Tip Keluar 'Dating'...


Pada kali ini, aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua tentang tip apabila keluar 'dating'. Semoga anda dapat mempraktikkannya supaya perhubungan anda dengan 'someone' lebih bermakna.

Ada satu ungkapan, "anda tidak akan dapat peluang kedua untuk memberikan first impression yang baik." Ingatlah, sangat penting bagi anda untuk 100% bersedia bagi memberikan first impression yang sangat hebat pada setiap date. Berikut saya senaraikan tips untuk memberikan kenangan indah pada setiap date:

1. BAYAR.

Lelaki perlu bayar semuanya. Jangan sebut langsung untuk berkongsi bayaran bil makan. Jika si gadis ingin bayar bahagiannya, tolak cadangannya dengan baik. Namun jika si gadis mendesak juga, terpaksala benarkan. (ini berlaku bila si gadis tidak ingin rasa berhutang, mungkin si gadis rasakan ini date yang terakhir?)

2. LOKASI

Jangan tonton wayang pada First Date. Macam mana anda ingin mengenali sesama sendiri jika kebanyakan masa dihabiskan dengan membisu? Saya cadangkan anda keluar makan-makan. Bawa si gadis ke tempat yang selesa dan anda mampu. Jangan pula makan di restoran mahal yang anda sendiri tidak mampu bayar bilnya. Haa, nasihat saya, tak perlu terlalu 'grand' first date anda, cukup sekadar simple dan tidak menghabiskan duit yang banyak.

3. PERILAKU

Jika ingin makan malam (dinner), pastikan anda ingat Rules for Fine Dining: sekurang-kurang cubalah untuk ingat satu atau dua. Bila anda ingin menjemput si gadis, keluar kereta dan bukalah pintu kereta untuknya. Buat perkara sama apabila anda sampai di tempat yang dituju. Jika ingin makan malam pada First Date, tolong tarik kerusinya dan persilakan si dia duduk dahulu. 

Jangan lambat!

4. HORMAT

Maksudnya, jangan berharap untuk mendapat sesuatu. Date bukanlah satu janji atau kepastian yang anda akan mendapat apa yang diharapkan, tetapi merupakan satu peluang untuk anda mengenali seseorang bagi mengukur tahap keserasian. Ini juga bermaksud, anda tidak boleh mengambil kesempatan seperti gangguan seksual terhadap pasangan anda.

5. YAKIN

Yakin pada diri sendiri. Cakap biar terang, jangan gugup dan menggelabah tak tentu pasal. Anggap saja si dia macam kawan lama. Ingat, anda adalah diri anda.

6. PENAMPILAN DIRI

Pakai sewajarnya dan beritahu si dia ke mana anda ingin bawanya. Ini agar si dia dapat memakai pakaian yang sesuai. Jika boleh, jangan pakai jeans. Tetapi jangan pula overdress! Mandi, sabun, shampoo, dan shave. Jika ada perfume, gunakanlah, tetapi jangan terlalu banyak!

7. PERBUALAN

Jangan fokus pada diri sendiri, tanya soalan TENTANG DIRINYA (sesuai pada semua tempat). Dengar jawapannya, dan teruskan bertanyakan soalan yang menunjukkan anda minat dan sedang mendengar dengan teliti. Jangan ghairah bercerita tentang kerjaya anda (jangan lebih 2 minit). Mungkin seronok bercerita tentang kerja kita, tapi si dia mungkin tidak faham. Oh pastikan kata-kata pujian sentiasa di mulut, tapi jangan terlebih puji! Nampak desperate pula..hehe

8. MASA

Jangan biarkan date terlalu lama. Bayangkan anda sedang makan makanan sedap-Habiskan makanan dan rasa macam nak tambah sedikit lagi. Inilah masa yang sesuai untuk tamatkan first date. Maksud lain, janganlah date di tempat yang terlalu jauh dari rumah. Habis masa atas kereta je!

9. HADIAH

Sangat menarik idea ini. Cuba berikan si gadis hadiah kecil pada first date. Tapi jangan pula beli sesuatu yang mahal- contohnya sekuntum rose sebagai cendera hati. Ingat, jangan beli hadiah besar gedabak, nanti susah pula nak bawa ke mana-mana semasa date. Oh ya, bunga rose tadi kena beli tau, jangan petik bunga kat tapi jalan pula! hehe

10. KESIMPULAN

Jika anda suka dan seronok dengan date tadi, anda ingin berjumpa lagi dengan si dia, call dan beritahu si dia. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Jujur! Jangan permainkan perasaan si dia jika anda tidak ingin meneruskan hubungan serius dengannya.


Sahabat Kepada Kekasih..

Apakah yang diinginkan pasangan sahabat atau kekasih? Ada pasangan sahabat lebih selesa terus menjadi sahabat.

Tidak kurang juga yang mendapati perkongsian masa dan banyak persamaan dari segi sikap, nilai serta kegemaran adalah petanda baik untuk mengalihkan persahabatan kepada sesuatu yang lebih mendalam iaitu percintaan.

Cinta wujud dalam pelbagai jenis, antaranya jenis persahabatan. Cinta boleh berlaku jika berlaku perasaan suka yang mendalam kepada seorang yang benar-benar memahami dan sesuai dengan diri kita. Perhubungan ini hanya berlaku dengan orang tertentu sahaja dan lazimnya kepada sahabat baik.

Dalam perhubungan ini, ada kalanya jika perasaan cinta wujud antara kedua-dua pihak, ia disalahertikan. Akibatnya, hubungan persahabatan terbabit akan berubah dan ia tidak seperti dulu lagi.

Tanda positif bagi pasangan sahabat yang bersedia menukar hubungan persahabatan kepada percintaan antaranya, kedua-duanya bersedia mengambil risiko dan mengalihkan persahabatan kepada perhubungan yang lebih mendalam.

Disamping itu, salah seorang lebih berminat berdampingan dengan sahabatnya berbanding orang lain. Masing-masing bersedia melabur lebih banyak masa untuk satu perhubungan yang lebih jelas dan bermakna.

Brape no. Hp kamu??

Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama no. tel bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir no. tel bimbit anda

langkah 7:
tolak dengan 250(- 250)

langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Cabaran Minda..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada kali ini aku telah ditag oleh SERENDIPITY iaitu rakan blogger aku.  Demi tidak memfrustkan menghampakan dirinya, aku akan menjawab tag dgn penuh kejujuran yer.

1.APA YANG ANDA AKAN BUAT BILA ANDA TAHU MEMBER ANDA TIKAM BELAKANG ANDA?

Pertama, aku akan menjerit..sebab apa? Sakit woii kena tikam..lepas tuh aku akan ke klinik untuk mendapat rawatan awal..hehe

2. 6 ORANG DI HATI ANDA? 

ayahanda,bonda,adik,kakak,abang & kawan2 terutama para pemblogger

3. ANDA RASA ANDA COMEL? 

Hmm..aku bukanlah seorang yang comel..nak kata smart pun maybe tak kot..manis tuh ada la sikit-sikit..hehe


4. SINGLE OR TAKEN? 

aku nih still single..sapa nak mengurat aku?? hahaa


5. BLOG YANG ANDA SUKA? 

semua blog aku suka..


6. ADAKAH BILIK ANDA KEMAS SETIAP HARI?
Sudah tentunya tidak. Biasa la, aku tak da bela orang gaji..


7. LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR? 

Baik-Baik Sayang – Wali Band

8. LAST TEXT MESSAGE 

mesej from my lovely cousin:

Abg,tiba2 As rasa sedih sangat2..

9. LAST PHONE CALL 

Dari seorang teman sepermainan, dia ajak lepak kt teratak warung permai Kolej Kinabalu

10. HARI TERAKHIR ANDA MENANGIS 

Malam tadi. Layan cite sedih.


11. 5 LIST WARNA KEGEMARAN ANDA 

Hitam. Putih. Biru. Kuning. Merah. 



*DI SINI AKU SUNGGUH BERBESAR HATI UNTUK TAG MEREKA DI BAWAH INI* 

3) TTT

Ragam Exam



Kepada semua yang bergelar student IPTA/IPTS, selamat menduduki peperiksaan yer..gud luck to u all..

Insomnia..

Assalammualaikum dan salam 1 Amerika Malaysia.

Seperti yang dinyatakan dalam tajuk, mari kita sama-sama mengenali apakah itu Insomnia?  Insomnia ialah kesukaran kepayohan untuk tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.

Cara mengatasinya :

Diriwayatkan oleh At-Turmudzi di dalam Jami'nya, hadis dari Buraidah, ia berkata: Khalid telah mengadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tentang penyakit yang dideritainya, ia berkata: Ya Rasulullah, saya tidak dapat tidur sepanjang malam kerana insomnia! Maka Nabi berkata kepadanya: Jika engkau hendak tidur, maka ucapkanlah lebih dahulu doa berikut:

"Ya Allah, Tuhan Tujuh Petala Langit, Tuhan Sekalian alam dan
Tuhan Syaitan-syaitan. Jadikanlah bagiku sebagai pelindung dari
kejahatan makhluk-Mu semuanya, seandainya salah seorang dari
mereka hendak berbuat kekerasan atau aniaya atasku. Maha kuatlah
pertolongan-Mu dan Maha agunglah pujian-Mu, serta tidak ada
Tuhan selain-Mu!"

Dan juga diriwayatkan oleh At Turmudzi di dalam Jami'nya hadis dari Amru bin Syu'aib dari bapanya, dari neneknya bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengajarkan kepada mereka kalimat-kalimat untuk dibaca apabila rasa takut di waktu tidur, iaitu:

"Aku berlindung dengan berkat kalimat Allah Yang Sempurna dari
kemurkaan-Nya dan dari kejahatan hamba-hamba-Nya serta dari
bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya
Tuhanku, dan kedatangan mereka kepadaku!"

Sekian. Waallahalam bissawab

Kenapa Aku Berblogger..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada kali ini, aku telah ditag oleh seorang kawan baik aku iaitu mieran.  Rasanya sudah lama aku tidak ditag oleh rakan-rakan blogger.  Bagi memenuhi permintaan beliau supaya menjawab tag, di sini aku tunaikan permintaan kamu yer. Apa eh apa soalan engkau tadi? Hmm..owh kenapa aku berblogger erk?

Baiklah bagi menjawab soalan @ tag ini, terdapat beberapa sebab alasan tipu-tipu kenapa aku berblogger:

1) Niat untuk berkongsi ilmu bermanfaat kepada rakan blogger.
2) aku suka bercerita dan aku jadikan blog sebagai tempat untuk bercerita
3) sebagai kenangan-kenangan dihari tua kelak.
4) menjana sedikit pendapatan sampingan khasnya dari Nuffnang, Advertlets

Sebenarnya jika hendak disenaraikan semua, berjuta-juta leman lemon jugak la kenapa aku berblogger.  Baiklah aku dah penuhi permintaan engkau mieran, nanti belanja nasi lemak McD yer.

Mofasad ---> Dahlia  --> Mieran --->  Fiz Mr.Beloved

Aku nak tag sape eh? Aku nak tag Naomei la. Harap saudari sudi menjawab tag saya yer. Sila buat entry khas tentang “kenapa saudari berblogger?” dan sila nyatakan siapa yang tag anda di dalam entry tersebut.  Sekian waallah hu alam bissawab

* SPECIAL FOR UPDATE BLOG 

Sistem Hormon Manusia..

Dalam tubuh manusia mempunyai tujuh kelenjar endokrin yang penting iaitu:

  • Terletak pada dasar otak besar.
  • menghasilkan bermacam-macam hormon yang mengatur kegiatan kelenjar lainnya.
  • Oleh karena itu kelenjar hipofisis disebut master gland.
  • Kelenjar hipofisis dibagi menjadi tiga bagian, yaitu bagian anterior, bagian tengah, dan bagian posterior.

  • Kelenjar ini terdapat di bawah jakun di depan trakea.
  • Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroksin
  • Hormon tiroksin berfungsi untuk mempengaruhi metabolisme sel tubuh dan pengaturan suhu tubuh.

  • Paratiroid menempel pada kelenjar tiroid.
  • Kelenjar ini menghasilkan parathormon.
  • Parathormon berfungsi mengatur kandungan fosfor dan kalsium dalam darah.

  • Terletak di sepanjang rongga trachea di rongga dada bagian atas.
  • Timus membesar sewaktu pubertas dan mengacil setelah dewasa.
  • Kelenjar ini merupakan kelenjar penimbunan hormon somatotrof atau hormon pertumbuhan dan setelah dewasa tidak berfungsi lagi.
  • Menghasilkan timosin yang berfungsi untuk merangsang limfosit.

  • Kelenjar ini berbentuk bola, menempel pada bagian atas ginjal.
  • Pada setiap ginjal terdapat satu kelenjar suprarenal dan dibagi atas dua bagian, yaitu bagian luar (korteks) dan bagian tengah (medula).
  • Menghasilkan hormon Adrenalin.

  • Menghasilkan hormon insulin.
  • Hormon insulin berfungsi mengatur konsentrasi glukosa dalam darah.
  • Kelebihan glukosa akan dibawa ke sel hati dan selanjutnya akan dirombak menjadi glikogen untuk disimpan.
  • Kekurangan hormon ini akan menyebabkan penyakit diabetes.

Kelenjar Kelamin

1)     Ovarium
  • Menghasilkan hormon Estrogen yang berfungsi menimbulkan dan mempertahankan tanda-tanda kelamin sekunder pada wanita.
  • Menghasilkan hormon Progesteron yang berfungsi menyiapkan dinding uterus agar dapat menerima telur yang sudah dibuahi.

2)  Testis
  • Testis berfungsi sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan hormon androgen, yaitu testosteron.
  • Testosteron berfungsi menimbulkan dan memelihara kelangsungan tanda-tanda kelamin sekunder. Misalnya suaranya membesar, mempunyai kumis, dan jakun.

Balik Kampung..



Perhatian!! aku akan pulang ke kampung selama seminggu sempena cuti study week.  Maka aku tidak dapat melakukan blogwalking serta membalas komen kamu semua.  Al-maklum la, jaringan internet free tiada disediakan di kampung aku.  Walau bagaimanapun, aku harap blogger-blogger semua dapat membantu dalam meningkatkan lagi trafik blog ini semasa ketiadaan aku. Setiap bantuan yang dihulurkan diucapkan jutaan terima kasih.



Mengira Detik Meninggalkan kamo..


Mengira detik untuk meninggalkan kamo..

My falcuty : Akademi Pengajian Melayu, University Of Malaya

fikir la sendiri


Kekasihmu, kekasihku


Kekasihmu selalu ingat senyuman diwajahmu
Kekasihku sentiasa ingat wajahku waktu sedih

Kekasihmu akan membawamu makan makanan yang enak-enak
Kekasihku akan mempersiapkan makanan yang aku suka

Kekasihmu setiap detik selalu menunggu telefon darimu
Kekasihku setiap detik selalu teringat ingin menelefonku

Kekasihmu selalu mendoakan kamu kebahagiaan
Kekasihku selalu berusaha memberiku kebahagiaan

Kekasihmu mengharapkan kamu berubah demi dia
Kekasihku mengharapkan dia bisa berubah untukku

Kekasihmu paling suka kamu telefon waktu dia tidur
Kekasihku akan menanyakan kenapa sekarang baru nak call?

Kekasihmu akan mencari kamu untuk membahaskan masalahmu
Kekasihku akan mencariku untuk menyelesaikan masalahku

Kekasihmu selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?
Kekasihku akan selalu mananyakan dirinya sendiri mengapa membuat aku sedih?

Kekasihmu selalu memikirkan penyebab perpisahan
Kekasihku memecahkan penyebab perpisahan

Kekasihmu boleh mengingati semua yang telah dia korbankan untukmu
Kekasihku boleh mengingati semua yang telah aku korbankan untuknya

Kekasihmu berfikir bahawa pertengkaran adalah jalan terakhir dari segalanya
Kekasihku berfikir, jika tidak ada pertengkaran tidak boleh disebut cinta sejati

Kekasihmu selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
Kekasihku selalu berharap selamanya boleh disampingku menemani

Kekasihmu selalu berusaha menjanjikanmu yang selama ini kau impikan
Kekasihku akan berhati-hati dalam berjanji kerana dia tidak ingin aku kecewa

Kekasihmu akan merindukanmu ketika kau jauh
Kekasihku akan tetap merinduiku walaupun ketika aku didekatnya

Alergik


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari ini aku nak bercakap mengenai alergik. Pernahkah sebelum ini anda mendengar perkataan alergik? Mungkin pernah la kan. Baiklah di sini aku huraikan serba sedikit mengenai alergik dan jenis-jenisnya.  Selamat membaca



Alergik ialah reaksi badan terhadap pendedahan kepada benda asing yang tertentu. Reaksi alergik ini hanya berlaku setelah sistem imuniti badan mengalami pensensitifan akibat pendedahan pertama benda asing itu. Pensensitifan sistem imuniti badan ini dikenali sebagai kehipersensitifan.

Terdapat 4 jenis alergik iaitu:

Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik

Kehipersensitifan jenis I bertindak hanya pada saluran darah dan, sel otot lembut pada badan manusia. Pembentukannya berlaku dalam tempoh yang cepat berbanding kehipersensitifan lain, iaitu lazimnya kurang daripada sejam selepas terdedah kepada agen alergik tersebut. Tindakan berlaku apabila, mediator primari dibebaskan oleh sel mast dan basofil yang telah disensitifkan oleh immunoglobulin E. Mediator primari ini yang bersifat vasoaktif dan spasmogenik, akan mengakibatkan saluran darah dalam badan mengalami pengembangan, dan sel otot lembut bronkus mengecut lalu mengakibatkan bronkospasma. Jikalau serangan alergik ini tidak terkawal, ia akan menyebabkan kejutan anafilaktik dimana seseorang itu mengalami risiko untuk mati akibat hipoksia. Contoh reaksi alergi ini ialah, sengatan lebah.

Kehipersensitifan jenis II atau jenis sitotoksik

Kehipersensitifan jenis II bertindak apabila sel atau tisu seseorang itu diserang oleh antibodinya melalui lisis atau fagositosis. Ia berlaku apabila, sesuatu agen alergik bercantum pada sel badan, lalu dikenalpasti oleh antibodi immunoglobulin M atau G. Antibodi tersebut lalu bercantum pada kompleks sel badan dan agen alergik itu, dan mengakibatkan kompleks itu terdedah kepada fagositosis. Contoh reaksi alergik ini ialah, transfusi darah asing.

Kehipersensitifan jenis III atau jenis kompleks imuniti

Kehipersensitifan jenis III bertindak apabila kompleks imuniti terbentuk daripada percantuman agen alergik dan antibodi. Hasil daripada percantuman ini, kompleks imuniti yang banyak terbentuk lazimnya dalam keadaan suntikan bahan asing ke dalam badan, akan mengakibatkan kompleks tersebut banyak terendap dalam saluran darah lalu merosakkannya. Conth reaksi alergik ini ialah suntikan serum asing.

Kehipersensitifan jenis IV atau jenis kawalan sel

Kehipersensitifan jenis IV bertindak apabila sel limfosit T CD4 mengenal pasti kehadiran agen alergik, lalu mengakibatkan serangan pada agen itu dengan pembentukan komplemen. Contoh reaksi alergik ini ialah, suntikan Tuberkulin untuk menguji jangkitan tuberkulosis dalam badan.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme