Mahkamah Indonesia Haram Filem Balibo..




JAKARTA: Mahkamah Indonesia mengekalkan keputusan pengharaman terhadap filem Balibo yang diterbitkan karyawan filem Australia.

Filem Balibo mengisahkan jenayah perang didakwa dilakukan angkatan tentera Indonesia di Timur Leste. Sebelum itu, hakim turut menolak bantahan Kesatuan Wartawan Bebas (AJI) mengenai pengharaman filem itu yang mendakwa ia boleh merosakkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia.

Filem dibintangi Anthony LaPaglia dan diarahkan Robert Connolly itu mengisahkan lima wartawan Australia yang didakwa dibunuh tentera Indonesia di bandar Balibo di Timur Leste pada Oktober 1975.

“Mahkamah berpendapat filem itu boleh mencetuskan ketegangan hubungan politik antara dua negara,” kata peguam AJI, Hendrayana.

“Orang ramai perlu tahu apa yang terjadi kepada lima wartawan Australia itu. Kami akan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi,” kata Hendrayana yang mempersoalkan keputusan itu.

Pengharaman filem Balibo dibuat kerana ia bercanggah dengan catatan sejarah Indonesia, di samping terdapat unsur prejudis. Indonesia mendakwa lima wartawan itu terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan enggan bekerjasama dengan penyiasatan jenayah perang Australia yang dilancarkan tahun ini. - AFP

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme