Rahsia Mata Wanita



Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar wanita. Sejauh mana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata.... 

Saiz mata kecil 
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


Saiz mata lebar 
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata selalu berkedip 
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik


Mata jarang berkedip 
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Mata cengkung 
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


Mata redup 
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Matanya seolah tersembul keluar 
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

cinta VS suka

Di depan orang yang kamu cintai, jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat.
Di depan orang yang kamu suka, kamu akan selalu bahagia.

Di depan orang yang kamu cintai, musim dingin serasa musim semi.
Tetapi di depan orang yang kamu suka, musim dingin sama saja dengan musim semi.

Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu cintai, maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu suka, mata kamu akan tersenyum.

Di depan orang yang kamu cintai, kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu suka, kamu berani menunjukkan diri sebenar.

Ketika orang yang kamu cintai menangis, kamu akan turut menangis bersamanya.
Tetapi jika kamu melihat orang yang kamu sukai menangis, kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan.

Perasaan cinta dimulai daripada tatapan mata.
Perasaan suka dimulai dari pendengaran telinga.

Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, kamu harus menutup telingamu.
Tetapi jika kamu cuba menutup matamu, cinta akan menjadi titisan mata dan akan selalu berbekas dalam hatimu selamanya.

Cerita Lawak Penjual Jam dan Perokok Tegar..

Salam 1 Malaysia
Pada kali ini aku ingin kongsikan 2 cerita lawak dengan anda semua. so layan..zassssss


Penjual Jam
Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.
Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas.
"Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".
Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,
"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )





Dilarang Merokok
Balik saja dari kerja abu singgah ke shopping kompleks berdekatan untuk membeli ubat, kerana terlalu ramai orang beratur membeli ubat, abu singgah sekejap membeli rokok di kedai bersebelahan.
Jenuh menunggu abu terus membuka dan menghisap rokok di situ. Baru jer isap spam dua... Security disitu menegur abu. "Maaf Encik di sini kawasan larangan merokok".
Abu terkejut dan berasa malu setelah ditegur oleh security tersebut. Untuk cover malu abu terus menjawab "Apasal plak tak buleh hisap rokok, Aku beli rokok ni kat situ (Sambil menunjuk kedai rokok sebelah). kalau macam tu janganlah jual rokok kat sini. Jawab abu yang penuh dengan yakin.
Abu ingat Security tu akan berasa gentar namun firasat abu meleset, dia menjawab "Encik!!! Kita kena ikut peraturan, kedai sebelah tu pun ada jual kondom tapi tidak ada orang yang melakukan seks di sini kan?

Teka-Teki Lawak @ Bodoh?



Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Jawapan : Pintu yang ade tulis 'TARIK'


Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan : Pembohong...


Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Jawapan : Usus


Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jawapan : Kutu rambut


Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Jawapan : Neneknye si katak


Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Jawapan : Sbb lelaki ni kan 'buaya'


Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Jawapan :
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'


Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Jawapan : Dua-dua tak kenal korang...hehe


Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Jawapan : Tukang gali kubur


Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jawapan : Tahi hidung


Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Jawapan : Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...


Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan : Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...


Gajah terbang dengan ape?
Jawapan : Dengan susah payah......


Hitam dan berpeluh.. Ha.. Aper2??
Jawapan : semut hitam tengah berjogging.. huhuhu


Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan : Seluar dalam ler.. haha


Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan : Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!





suka dengan entry ini?

Rahsia Wanita Mengikut Cara Berjalan..



Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Rahsia Tahi Lalat..

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dengan melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dengan jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan semata-mata.

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan - baik hati, pendiam, simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Maggi VS Mee



Tersebutlah kisah dalam pasaraya, Mee amatlah cemburukan Maggi sehingga memusuhi si maggi ini. Oleh kerana rak Mee berhadapan dengan rak Maggi, apa lagik bertambahlah cemburunya beliau apabila ramai orang yang membeli Maggi. Sehinggalah pada satu hari, rak di hadapan Mee menjadi kosong. Legalah hati Mee kerana tak payah lagi nak melihat muka si Maggi hari². Pada satu pagi yang indah, apabila mee membuka mata, tiba² dia terpandang rak di depannya yang penuh dengan Bihun. Dia menjerit, "Woi Maggi, mentang²lah buat teknik rebonding, kau jangan ingat aku tak kenal kau!" Bihun kebingungan... %$$#&*???...

Software Auto Shutdown

Anda boleh mematikan komputer anda secara automatik pada waktu / jam sesuai yang anda inginkan menggunakan software autoShutdown ini (OS: Windows), lesen software ini adalah percuma,

Sila download di sini

Emoticons Chat Facebook

Caranya adalah sebagai berikut:

1. Download add-ons untuk firefox di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/748. Install add-ons tersebut di mozilla firefox anda.

2. Setelah install, restart mozilla firefox anda.

3. Kemudian install script yang disediakan oleh laman userscript iaitu:http://userscripts.org/scripts/show/56504 

4. Setelah semua di install, restart mozilla firefox anda.

5. Buka Facebook anda dan cuba chat dengan seorang rakan anda, maka automatik paparan emoticons tersebut akan tampil di laman chat anda.

Selamat mencuba.


Nota kaki:

Script ini hanya boleh digunakan di browser Mozilla Firefox.Dengan Install add-ons Mozilla Firefox dan sedikit script dari laman userscript maka kita boleh menambah senarai Emoticons-emoticons yang boleh dipaparkan pada chat Facebook. 

Harta Karun Akan Dilelong..

Harta karun ditemui dalam sebuah kapal berusia 1,000 tahun oleh nelayan tempatan bakal dilelong dengan pulangan dianggar mencecah AS$80 juta (RM254.7 juta) Rabu ini bertempat di Jakarta, Indonesia.



Pencari harta karun Belgium, Luc Heymans berkata, jumlah artifak ditemui yang terbesar di Asia dan nilainya setaraf dengan yang tertinggi ditemui dalam kapal Atocha, sebuah kapal Sepanyol yang tenggelam di Florida pada 1622.

Kira-kira 271,000 artifak akan dilelong termasuk, permata rubi, mutiara, barangan kemas, kristal, pinggan mangkuk buatan Iran dan pasu tembikar China yang berusia 976 selepas masihi.

Beliau menyelam pertama kali ke kawasan kapal karam di Cirebon, Jawa Barat pada 2004 dan terkejut melihat harta karun yang tersimpan dalam kapal itu.

“Kawasan itu berukuran 40 kali 40 meter dan ia seperti sebuah gunung tembikar. Beliau langsung tak dapat melihat kayu.” Pasu tembikar ditemui termasuk pasu terbesar Dinasti Liao (907-1125) dan Yue Mise dari lima dinasti (907-960) lengkap dengan warna hijau menandakan ia milik maharaja.

Selain itu, 11,000 mutiara, 4,000 rubi dan 400 delima merah berjaya dibawa ke permukaan dalam 22,000 selaman antara Februari 2004 hingga Oktober 2005.

Namun, masalah bermula selepas harta karun berjaya dinaikkan, termasuk penahanan dua penyelam digaji syarikat Heymans, Cosmix Underwater Research Ltd dan pelabur tempatan, PT Paradigma Putra Sejathera. Selepas bergelut dengan pelbagai masalah, mereka akhirnya dibenar melelong harta karun itu.

Acara lelong dikendalikan kerajaan Indonesia yang bakal memperoleh 50 peratus daripada keuntungan. Pembida, termasuk dari China, Singapura, Jepun dan Taiwan perlu menyimpan deposit AS$16 juta (RM50.93 juta) untuk menyertai bidaan terhadap keseluruhan artifak itu. - AFP

Laptop Acer Windows XP tidak boleh shutdown

Pada kali ini kita akan melihat penyelesaian masalah Laptop Acer yang tidak boleh Shutdown secara normal.

Pada Sistem Operasi Windows XP ternyata Acer Webcam mendatangkan masalah yang cukup mengganggu gugat sistem iaitu Laptop tidak boleh melakukan Shutdown secara sempurna. Bagi sesetangah pengguna pekara ini diatasi dengan menekan tombol Power pada Laptop untuk beberapa saat namun begitu ianya tetap tidak menyelesaikan masalah.

 Untuk itu bagi yang belum install Acer WebCam sebaiknya cukup sekadar install Aplikasi Acer WebCam nya sahaja.

Pilih Acer Oribcam Utility Var - untuk Windows XP dan ikuti petunjuk seterusnya. Tetapi driver jangan diinstall (Inilah penyebab kenapa tidak boleh shutdown), cukup menggunakan driver bawaan Windows Xp saja.

Jika sudah install driver webcam nya ikuti cara berikut :




  1. Buka My Computer, klik kanan, klik properties ---> System Properties
  2. Klik Hardware
  3. Klik Device Manager
  4. Cari Imaging devices dan double klik Imaging devices
  5. kemudian double klik USB Video Device
  6. Klik Driver
  7. Kemudian klik Update Driver
  8. kemudian, klik No,not this time, klik Next
  9. Kemudian klik Install from a list or specific location ( Advanced )
  10. Kemudian klik  Don't search. I will choose the driver to install
  11. Kemudian klik USB Video Device dan klik next
  12. Finish

Sekarang Windows XP sudah boleh kembali Shutdown secara normal.  Selamat mencuba.!!!

credit to celiksiber.blogspot.com

1st Time Dapat Award..hoho


Terima kasih kepada blur jiwa kacau kerana menganugerahkan aku sebuah award. 1st time dapat award sepanjang aku berblogger..kahkah


cantik kan award nih..huk2


Jom kite bg award ni kat rakan2 kite… Cara-caranya ialah:



  1. Buat entry pasal award ni..


  2. Copy badge ‘Beautiful Blogger Award’ ni..


  3. Ucap terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebot..


  4. Senaraikan 5 blogger penerima award yg baru


Award goes to…


Jentera F1 MP4-12C Di Jalan Raya


Pemandu yang mengimpikan kereta sepantas jentera Formula Satu (F1) kini boleh merasai sendiri pengalaman itu apabila pengeluar kereta lumba F1, McLaren melancarkan kereta sport komersial terbarunya, MP4-12C untuk merancakkan pasaran kereta berprestasi tinggi dunia.

MP4-12C boleh diibaratkan seperti sebuah jentera lumba F1 kerana direka menyamai teknologi canggih pasukan F1 McLaren, tetapi disesuaikan untuk kegunaan di jalan raya.




Pengerusi Eksekutif McLaren, Ron Dennis, berkata buat permulaan, 1,000 unit MP4-12C akan dipasarkan tahun depan dan ditawarkan pada harga sekitar AS$230,000 (RM760,494).

"McLaren Group menjangkakan bakal menerima reaksi positif peminat kereta berkuasa tinggi dan bercadang menambah bilangan unit kepada 4,000 unit menjelang 2015.

"Kami sudah lama mengimpikan untuk mengeluarkan pelbagai kereta sport McLaren bercirikan F1," katanya.

Jentera berkenaan dirasmikan pelumba pasukan McLaren F1, Lewis Hamilton yang juga bekas juara F1 dan rakan sepasukannya, Jenson Button, yang juga juara F1 tahun lalu di Pusat Teknologi McLaren di Woking, England. Menurut Ron, McLaren akan melantik pengedar di 19 negara bagi menjual kereta itu dengan 40 peratus jualan disasarkan ke rantau Amerika Utara.

Kerangka utama jentera berkenaan dibuat daripada gentian karbon dan dijana enjin berkapasiti 3.8 liter V8 dengan pengecas turbo berkembar yang menghasilkan 600 kuasa kuda (hp).

Penggunaan casis ringan dan enjin kecil menjadikan MP4-12C cuma memiliki berat sekitar 81 kilogram dan hanya dilengkapi dua tempat duduk.

Kereta bertaraf Supercar itu hanya mengambil masa 3.4 saat untuk memecut sehingga kelajuan 100 kilometer sejam (km/h) manakala had laju maksimum dicatatkan melebihi 320km/h.

Dengan harga sekitar (RM760,494) seunit, MP4-12C lebih murah berbanding kereta kategori sama seperti Ferrari 458, Lamborghini Gallardo, Porsche 911 Turbo, Bentley Continental GT dan Aston Martin DB9.

Kehebatan Nokia N900..



Hari ini, gergasi telefon bimbit Nokia dalam persimpangan menarik apabila memperkenalkan platform yang bukannya dimulakan dengan nama Symbian tapi mempercayai sumber terbuka sebagai sistem operasi model N900.




Sistem operasi Symbian yang mendominasi Nokia tidak akan didapati menerusi N900 apabila model terbabit mendapat kepercayaan Maemo sebagai tulang belakang produk untuk beroperasi.

Peranti N900 boleh diibaratkan laptop kecil dengan kemampuan suara yang menggunakan sistem operasi sumber terbuka.

Model ini bertindak sebagai peranti pintar yang sesuai didedikasikan untuk penggunaan Internet. Produk berbentuk mudah lunsur ini menggunakan papan kekunci QWERTY yang mana ia turut membolehkan si pemakainya menyentuh permukaan skrin sekiranya mahu membuat panggilan.

Pada bahagian tepinya pula, Nokia N900 dilengkapi pembesar suara, TV-Out, butang on/off, USB mikro, butang kamera dan butang kunci untuk mengunci telefon yang berbeza dengan fungsi Nokia sebelum ini.

Bahagian dalamnya pula menempatkan slot kad microSD sebelum anda menjumpai bateri jenis BL-5J yang turut digunakan untuk model 5230, 5800 dan X6 manakala kad SIM pula dimuatkan di bawah bateri terbabit.

Penguji memuji pengalaman menggunakan antaramuka pengguna (UI) Maemo5 yang mempunyai tahap sensitiviti memuaskan sama ada si pemakainya menggunakan pen ‘stylus’ atau jari.

Papan kekunci dengan tiga baris kekunci mungkin sudah cukup untuk penggunaan perkomputeran walaupun ada pendapat mengatakan empat baris yang sesuai bagi pengguna biasa.

Saiznya agak tebal tapi ia tidak mendatangkan masalah kepada penguji namun beratnya perlu dititik beratkan Nokia pada masa akan datang.

Ketahanan bateri jenis 1320mAhnya pula amat mengagumkan yang mana ia mampu bertahan selama tiga hari dengan kemampuan menggunakan rangkaian GSM atau 3G ditambah penetapan WiFi.

Kecenderungan Nokia terhadap Maemo5 nyata berbaloi apabila ia boleh menempatkan pelbagai aplikasi pada empat antaramuka berbeza yang mampu diakses dengan seretkan saja jari anda.

Menekan ikon pada sebelah kiri atas akan membawa anda ke menu utama atau jika anda mempunyai aplikasi untuk diletakkan di menu utama, letakkannya di ‘dashboard’ yang disediakan Nokia.

Untungnya, Maemo5 membenarkan kemasan teks lebih baik untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dengan pemaparan nota ringkas dalam kotak kuning yang jelas.

Pengguna pula akan mendapati kesenangan melayari Internet menggunakan platform Maemo5 manakala pengguna hanya perlu melukis bentuk bulatan mengikut pusingan jam yang digunakan untuk zum ke atas mana-mana laman web.

Namun, sekiranya mahu membaca laman web sehingga ke bahagian bawah, penguji perlu menyentuh skrin dan meleretkan jari ke bawah walaupun terdapat kekunci atas, bawah, kanan atau kiri yang ditempatkan pada papan kekunci.

Komitmen Nokia untuk sumber terbuka dan pembangunan Maemo harus dipuji malah menerusi gabungan syarikat gergasi telefon bimbit itu dan Maemo yang dilihat menerusi N900 begitu mengagumkan. 


Spesifikasi
PRODUK: Nokia N900
HARGA: RM2,280
PENGELUAR: Nokia Inc
PERTANYAAN: Nokia Malaysia Sdn Bhd
TELEFON: 1-300-881-600
LAMAN WEB: www.nokia.com.my 

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme