Aku Bangga Jadi Rakyat Malaysia..



Hari ini Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-53. Apa yang lebih istimewa lagi ia disambut pada Ramadan yang mulia. Apapun, dalam tempoh 53 tahun ini, banyak kemajuan sudah diraih termasuk pencapaian dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, pembangunan dan perdagangan.



Justeru, dengan tema 1Malaysia Menjana Tranformasi, aku harap Malaysia lebih berjaya pada masa akan datang. Bagi memastikan segala misi dan matlamat ini menjadi kenyataan, perpaduan kaum menjadi keutamaan. Oleh itu, golongan muda kini memikul tanggungjawab untuk terus bersatu padu.



p/s: kepada semua kawan2. selamat menyambut hari kemerdekaan  Malaysia ke-53 yer..Semalam adalah sejarah dan esok adalah masa hadapan..Semoga Malaysia sentiasa makmur dan aman sejahtera..merdeka! merdeka! merdeka!

Fakta Sebenar Tentang Payudara Wanita..





Apa yang dipandang oleh lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah tentu bahagian dada bukan! Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui denga jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini.  Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya.  Oleh itu, pada kali ini aku akan menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.

Ukuran berbeza

Payudara hadir dalam pelbagai bentuk dan ukuran.  Tidak ada wanita yang bentuk dan ukuran payudaranya sama.  Rata-rata berbeza ukuran payudara kiri dan kanan malah ada yang agak jauh bezanya.  Walaupun ia merupakan perkara semula jadi namun anda tetap juga harus berwaspada.  Perbezaan bentuk payudara juga boleh disebabkan oleh pertumbuhan tumor.

Boleh diperbesarkan

Ukuran payudara setiap wanita ditentukan oeh faktor genetic dan hormon estrogen.  Ia mula membesar pada usia 10 tahun dan terus berkembang hingga usia 20 tahun.  Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi hormon estrogen seperti pil perancang atau krim boleh membuatkan payudara membesar terutama sekiranya digunakan secara berterusan, jaringan payudara ini memang akan bertambah dengan cepat.

Akan tetapi payudara tidak mempunyai jaringan otot, bermakna anda tidak boleh menambah ukurannya dengan bersenam.  Namun khabar baiknya, senaman atau olahraga mampu mempengaruhi pembesaran otot dada.  Sekiranya otot dada berkembang, secara automatik payudara akan kelihatan lebih besar padahal ukurannya tidak berubah.

Coli berkawat bahaya

Ada yang mengatakan bahawa pemakaian coli berkawat akan menambahkan risiko mendapat kanser payudara.  Kawat atau besi pada coli dikatakan akan menekan sistem limfatik pada payudara sehingga membuatkan racun berkumpul dan meningkatkan risiko terkena kanser.

Sebenarnya tiada hubungan dengan bentuk, jenis atau ukuran coli dengan kanser payudara.  Hanya pemakaian coli dengan ukuran yang salah akan mempengaruhi bentuk peyudara dan keselesaan pemakainya selain memakai coli berkawat semasa tidur akan menyebabkan payudara sukar bernafas.

Besar lebih seksi

Ada wanita yang berasa iri hati pada teman yang mempunyai payudara yang besar dan montok.  Tapi sebenarnya wanita yang berpayudara besar sering kali berasa tidak selesa dengan keadaan mereka.  Ramai yang merasakan bahawa lelaki hanya tertarik pada dada mereka sahaja dan bukannya pada bahagian lain.

Bayangkan setiap berbicara dengan teman lelaki, mereka asyik memandang ke arah itu saja.  Selain itu ukuran payudara yang terlalu besar juga boleh menyebabkan sakit di bahagian belakang dan postur tubuh tidak lagi menarik.  Jadi apa pun ukuran payudara yang ada terima saja dengan redha.

Silikon menyebabkan kanser

Belum terbukti! Daya tolak reaksi jaringan tubuh terhadap silicon dikategorikan sangat rendah.  Setakat ini ia tidak terbukti boleh menyebabkan kanser kecuali jika terjadi kebocoran pada lapisan yang membaluti silicon.  Silicon hanya menyukarkan proses pemeriksaan payudara sendiri atau mamografi hingga perlu menambah sinar x untuk mendapat hasil dengan lebih tepat.

Tetap tegang

Payudara boleh mengendur kerana kehamilan dan juga proses menyusui.  Kekencangan payudara juga mungkin berubah semasa menjelang haid.  Akan tetapi faktor utamanya ialah akibat pertambahan usia.  Sekalipun anda belum berumah tangga, anda akan semakin tua bukan! Jadi payudara akan tetap akan menjadi kurang elastis, apa lagi jika anda seorang yang malas bersenam.  Anda boleh mengurangkan kesan tersebut dengan memakai coli yang tepat ukurannya dan bagus kualitinya bagi menyokong payudara.

PEMIKIRAN KEWANGAN IMAM AL-GHAZALI



Nama Al-Ghazali terpahat dalam deretan tokoh pemikir ekonomi Islam fasa kedua bersama-sama dengan Ibn Taimiyah, Ibn Khaldun dan tokoh lainnya. Pada fasa ini pemikiran ekonomi Islam telah berkembang secara intensif sertai ditandai dengan perubahan dalam struktur kekuasaan Islam yang semakin luas. Corak pemikiran ekonomi Islam pada masa ini menjurus kepada analis ekonomi mikro dan fungsi wang ( SADEQ,ABDULHASAN M. AND GHAZALI, READINGS IN ISLAMIC ECONOMIC THOUGHT )

Imam Al-Ghazali dilahirkan di Tus yang terletak di wilayah Khurasan negara Parsi ( hari ini ia terletak di bahagian utara negara Iran ) pada tahun 450H/1058M. Sewaktu di Tus dan Nishapur, pengajian beliau lebih tertumpu kepada fikah dan syariah, dan kemudian beliau mula mengembara dan berguru ke serata pelosok dunia Islam seperti Baghdad, Damsyik, Jerusalem, Kaherah, Iskandariah, Mekah dan Madinah.

Guru kepada Imam Al-Ghazali yang paling terkenal ialah Imam al-Haramain al-Juwaini yang dianggap sebagai ulama paling terkemuka dalam dunia Islam waktu itu. Imam al-Ghazali juga merupakan waris dan anak murid beliau yang paling hebat dan cerdas, malah dikatakan juga kehebatan Imam al-Ghazali telah pun mengatasi gurunya yang sangat mashyur itu.

Kitab-kitab yang ditulis oleh beliau adalah sangat banyak sekali dan telah dianggarkan melebihi 200 buah. Namun, yang masih kekal sehingga hari ini hanyalah lebih kurang 50 buah sahaja. Kebanyakan daripada kitab-kitab ini telah ditulis dalam bahasa Arab dan ada juga yang ditulis dalam bahasa Parsi. Dalam dunia Islam pula, golongan awam mengenali beliau melalui kitab tasawufnya seperti Ihya Ulumuddin dan Ayyuhai Walad al-Muahid ( Wahai Anakku Sayang ).

Kitab Ihya’ulumuddin membuka dimensi baru metodologi penulisan fikah dan tasawuf, kombinasi yang membawa faedah besar dalam kehidupan seharian manusia. Berkaitan muamalat, beliau bukan sahaja mengkhususkan berkaitan teori jual-beli dan untung, bahkan beliau menulis berkaitan dengan keperluan kaum muslimin yang perlu dipenuhi dengan tuntutan fardu kifayah. Juga nasihat kepada pembekal dan pembeli ketika melaksanakan urusan muamalat.

Beberapa pendapat Imam al-Ghazali:

• Manusia tidak akan mengumpul harta melainkan untuk tiga tujuan berikut iaitu simpanan untuk anak-anak, mengekalkan pemerintahan/kuasa, dan mendapatkan tempat/kuasa yang lebih tinggi
• Salah satu perbezaan tanda-tanda orang mukmin berbanding orang munafik ialah orang mukmin mengorbankan hartanya demi agama manakala orang munafik pula sanggup mengorbankan agama demi memperoleh harta.
• Manusia itu perlu kepada mata wang bagi memudahkan urusan mereka. Sebagai contoh orang yang ingin membeli makanan sedang mereka memiliki kasut, maka menjadi sesuatu yang sukar untuk menilai kadar makanan yang bagaimana sesuai bagi sepasang kasut. Seterusnya keperluan manusia yang pelbagai dan hajat mereka kepada mata wang itu sendiri dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi manusia yang lain.
• Apabila adanya mata wang, maka perlu diwujudkan satu pusat bagi menguruskan mata wang tersebut. Begitu juga perlu diwujudkan pusat-pusat tukaran mata wang.

Sekiranya beliau masih ada pada zaman kini, kecanggihan ilmu teknologi, komunikasi dan pemprosesan maklumat tanpa sempadan kini pasti akan diekplotasikan. Beliau mampu menulis lebih banyak buku hasil gabungan pengajian Islam dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, social, politik, hubungan antarabangsa, geografi, sains dan lain-lain bidang.

Ini dapat dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya sentiasa ada pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau pengembangan konsep yan dikemukakan oleh ilmuan terdahulu sebelumnya.

Tempat Menarik Untuk keluar Dating..




Menjalin suatu perhubungan dengan seseorang yang kita minati, sudah tentu sangat membahgiakan.  Namun ada kalanya tempat pertemuan pertama yang mahu diatur mendatangkan sedikit masalah kerana kita sudah tentu mahukan yang terbaik untuk pasangan.  Oleh itu, aku berhasrat untuk berkongsi idea dengan anda semua semua tentang tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi ketika 1st dating.

Pusat Boling

ia sebuah tempat yang agak baik untuk membawa pasangan bagi pertama kali keluar bersama.  Ini kerana pusat boling tempat yang memenuhi criteria kerana ia agak menyeronokkan malah boleh dimasuki oleh sesiapa pun dan agak mudah dicari.

Zoo

Sesetengah pasangan, khususnya yang masih bujang apbila bercakap tentang zoo tentu sahaja akan menggelengkan kepala dan agak mengelikan hati.  Mungkin mereka beranggapan, zoo adalah tempat kanak-kanak sahaja.  Tetapi zoo sebenarnya adalah tempat yang sangat sesuai untuk berbual dan mengenali pasangan dengan lebih rapat kerana anda perlu mengunjungi dari satu kandang ke satu kandang dank ala itulah masa yang panjang boleh digunakan untuk mengenalinya.

Taman Tasik

Ia merupakan satu tempat yang agak menarik dan boleh merapatkan lagi sebuah perkenalan.  Sambil mengelilingi tasik, anda boleh mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi.  Sekali pun tempat ini dilihat agak biasa-biasa sahaja tetapi ia juga sesuai dijadikan lokasi dating pertama.

Taman hiburan

Tempat pertemuan pertama juga boleh menjadikan taman hiburan sebagai pilihan.  Hal ini kerana ia sebuah tempat yang sangat menyeronokkan dan menghiburkan, ada bermacam-macam permainan dan hiburan yang boleh dicuba.  Cuba bayangkan anda bersama di dalam roda berputar, berpusing di udara dan ia tentu sahaja sangat menggembirakan.

Makan Pagi Bersama

Sarapan pagi bersama mungkin dilihat sebagai idea yang tidak masuk akal.  Hal ini kerana jarang sekali dibuat dan pasangan mahu berehat di awal pagi.  Tetapi sesekali membuat kejutan dengan mengajaknya bersarapan, menunjukkan anda sangat berbeza dengan orang lain dan itulah keunikan anda yang sebenarnya.  Saat anda makan bersamanya, ia sudah tentu menyeronokkan.

Stadium

Jangan terperanjat kernaa stadium juga boleh dijadikan tempat pilihan bagi anda untuk keluar berdua dengannya.  Menonton perlawanan bola sepak berdua atau menyaksikan pertandingan badminton tentu saja agak menyeronokkan.  Mungkin ia suatu signal untuk anda memberitahu pasangan bahawa anda meminati sukan dan mengharapkan dia turut menyukai apa yang anda suka.  Tetapi awas, saat anda mengajaknya menonton bola jangan terlepas pandang tentang dirinya.  Jangan sampai dia berkecil hati kerana anda memberi tumpuan penuh kepada perlawanan dan bukan dirinya.

Pusat Membeli Belah

Ia juga mungkin tempat yang tidak pernah anda fikirkan.  Apa kata anda saja menjamu mata di tempat-tempat begini, bukan perlu membeli tetapi sekadar berjalan dan mana tahu ada benda-benda yang mencetus minat anda berdua.  Dari sini jugalah anda boleh mengetahui minatnya, sama ada kaitan dengan buah-buahan, makanan, barangan dan sebagainya.

Sushi dari segi kesihatan..

Sushi dari segi kesihatan

  • Sushi atau sashimi merupakan makanan yang majority bahan-bahan daripada hasil laut.
  • Hasil-hasil laut mempunyai khasiat omega 3 yang sangat diperlukan tubuh badan untuk mencapai kesihatan yang optimum.
  • Namun,khasiat omega 3 adalah untuk membesarkan pembuluh darah secara automatic bagi melancarkan perjalanan darah.  Selain itu, khasiatnya baik untuk untuk menghidap penyakit arthritis dan asma.
  • Kebanyakan kandungan omega 3 boleh didapati di dalam tuna dan salmon.  Bahagian perut ikan tuna, iaitu toro, mengandungi paling banyak kandungan omega 3.
  • Selain itu, rumpai laut kering iaitu nori mengandungi zat antioksidan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser.
  • Kandungan kolestrol HDL yang terdapat pada makanan laut yang digunakan sebagai bahan di dalam sushi berkhasiat untuk mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Bagi yang takut untuk memakan bahan mentah di dalam sushi, tidak perlu risau.  Hal ini kerana, sebahagian besar sebab terjadinya penyakit keracunan makanan adalah bakteria pathogen.  Semakin banyak bacteria ini di dalam makanan anda, semakin besar kemungkinannya terkena penyakit setelah memakan makanan tersebut.  Jadi, yang terkena penyakit tersebut, bukanlah bahan makanan itu sendiri ( iaitu makanan mentah pada sushi ), melainkan ia sudah dicemari oleh organisma atau bakteria
  • Menurut kajian, makanan yang tidak boleh dimakan mentah adalah seperti ayam dan burung.  Makanan hasil laut, ikan dan sayur-sayuran amat berguna dan baik untuk kesihatan jika dimakan mentah.  Hal ini kerana memasak bahan-bahan ini mengurangkan sebahagian zat yang terkandung di dalamnya.

LELAKI PERLU MAKAN BANYAK SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN



Mengapa lelaki memerlukan lebih banyak buah dan sayuran berbanding wanita?  Jawapanya ialah lelaki mempunyai risiko kesihatan yang lebih besar terhadap beberapa penyakit jika dibandingkan dengan wanita.  Sebaik-baiknya, masukkan sembilan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.  Wanita pula, cukup jika mengambil tujuh sajian sahaja.






Ini kerana, buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak nutrisi penting dan kuat seperti vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang berperanan melawan penyakit serta mengurangi risiko berbagai jenis kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Sajian yang dicadangkan untuk lelaki adalah lebh banyak kerana lebih 2/3 lelaki berlebihan berat badan serta mempunyai risiko kematian akibat penyakit tertentu seperti penyakit kardiovaskular, kanser paru-paru dan kanser colorectal.

TIP HINDARI PENCERAIAN





Komunikasi dua hala

Biasakan diri untuk saling berkomnikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika berada berjauhan.  Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai.  Ketidakharmonian rumah tangga biasa bermula dari kurangnya komunikasi dua hala antara suami dan isteri.  Masing-masing menyimpan masalah sehingga seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Keterbukaan tentang masalah seks

Masalah seks ternyata antara sebab berlakunya penceraian.  Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan keturunan, juga adalah untuk reaksi atau kesenangan dan ekspresi cinta.  Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menhilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual.  Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan.  Namun perlu diingat, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda.  Begitu juga sebaliknya.

Menerima pasangan seadanya.

Ketika seorang lelaki dan wanita berumah tangga dan hidup sebumbung, maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah.  Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan.  Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing.  Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik.  Antaranya seperti perbezaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang, dan keperibadian.  Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

Jangan berbohong

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing bukan! Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang dengan pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak sehingga berlarutan ke lewat malam.  Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan.  Perlu anda tahu perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong bagi pasangan adalah perkara biasa.  Supaya perkara ini tidak terjadi maka sebaikna anda ceritakan saja pasa pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

Jangan cemburu berlebihan

Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tanda sayang.  Tapi itu bukan bermakna anda atau pasangan anda boleh cemburu buta.  Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca dari faktor ini.  Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap tidak terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua bersama dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan sedangkan dia keluar atas urusan kerja dan inilah disebut  sebagai cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

Hindaran kecurangan

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau keluhan oleh pasangan.  Contohnya, si suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah.  Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tapi tidak diendahkan.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasa kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain.  Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudiannya berusaha untuk menyelesaikannya.

Cari orang tengah

Sekiranya masalah  yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah.  Orang ketiga itu haruslah dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali.  Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita atau mengadu kepada jiran, rakan mahupun teman sepejabat.

Pasrah pada Yang Maha Esa

Berhadapan dengan masalah rumah tangga, perasan emosi memang membuak-buak.  Namun jangan dibelenggu dengannya.  Berdoa dan pasrahkan diri kepada Yang Maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.


EKSTRAK BIJI ANGGUR BANTU CEGAH SEL KANSER



Sebuah kajian terbaru menunjukkan bahawa lebih daripada ¾ sel leukemia yang terdedah kepada ekstrak biji anggur mati dalam tempoh 24 jam.  Sel-sel leukemia yang diuji di makmal ini mati tanpa menganggu sel-sel yang lain.

Para pengkaji dari Universiti Kentucky menemui bahawa ekstrak biji anggur ini mengaktifkan protein apotosis yang boleh mematikan sel kanser.  Hasil penemuan sel ini menunjukkan ekstrak biji anggur boleh digunakan sebagai agen pencegahan dan pengubatan penyakit berbahaya seperti kanser.

Menurut penulis kajian, Xianglin Shi, profesor  dari Graduate Center for Toxicology Kentucky University, kajian ini masih di peringkat awal tetapi kemungkinan manfaatnya amat baik.

Di dalam kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu mencegah perkembangan kanser dan flavanoid serta ekstrak biji anggur boleh mematikan sel kanser serta mengurangi risiko tumor tertentu.

Jadi, Shi cuba untuk memasukkan ekstrak biji anggur ke dalam sel-sel leukemia dengan dos yang berbeza-beza.  Apa yang ditemuinya, dos yang lebih tinggi menyebabkan apotosis yang lebih banyak pada sel leukemia tetapi tidak mempengaruhi sel-sel normal atau sel-sel sihat yang lain.

Jika Anda Diberhentikan Kerja


Anda dipecat!! Siapa yang tidak terkejut dan tertekan apabila mendengar pihak atasan mengucapkan kata-kata ini.  Kehidupan yang awalnya serba terancang pasti terancam jika anda diberhentikan.  Selain nama baik tercemar gara-gara status ‘pengangguran akibat pemecatan’, anda pasti pening kepala kerana masih tidak mempunyai alternative untuk menjana pendapatan.  Bukan sahaja untuk berhiburan, wang yang diperuntukan untuk keperluan juga sudah semakin susut. 

Tidak dapat disangkal, diberhentikan kerja memberikan kesan yang tidak menyenangkan.  Apa lagi jika anda dipecat kerana kesalahan kecil.  Secara tidak langsung, anda akan terus merasa salah dan kepercayaan diri semakin menurun.  Namun anda tidak harus terus bersedih.  Anda harus memotivasikan diri untuk terus bekerja.


TERUS MAJU

Segera susun rancangan anda untuk masa hadapan.  Mulakan dengan mengirim resume ke beberapa syarikat yang bergerak dalam bidang sama seperti syarikat yang pernah anda bekerja.  Jangan pula terus setia pada jawatan yang sama seperti syarikat lama.  Anda boleh sahaja mencuba untuk jawatan berbeza, apa lagi jika di syarikat sebelumnya anda belum pernah berpeluang mencuba tugas-tugas dari jawatan tersebut.

PRODUKTIF

Memperolehi pekerjaan baru memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri, bukan sahaja dengan jawatan yang dipegang tetapi juga persekitaran.  Walaupun begitu, anda harus melaksanakannya dengan produktif dan positif.  Cuba gali semua potensi dalam diri anda.  Seandainya anda mampu untuk berbahasa asing, anda boleh sahaja menjadi tenaga pengajar atau mendaftar sebagai tutor.

Masa lapang menunggu peluang pekerjaan boleh anda manfaatkan untuk mendalami potensi diri seperti mendalami bidang yang suatu ketika dulu menjadi minat anda.  Jika selama ini anda terpaksa membiarkan minat anda begitu sahaja, kini sudah tiba masanya untuk anda melaksanakannya dan ia mungkin menjadi sumber pendapatan anda.  Jika tidak, anda boleh sahaja menggunakan masa terluang ini untuk menanam wawasan diri.  Tambahan pula, kecenderungan syarikat hanya mempertahankan pekerja yang berkualiti tinggi ketika mengalami krisis global.  Gunakan tabungan untuk menyertai kursus yang mendukung pekerjaan nanti.

JUJUR DAN TERBUKA

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya ada syarikat tertarik untuk temuduga anda.  Jangan mensia-siakan kesempatan ini.  Bekalkan diri dengan penampilan rapid an sopan serta bersedia menjawab pertanyaan penemu duga.  Jika anda dipecat dengan kekhilafan anda, kemukakan kesalahan anda tersebut secara objektif tanpa menyalahkan pihak lain.  Bersikap jujur adalah penyelesaian tepat kerana syarikat baru ini boleh mengsahkan dengan majikan terdahulu.  Jika diungkapkan dengan baik, anda mendapat nilai tambah kerana sudah berlaku jujur.

Selanjutnya, hanya tinggal membina komitmen kerja yang baik dan semangat juang tetap tinggi supaya syarikat baru mempercayai potensi anda.  Tetap semangat!.

AGAR TIDAK DIPECAT KALI KEDUA

Supaya tidak dipecat buat kali kedua, perhatikan perkara berikut: ketahui hak dan kewajipan anda berkaitan dengan prosedur kerja di syarikat baru.  Berikan sumbangan kepada syarikat, jalinkan komunikasi yang baik dengan pihak atasan, rakan sekerja dan bawahan serta bersedia untuk belajar perkara baru dan terbuka terhadap kritikan.

6 SIKAP LELAKI BUAT WANITA BOSAN..


Lelaki yang perasan

Perasan! Sikap ini sebenarnya agak sinonim dengan lelaki khususnya lelaki yang menganggap dirinya kacak dan bergaya.  Lebih-lebih lagi jika mereka kaya dan berharta.  Bagi sesetangah wanita, sikap lelaki begini menambah kejengkelan di hati mereka. Namun begitu, tidak dinafikan ada wanita yang sanggup bertahan hanya kerana inginkan harta kekayaan.  Klu diukur kepada keabadian cinta, ia mungkin sangat sedikit di hati mereka.

Lelaki ego

Ego dank eras kepala, ini mungkin sikap ramai lelaki.  Bagi mereka, pantang sekali perempuan menegur kesalahan yang mereka lakukan.  Anda mungkin pernah mendengar cerita bahawa ada suami atau teman lelaki yang bertindak menampar isteri hanya kerana isteri memberi teguran tentang sikap mereka yang tidak betul. Di sinilah ego seorang lelaki sebenarnya kerana mereka beranggapan diri mereka mempunyai kuasa ke atas wanita.  Jika itulah yang anda pegang, nescaya anda akan sering ditinggalkan teman wanita.

Sering berbahasa kasar

Sikit-sikit melenting.  Ditegur sikit tetapi melentingnya bagaikan pasangan meminta dia mengadaikan nyawa.  Memang ada lelaki yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berbual dengan teman wanita.  Bagi mereka, ia satu sikap yang biasa sahaja tetapi bagi wanita yang lebih sensitive, mereka tentunya akan sering makan hati dengan sikap lelaki begini.  Jadi ketika berbual, selalulah bermuhasabah diri agar orang lain tidak terasa hati.

Mementingkan diri sendiri

Pernahkah anda menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara lelaki dan wanita.  Kadang-kala berpunca pertengkarannya dianggap sangat remeh di mana wanita merasakan lelaki sudah tidak mempedulikan dirinya.  Memang benar, ada lelaki yang begitu mementingkan diri mereka merasakan lebih berhak dalam membuat keputusan dalam sebuah keputusan.

Jika itulah sikap anda, lama-kelamaan, sudah tentu sahaja wanita akan berasa tertekan, ia sekali gus menidakkan kehadiran anda dalam dirinya.  Justeru itu, berfikirlah dengan baik kerana bila ego menguasai diri, kita tidak akan cuba memecahkan belenggu yang bersarang di dalam dada.  Tetapi sebaliknya kalau belenggu itu sudah dibuang.  insyaAllah, perhubungan yang dijalinkan juga akan berlangsung dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.

Tidak bertanggungjawab

Tanggungjawab antara sikap yang diamanahkan oleh Allah.  Tidak kira dalam sebuah perhubungan, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya.  Jika sudah tidak bertanggungjawab, kita tidak akan tahu bagaimana untuk menilai sebuah perhubungan itu.

Adakah kita hanya mencintainya hanya kerana paras rupa, kekayaan, keturunan atau sebagainya.  Tetapi seorang lelaki yang bertanggungjawab sangat disukai oleh wanita kerana mereka merasakan sangat selamat


Review dan Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Slot Akasia: Epilog Syurga Cinta – (28 Episod) Isnin-Khamis, jam 6.30petang, mulai 2 Ogos
Epilog Syurga Cinta terbitan MIG Productions memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci.

Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Syuhada.
Setelah berkenalan dengan Syuhada, Irham telah mengenali semula agama Islam. Namun, sikap liar Irham pada masa lampau telah membawa padah kepada dirinya. Percintaan yang dimulakan atas perjudian Irham dengan kawan-kawannya telah mengecewakan Syuhada kerana dia sangka Irham telah berubah. Adakah Irham akan mengenali erti hidup dan cinta yang sebenar?

Pelakon: Zizan Nin, Rafidah Ibrahim, Mia Sara, Intan Ladyana



Orang atau Ikan??



Orang yang paling hebat berenang di planet bumi ini mungkin Martin Strel, lelaki Slovenia yang kini berusia 56 tahun.  Sehingga kini, Martin memegang banyak rekod yang menakjubkan, antaranya berenang tanpa henti paling lama, iaitu selama 84 jam 10 minit.  Rekod itu dilakukannya pada 2001 dengan berenang menyusuri Sungai Danube bagi jarak 504 kilometer.

Sebelum itu, pada tahun 2000, Martin Strel telah berenang di sepanjang Sungai Danube sejauh 3,004 kilometer dalam masa 58 hari tetapi ia dilakukan dengan berhenti rehat beberapa kali setiap hari.

Pada julai 2002, Martin Strel berenang sepanjang Sungai Mississippi sejauh 3,885 kilometer selama 68 hari.  Pada tahun 2003, Martin Strel menambah koleksi rekodnya dengan berenang sepanjang Sungai Parana, Argentina sejauh 1,930 kilometer.  Pada jun 2004, Martin Strel sekali lagi menjadi ‘ikan’ dengan berenang menyusuri Sungai Yangtze, China, sejauh 6,300 kilometer.-

Penyakit Kencing Tikus

DEFINISI PENYAKIT KENCING TIKUS

Penyakit “kencing tikus” atau nama sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis adalah suatu penyakit infeksi akut yangdisebabkan suatu jasad renik tertentu yangdinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara
kebetulan.

Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis
di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah.

CARA PENULARAN PENYAKIT KENCING TIKUS

Penularan dari haiwan ke manusia dapat terjadi secara langsung ataupun tidak langsung, sedangkan penularan dari manusia ke manusia sangat jarang. Penularan langsung biasanya terjadi dari haiwan yang mengandungi penyakit leptospira kepada mereka yang pekerjaannya merawat, memotong haiwan seperti penternak, doctor haiwan, peneliti yang memakai binatang percubaan, pekerja di rumah potong haiwan dan umumnya terjadi secara kebetulan. Penularan tidak langsung (pada manusia) terjadi melalui air atau tanah yang tercemar urin haiwan yang mengandungi leptospira. Sering terjadi ketika banjir, di selokan atau sungai, di danau yang tercemar serta mereka yang bekerja sebagai pembersih selokan, sungai, pekerja perkebunan tebu, dan daerah rawa. Kuman tersebut masuk ke dalam tubuh manusia melalui kulit yang terluka atau melalui selaput lender mata, selaput lendir di mulut, saluran pernafasan.


Cara Dapatkan Top-up @ Tambah Nilai Free



Petang tadi tengah aku blogwalking, tiba-tiba aku terpandang suatu info yang sangat mengejutkan. Info tersebut ialah cara-cara nak dapatkan top-up @ tambah nilai maxis, digi dan celcom secara percuma@ free. Sekali lagi diulang, free. Mungkin anda fikir bahawa cara ini salah, namun jika anda sangat terdesak dan memerlukan top-up dengan kadar segera. Silalah guna cara ini. Semoga info ini dapat memberikan ‘manfaat kepada anda semua.






Cara-caranya ialah

  1. sila dail *138*123#
  2. Kemudian mesej akan terpapar : sila masukkan nombor Hp anda
  3. kemudian masukkan nombor hp anda dan tekan send/dail
  4. operator akan menghantar mesej supaya masukkan ‘PUK’
  5. masukkan nombor ‘PUK’ dan tekan send
  6. tunggu pengesahan penerimaan request
  7. kemudian anda akan menerima mesej pengesahan seperti ini:
“amboi banyak cantik muka kau, masuk toilet pun berbayar, inikan pula top-up”


P/S: nak top-pup, p beli kat kedai k..

Ratu Ular Malaysia..

Semalam, Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan,24 tahun, membuktikan keberanian mencium ular tedung selar berbisa sebagai tanda penutup tirai persembahannya di Muzium kelantan.



Dengan memegang dua ekor ular sawa, anak kelahiran Subgai Petani, kedah itu tampak ceria kerana dapat menghabiskan ujian tinggal bersama 100 ekor ular berbisa sebelum keluar dari bilik kaca berukuran 10X10 meter pada jam 10 malam. Sebagai penutupan majlis itu, Puteri membuat kejutan kepada lebih 300 orang penonton dengan mencium ular tedung selar berbisa berukuran kira-kira 4 meter secara spontan.

Sebelum ini, Puteri dikatakan telah pengsan semasa berada dalam bilik kaca tersebut.  Ramai beranggapan dia terkena patukan ular berbisa namun sebaliknya dia hanya keletihan kerana seharian mengadakan persembahan.

Selain dari Muzium Kelantan, Puteri pernah mengadakan pertunjukan di seluruh tanah air serta luar negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun.

Free Download Lagu Hit

1) Free download lagu Wali Band-Yank  



2) Free download lagu 6ixth Sense – Yang Sempurnakanku 



3) Free download lagu Akim-Inilah Cinta



4) Free download lagu Rossa- Hati Yang kau Sakiti



5) Free download lagu Adira AF8- Ku Ada kamu



6) Free download lagu Faizal Tahir- Selamat Malam


Zakiah Anas berposing maut..

Zakiah Anas, pengacara rancangan 999 yang streotaip dengan aktiviti polis menumpaskan musuh, kecoh tatkala gambar beliau bertuala tersebar di internet. Walaupun ianya bukanlah gambar bogel Zakiah Anas namun gambar Zakiah Anas yang hanya memakai tuala dan posing ala2 pornstar boleh mencetuskan pelbagai spekulasi tentang peribadi beliau.





Pengemis Seksi menjadi kaya kerana internet..


Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet. Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu. Cheng Guorong digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.
Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu. Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta). Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
















Maksud Kad Kematian..


Sering kita lihat pembacaan kad Tarot dalam meramal nasib seseorang dilakukan dalam persekitaran yang gelap dan menyeramkan. Di dalam sebuah khemah kecil dengan pencahayaan minimum, pembaca atau pentafsir kad Tarot itu pula bergaya ala Gipsi.
Gelang berloceng yang berbunyi setiap kali tangannya bergerak, muka bermekap tebal dan rambut panjang yang diikat riben atau skarf, sudah cukup untuk menegakkan bulu roma seseorang.
Realitinya, kata Jennson Yuen, 39, pembacaan kad Tarot tidak memerlukan semua elemen itu untuk menjayakannya.
"Apa yang nak diseramkan? Membaca kad Tarot bukanlah sesuatu yang melibatkan pemujaan semangat, jauh sekali agama. Ia hanya menggunakan kawalan minda individu yang mengajukan soalan," jelasnya.
Jennson sudah enam tahun membaca atau mentafsir kad Tarot sepenuh masa di sekitar Jalan Klang Lama. Beliau meninggalkan kerja berniaga kecil-kecilan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur setelah berkenalan dengan seorang guru meditasi yang mengatakan beliau memiliki deria keenam yang tajam.
"Ketika muda saya memang seorang yang memiliki rasa ingin tahu yang kuat. Saya juga gemar membaca horoskop. Jadi kata-kata guru meditasi itu menguatkan lagi perasaan ingin tahu saya.
"Dialah yang memperkenalkan saya kepada kemahiran meramal nasib kerana dia juga berkepakaran dalam pengurusan kuasa minda. Katanya saya memiliki deria keenam, memberi kelebihan kepada saya dalam perkara yang melibatkan intuisi seperti ini," ujarnya.
Cara kad Tarot dibaca, jelas Jennson, dimulakan dengan individu yang ingin nasibnya diramal mengocok sendiri set kad yang akan digunakan untuk dirinya dengan memfokuskan fikiran kepada perkara yang ingin ditanya.
"Kemudian mereka perlu mengajukan soalan kepada saya. Dinasihatkan soalan yang diajukan ialah soalan yang dapat mendatangkan jawapan dalam bentuk subjektif dan bukan antara ya atau tidak. Jika tidak, bacaan tidak akan tepat atau perincian tentang sesuatu kurang jelas.
"Sebagai contoh, jangan tanya saya jika anda patut membeli kereta idaman anda itu ataupun tidak. Sebaliknya, tanyalah apa kesannya ke atas diri anda sekiranya anda membeli kereta itu," terang anak jati Kuala Lumpur itu.
Tanya tuah
Sepanjang bekerja sebagai pentafsir kad Tarot, Jennson sudah bertemu dengan ramai pelanggan dengan pelbagai ragam.
"Pelanggan saya semuda 16 tahun sehinggalah 60 tahun. Golongan remaja, soalan mereka lazimnya tentang perhubungan. Golongan pertengahan lebih banyak bertanya tentang perhubungan dan kerjaya.
"Golongan lebih matang selalunya menggunakan kad Tarot untuk membantu mereka menyelesaikan masalah yang sukar hendak diselesaikan seperti kes mahkamah," jelas Jennson.
Tidak ada pula pelanggan yang datang kepadanya bertanyakan nombor ekor.
"Persoalan seperti itu memang tidak akan mendapat sebarang jawapan. Mereka yang hendak berjudi selalunya sekadar bertanyakan tuah mereka pada hari itu," tambahnya.
Bagi bacaan penuh yang berlarutan selama 90 minit, Jennson mengenakan bayaran RM90 untuk satu sesi manakala untuk bacaan yang mengkhusus seperti untuk tafsiran kerjaya sahaja, nilai caj yang dikenakan ialah RM50.
Ada pelanggan yang sukar dilupakan Jennson.
"Saya ada pelanggan yang begitu taksub dengan bacaan kad Tarot sehinggakan perkara remeh sama ada dia patut makan nasi ayam pada hari itu ataupun tidak juga ditanyanya.
"Bagi saya tidak perlulah terlalu bergantung kepada kad Tarot. Tafsiran menggunakan kad Tarot sepatutnya membantu menyelesaikan masalah, bukan menambah masalah.
"Saya juga lebih senang menolak pelanggan yang kembali dengan soalan yang sama berkali-kali kerana jelas dia tidak mengikut nasihat yang diberikan dan tafsiran yang diberikan tidak membantunya dalam apa keadaan pun," tegasnya.
Namun, apa yang paling menarik atau sedikit menyeramkan ialah salah satu daripada 78 kad Tarot itu dikenali sebagai kad kematian.
Menggunakan kad dengan ilustrasi manusia atau jenis rider waite, Jennson menceritakan bahawa kad kematian tidak semestinya membawa maksud yang negatif.
"Ia sebenarnya menunjukkan pengakhiran kepada sesuatu. Jika soalan berkisar pergaduhan, maka pembukaan kad kematian ialah sesuatu yang positif kerana ia bermaksud pergaduhan itu bakal berakhir. Tetapi jika soalannya ialah tentang kesihatan, ia lazimnya memberikan berita buruk," akui Jennson.

Motosikal Polis Memecut Seperti Porsche 911 Carrera..

polis Chichester sedang menguji kehebatan motosikal barunya..


CHICHESTER - Polis Britain kini menguji sebuah motosikal berkuasa tinggi beroda tiga yang boleh memecut 96 kilometer sejam dalam masa 4.5 saat menyamai kereta Porsche 911 Carrera, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak dua buah model motosikal itu, Can-Am Spyder Roadster yang berupaya dipandu pada kelajuan mencecah 201 kilometer sejam kini digunakan polis trafik di Sussex. Motosikal itu dipinjam daripada pengeluarnya untuk tempoh percubaan selama sebulan.
Pengurus firma Collison Recreational Ltd., Adrian Yeomans berkata, motosikal berharga £20,939 (RM104.842) sebuah itu lebih selamat berbanding model biasa dan ia boleh ditunggang dengan cuma memiliki lesen memandu kereta.
Firma dari Kanada itu mengambil idea asas daripada rangka mesin pemotong rumput untuk mencipta motosikal tersebut. - Agensi @ kosmo

Mahkamah Indonesia Haram Filem Balibo..




JAKARTA: Mahkamah Indonesia mengekalkan keputusan pengharaman terhadap filem Balibo yang diterbitkan karyawan filem Australia.

Filem Balibo mengisahkan jenayah perang didakwa dilakukan angkatan tentera Indonesia di Timur Leste. Sebelum itu, hakim turut menolak bantahan Kesatuan Wartawan Bebas (AJI) mengenai pengharaman filem itu yang mendakwa ia boleh merosakkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia.

Filem dibintangi Anthony LaPaglia dan diarahkan Robert Connolly itu mengisahkan lima wartawan Australia yang didakwa dibunuh tentera Indonesia di bandar Balibo di Timur Leste pada Oktober 1975.

“Mahkamah berpendapat filem itu boleh mencetuskan ketegangan hubungan politik antara dua negara,” kata peguam AJI, Hendrayana.

“Orang ramai perlu tahu apa yang terjadi kepada lima wartawan Australia itu. Kami akan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi,” kata Hendrayana yang mempersoalkan keputusan itu.

Pengharaman filem Balibo dibuat kerana ia bercanggah dengan catatan sejarah Indonesia, di samping terdapat unsur prejudis. Indonesia mendakwa lima wartawan itu terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan enggan bekerjasama dengan penyiasatan jenayah perang Australia yang dilancarkan tahun ini. - AFP

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme