LawATan SamBiL BeLajAR..

Salam.berjumpa lagi kita dalam rancangan masak2. Eh bila plak aku buat rancangan ni? Ntah pepe kan. Sebenarnya aku nak menceritakan tentang tentang kisah semalam. Bukan nak mengader tetapi aku nak memenuhi kehendak seorang teman. Semalam aku terima ajakan seorang teman untuk study kat Library. Untuk pengetahuan korang, aku ada mengajak kawan-kawan aku yang lain untuk ke library tetapi diorg macam xlarat je. Maklumlah musim exam, semua orang penat coz menggunakan kapasiti otak 100%.Kepada semua kawan2 aku, semoga korang dapat menjawab exam dgn tenang.

Berbalik kepada kejadian semalam, apabila aku sampai ke library, kitaorg mencari tempat yang strategik untuk berlabuh namun kebanyakan tempat yang strategik dah penuh. kitaorg pn decided nak usha tingkat 3 tetapi penuh jugak. So terpaksa la melabuhkan diri kat tempat yang agak terbuka. (take note..semalam la 1st time aku naik tingkat 3..teruk kan??)

Kesan berlabuh kat tempat terbuka!!

· Gangguan orang lalu-lalang

· Teguran daripada kawan2

· Menjadi tumpuan orang ramai

· Kekadang fokus leh hilang

Kesimpulannya (ceh.. mcm buat karangan la plak..haha), dapat keluar bersama dia memang best cz dia seorang yang ceria, leh berkongsi pendapat N mungkin seorang yang kelakar..sekian

NtaH PePe..

Semalam merupakan birthday aku. Aku sebenarnya teruja untuk menyambutnya tetapi aku xde bajet untuk mengadakan parti. Biasa la dah hujung bulan ni, so aku semakin pokai la. Dalam keghairahan aku menunggu kawan2 untuk mengucap “selamat hari lahir”, aku mula teringat kat kampung halaman aku. Alangkah bestnya klau aku dapat sambut kat kampung, mesti aku akan paksa family aku untuk mengadakan majlis untuk aku..huhu..kejam kan aku.

Maybe aku akan pulang pada hari jumaat ni cz asgnmnt aku dah settle pada malam ni. Alangkah bahgianya aku cz semua asgnmt dah siap tetapi kebahgiaan itu bersifat sementara cz aku akan menghadapi exam yang tidak lama lagi akan menjemput aku ke gelanggang yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila tibanya saat waktu nak exam, aku semakin berasa risau, aku benci exam.waaa. pepe pun aku harus tempuh juga. Chayokx3…aja2 fighting

PRoGrAm PeRTaNdiNGan DeKLaMaSi SaJaK-KuMPuLan SiREh JuNJunG


Pada tanggal 2 April 2009, aku dan the geng telah menganjurkan satu program pertandingan DEKLAMASI SAJAK terbuka UM. Dari segi penyertaan, agak memuaskan la cz mencapai target yang kitaorang mahu iaitu seramai 10. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk memenuhi kehendak subjek Pengurusan dan Pemasaran Kesusasteraan. Jawatan aku dalam program ini ialah Ketua Biro Teknikal. Agak susah memikul jawatan ini tetapi menjadi senang apabila aku dibantu oleh kawan2. “apa yang penting? Kerjasama. Kami xbesar, kami xkuat tapi bila bekerjasama, semua jadi senang. Wonderpet x2..yeah!!”. Ni aku ade selitkan beberapa pic yg sempat kitaorang ambil..

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme