
Pelajar Jabatan Kesusasteraan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya

Comments

KeHiLAnGAn YaNg KemBALi PuLAng..

Ke mana hilangnya mr.beloved dalam masa dua minggu sebelum ni?? Semuanya terungkai cz mr.beloved sendiri yang akan mendedahkan ke mana hilangnya beliau. Beliau sebenarnya tidak hilang ke mana pun, cuma beliau pulang ke kampung sempena cuti mid sem. Untuk pengetahuan korang, cuti mid sem hanya selama satu minggu tapi mr.beloved telah mengandakan cuti mid sem beliau kepada dua minggu..dashyat kan beliau..

Kata beliau, alang2 cuti biar ler lama ckit baru puas hati. Tapi sedarkah beliau bahawa beliau telah ponteng kelas selama seminggu?? Menurut beliau, beliau tahu akan keadaan tersebut tetapi beliau cakap beliau tiada pilihan kerana beliau ingin menyambut kedatangan ramadhan bersama keluarganya lebih lama. Menurut beliau lagi, semasa berada di kampung beliau letih hendak menjawab pertanyaan orang kampung serta jiran tetangga “kenape kamo masih berada dirumah sedangkan orang lain dah pulang ke kampus”..adakah beliau terkena penyakit “homesick’?? maybe yer atau tidak.

Kini beliau dah kembali pulang ke kampus ( tadi baru sampai, penat pun xhilang lagi ). Beliau cuba kembali dgn niat dan azam yang baru namun apa yang dapat dilihat beliau masih ditakuk yang lama. Kata orang, seseorang tidak akan berubah selagi dia sendiri tidak mahu berubah. So, beliau harus perbetulkan niat beliau untuk berubah..k chayok2..aja2 fighting

Comments

KeHiLAnGAn..

Kini aku merasa kehilangannya..

Hidupku tidak seperti dulu lagi..

Tanpanya hidupku menjadi tidak keruan..


Semasa kita bersama, aku akui aku tidak menghargaimu..

Tapi semenjak kehilangan mu, aku mula sedar yang kau amat berharga..


Kini pada waktu-waktu tertentu, aku pasti mengenangkan mu..

Betapa pentingnya dirimu kepada diriku..

Aku cuba mencari penganti dirimu namun sia-sia kerana dirimu begitu sempurna..


Tatkala aku mengenangkan dirimu, aku rasa bersalah kerana semasa kita bersama

Aku sering kali mengabaikan dirimu..

Sekarang aku rasa amat menyesal…

Tapi adakah penyesalan akan mengembalikannya??

Ya jika diizinkan Allah untuk dipertemukan kembali dengannya..

& aku sentiasa berharap dia akan kembali kepadaku..

Di saat aku menaip entry ini, jam menunjukkan pukul 1

& perutku mulai rasa lapar..

Tetapi apa kan daya, tanpa dirinya aku tidak dapat mengambil makanan kat dewan makan

Ke mana hilangnya dirimu, OH KAD MAKAN KU…

Aku kini merinduimu..



p/s : kekadang kita xpenah nak menghargai apa yang kita ada,

moralnya ialah bersyukur dan hargailah benda yang kita miliki..

jangan nanti kehilangannya, baru kita menyedari ia amat penting bagi kita..

PenCArian SaTu PenGALAMan : Emas Di KAki LimA

Sejarah Asal Usul Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.


Perkara yang menarik yang ingin tonjolkan penulis ialah berkaitan dengan statement bahawa ‘Bandar Pasir Mas merupakan bandar termewah di Kelantan’

Statement ini dibuktikan apabila melihat kepada aktiviti aktiviti jual beli emas agak unik di Pasir Mas, Kelantan. Ini kerana ia lebih banyak dilakukan di kaki lima kedai berbanding di dalam kedai emas sendiri.

Pada suatu ketika, penulis mahu melakukan transaksi wang ke bank BSN Pasir Mas tetapi dalam perjalanan penulis telah disapa oleh seorang peniaga emas wanita. ‘Adik, nok jua mas ke tak?’ Penulis berkesempatan untuk menyahut sapaan tersebut sambil tersenyum. Penulis sempat menoleh kearah mejanya, dia sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’. Melalui pemerhatian penulis, pada kebanyakan masa pertanyaannya atau sapaan tadi mendapat reaksi positif daripada wanita yang lalu lalang. Mereka tanpa segan silu datang dan bertanyakan harga emas semasa. Sebaik mereka menunjukkan barang kemas, Che Som yang lebih mesra disapa Kak Som mengeluarkan pula alat penimbang mudah alih miliknya dari dalam laci meja.

Bukan peniaga emas sahaja yang menjadi tarikan di pekan ini. Melewati pasar besar tua Pasir Mas dan Pasar Munduk yang mengapit rel kereta api, cubalah hidangan yang jarang dapat ditemui di tempat lain seperti etak dan cucur sira.

Harga makanan segar atau keringnya lebih murah. Di pasar terbuka itu juga terdapat sebuah gerai yang turut membuat demonstrasi menghasilkan gelang kristal dalam pelbagai corak dan rekaan.


Alang-alang di sini, jangan terlepas melihat sebuah bangunan dua tingkat berwarna hijau bersulam warna emas dan mendapat sentuhan seni bina berunsur Siam.

Itulah kediaman Hajah Wan Sabariah dan Haji Ismail yang memang cukup terkenal di Kelantan sebagai pengusaha serunding dan dodol.








Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme