Cerita Lawak Penjual Jam dan Perokok Tegar..

Salam 1 Malaysia
Pada kali ini aku ingin kongsikan 2 cerita lawak dengan anda semua. so layan..zassssss


Penjual Jam
Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.
Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas.
"Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".
Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,
"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )





Dilarang Merokok
Balik saja dari kerja abu singgah ke shopping kompleks berdekatan untuk membeli ubat, kerana terlalu ramai orang beratur membeli ubat, abu singgah sekejap membeli rokok di kedai bersebelahan.
Jenuh menunggu abu terus membuka dan menghisap rokok di situ. Baru jer isap spam dua... Security disitu menegur abu. "Maaf Encik di sini kawasan larangan merokok".
Abu terkejut dan berasa malu setelah ditegur oleh security tersebut. Untuk cover malu abu terus menjawab "Apasal plak tak buleh hisap rokok, Aku beli rokok ni kat situ (Sambil menunjuk kedai rokok sebelah). kalau macam tu janganlah jual rokok kat sini. Jawab abu yang penuh dengan yakin.
Abu ingat Security tu akan berasa gentar namun firasat abu meleset, dia menjawab "Encik!!! Kita kena ikut peraturan, kedai sebelah tu pun ada jual kondom tapi tidak ada orang yang melakukan seks di sini kan?

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme