Free Download Mp3 Maher Zain - InsyaAllah

Insya Allah
by:Maher Zain

Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way...

Cicak Tokek @ Po'kan bernilai jutaan ringgit..

KUANTAN 7 Ogos - Cicak tokek @ Pokkan mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di sini yang memiliki dua ekor cicak tersebut berharap satu kajian saintifik dapat dilakukan bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Mohamad Fauzi Mohd. Norman (gambar), 42, berkata, dia mula memelihara dua ekor cicak tersebut selepas salah seorang daripada saudaranya memberikan haiwan itu kepadanya sebagai cenderahati.
Menurutnya, saudaranya itu menangkap cicak tersebut di kawasan hutan Hulu Terengganu dan ketika diberikan kepadanya, dia tidak mengetahui keistimewaan haiwan itu.

"Saya bertanya kepada kenalan dan merujuk dalam laman web mengenai spesies cicak ini sebelum mendapati ia amat bernilai kerana mempunyai pelbagai khasiat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil rujukan yang dibuat mendapati cicak miliknya yang berusia tiga bulan itu dipercayai boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit kronik seperti HIV/AIDS, sakit kulit dan asma.

"Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.

Dalam pada itu, dia turut dimaklumkan harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

"Saya anggarkan dua ekor cicak tokek yang saya pelihara ini masing-masing seberat 100 gram dan 90 gram. Tetapi saya percaya ia mampu untuk membesar lagi,'' katanya

Sumber: dipetik dalam kosmo online..

Kajian penulis



*Masyarakat Kelantan memanggil cicak ini dengan gelaran pokkan @ po’kan @ pokkang

*Ramai yang kini sedang memburu kerana nilainya mencecah puluhan ribu ringgit malah ada yang menjangkau jutaan ringgit.

*Cicak ini sukar dipelihara kerana memerlukan persekitaran semula jadi.

Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia

Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia


Pelakon drama lelaki yang kita anggap senior dalam industri drama, Yalal Chin atau nama sebenarnya, Yalal Abu Achin telah meninggal dunia jam 12.30 tengah malam tadi kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Berita ini dikhabarkan juga oleh rakan artis, antaranya Afdlin Shauki dan Vanidah Imran di status Twitter mereka.
“Salam semua,Seniman Yalal Chin telah pulang ke Rahmatullah.pd jam 12.30 sebentar tadi.AL-Fatihah. He was one of the nicest man / actor i kno” – Afdlin Shauki
“Al-fatihah buat Yalal Chin yg telah pulang ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin.” – Vanidah Imran
Jenazah Allayarham selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka pada pukul 11.30 pagi, Sabtu.  Sepanjang pembabitan Allahyarham dalam industri seni tempatan, beliau tidak pernah kedekut ilmu lakonannya.

Allahyarham berasal dari Melaka. Selain berlakon, arwah juga pernah mengarah drama, menjadi pengurus produksi dan jururunding skrip. Pernah berlakon filem Wanita Bertudung Hitam dan filem Paloh sebagai pelakon tambahan. Filem Allahyarham yang masih belum ditayangkan ialah filem Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki. Antara telemovie terbaru lakonannya ialah Aku Yang Aku Cari di RTM arahan Arief Kamarhani yang turut berganding dengan Syed Aiman dan Arif Yamin.

Jenazah Yalal Chin dibawa ke Melaka dari HUKM pada jam 3 pagi untuk pengebumian.
Walaupun nama Yalal Chin tidak sehebat Allahyarham M Rajoli dan Allahyarham Din Beramboi, namun lakonan hebatnya menerusi telemovie-telemovie Rashid Sibir sedikit sebanyak memberi impak dalam industri drama tanahair.

Dalam berkarya, Allahyarham sanggup mengeluarkan duit sendiri tanpa pernah memikirkan tentang keuntungan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang tidak pernah mengenal erti penat dalam menjalankan sesuatu kerjanya di kalangan sahabat handai dalam industri. Berbakat besar dalam dunia seni, setiap kerja yang dilakukan berlandaskan hati yang ikhlas tanpa meminta sanjungan populariti yang meninggi.

Pelakon Azhan Rani yang rapat dengan Allahyarham sejak tahun 1997 lalu menganggap Yalal merupakan guru yang baik, berbakat tetapi dipinggirkan.
“Walaupun tidak mengecapi populariti sekalipun, Allahyarham tidak pernah mengalah kerana dia lakukan bukan untuk popular.
“Pasti saya akan merindui lakonan Allahyarham. Kepada keluarganya, semoga tabah dan redha dengan pemergiaan beliau,” katanya yang sempat melawat jenazah Allahyarham ketika upacara mandikan jenazah di HUKM, awal pagi Sabtu.
Sementara itu, balu Allahyarham iaitu Suryani Mohd Yusof, 37, sempat berkongsi kenangan sepanjang bergelar isterinya.
“Arwah suka buat lawak dan penyayang. Saya akan ingat kasih sayang yang dia curahkan sampai bila-bila. Dia juga seorang yang suka duduk rumah dan makan masakan saya.
“Saya rasa semua hajatnya sudah tercapai dan dia pergi dengan tenang,” beritahunya dalam nada tenang ketika dihubungi.
Allahyarham juga pernah menjadi Pegawai Kebudayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengajar seni persembahan di universiti tersebut. -mstar online
Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada arwah Yalal Chin. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah.

Majlis Perkahwinan Dr Sheikh Muszaphar & Dr Harlina

Pastinya 10 Oktober 2010 merupakan satu tarikh keramat buat Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga tunangnya, Dr Harlina Mohd Yunos yang bakal menaiki jinjang pelamin selepas bertunang sejak 1 Januari 2010 yang lalu. Malah tarikh 10.10.10 juga dilihat sebagai sesuatu yang amat menarik kerana bukan sahaja bakal menjadi ulangtahun perkahwinan pasangan yang diraikan ini, secara kebetulan, ia juga merupakan ulang tahun ketiga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angakasa lepas (2007).

Dengan jemputan seramai 10,000 orang dan dilengkapi persiapan secara besar-besaran, perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh diisytiharkan sebagai ‘wedding of the year’.

Istimewa untuk para peminat dan semua penonton di Malaysia, kini anda boleh saksikan sendiri acara gilang-gemilang ini menerusi siaran langsung khas yang dibawakan eksklusif oleh TV3 pada hari Ahad ini.

Jangan lupa menyaksikan detik bersejarah ini bemula pukul 2.00 petang Ahad ini di TV3 menerusi slot program NONA yang bakal dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza WHI) membawa kita ke belakang tabir di sebalik persediaan dan proses perancangan majlis gilang-gemilang bermula daripada hari pertunangan yang bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan Januari lalu termasuklah majlis akad nikah yang akan diadakan di Masjid ‘Besi’ Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 11.00 pagi. Ikuti laporan eksklusif Fiza Sabjahan yang turut berada di sekitar majlis pernikahan di TV3 hanya beberapa jam selepas angkasawan pertama Negara sah bergelar suami.

Turut dipaparkan di dalam segmen petang yang dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) adalah penceritaan menarik dan kenangan manis kisah cinta romantis Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan yang dikasihi, Dr Harlina Mohd Yunos.
Kenali kedua mempelai menerusi laporan Fiza yang turut memuatkan profil individu dan senarai pencapaian dan kejayaan yang pernah diperolehi masing-masing. Uniknya, penonton juga berpeluang berkongsi keseronokan dan detik bahagia kedua pasangan dengan mengikuti cerita menarik di sebalik persiapan menjelang hari perkahwinan termasuklah pilihan busana di hari pernikahan dan majlis persandingan yang turut melibatkan beberapa pereka fesyen tempatan yang terkenal seperti Putra Cosry, Datuk Bernard Chandran dan ramai lagi.

Bagi mereka yang berminat, inilah peluang untuk mengenali dengan lebih dekat pengurus dan krew yang turut bergabung tenaga dan kreativiti dalam menjayakan majlis gilang-gemilang ini.

Tentunya laporan petang Ahad yang bermula jam 2.00 petang merupakan pemanas kepada acara kemuncak yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut mengkagumi usaha dan jasa angkasawan pertama Negara selama ini.

Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, teruskan menonton siaran langsung majlis resepsi dan pesandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos di bawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada sebagai pengantara majlis, ikuti laporan eksklusif mereka bermula jam 9.00 malam hingga 10.00 malam.
Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Dato’ Mahadzir Lokman, nantikan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra dan juga selawat dan marhaban ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Majlis persandingan turut memaparkan istiadat menepung tawar oleh kedua belah pihak keluarga dan juga barisan tetamu jemputan khas yang turut memeriahkan lagi majlis seperti Perdana Menteri Malaysia dan isteri iaitu Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara makan beradap pengantin di mana ketika ini mereka bukan sahaja disajikan dengan juadah yang enak malah turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada artis tanahair tersohor diikuti dengan majlis memotong kek oleh kedua pengantin sebelum majlis ‘wedding of the year’ ini melabuhkan tirainya.

Bagi peminat dan rakyat tempatan mahupun yang berada di luar Negara, anda juga berpeluang untuk melihat foto dan gambar eksklusif sekitar majlis pernikahan dan majlis persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos di laman web rasmi: www.tv3.com.my atau portal gaya hidup terkini: www.gua.com.my pada hari Ahad ini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dan liputan langsung majlis resepsi dan persandingan bersejarah di laman web bermula jam 9.00 malam hingga 10.00 malam.

Laporan eksklusif majlis resepsi dan persandingan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos ini menampilkan Syarida Shariff (Sherry) sebagai penerbit dan Puan Siti Hatija Yusof yang bertindak sebagai penerbit eksekutif serta turut dibantu oleh tenaga warga kerja Primeworks Studios dan TV3.

*SIARAN LANGSUNG MAJLIS PERKAHWINAN GEMILANG ANGKASAWAN NEGARA AHAD INI DI TV3
*Paparan Eksklusif Menerusi NONA dan Selepas Buletin Utama

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme