jENis CiNTa @ JoDoH..

CINTA @ JODOH DARIPADA SYAITAN

-kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan & terus buat maksiat. Akhirnya pasangan kamu mengandung & kemudiannya baru bernikah.



CINTA @ JODOH DARIPADA JIN

-Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan perempuan or lelaki tersebut tetapi dia tidak sukakan kamu. Kemudian kamu bomohkan dan sihirkan dia agar dia sukakan kamu. Akhirnya kamu bernikah dengannya



CINTA @JODOH DARIPADA ALLAH

-Kamu berdua berpandangan mata & terus menusuk kalbu. Kemudiannya kamu berkenalan dengannya & tidak lama selepas itu kamu meminang perempuan tersebut. Akhirnya perempuan tersebut menerima pinangan tersebut & seterusnya kamu bernikah. & itulah dikatakan “Syurga Cinta”




RiNdU, CiNtAi SeSuATu..


Rindu hatiku ini
seperti langit yang menunggu rembulan
atau matahari

Sepatah sapa laksana nyala api
memberi cahaya dan juga kehangatan
di dalam gelap gua batu pencarian
kadangkala,
sepotong sapa bagai titis sisa embun pagi hari
memberi sejuk untuk menghidupkan yang mati

Rindu ini milik hati
seperti air yang mengalir ke bidang rendah
seperti angin yang mencari ruang kosong
hanya punya seribu arah
tujuan kemana kan pergi

aku rindu rasanya mencintai sesuatu
sebab cintalah yang menghidupkan dunia
ia peta bagi jelajah batin
atau sekadar berbicara dengan bahasa yang sama;
bahasa hati semata-mata

dipetik daripada sebuah majalah


Comments

PenGEnALan KePaDa PSiKoLOgi SOsiAL..

Hari ini berlaku kejadian yang agak lucu bagi aku..sebelum kejadian tersebut aku berhasrat untuk mengambil 1 subjek elektif luar fakulti bagi memenuhkan jam kredit sebanyak 18 JK..

Tengah aku duk fikir subjek pe yang sesuai, terlintas di fikiran aku tuk menelefon kwn aku..bila aku tanya dia ambil subjek el pe..dia ckp dia dah ambil subjek Pengenalan kepada psikologi sosial..setelah fikir masak2, aku pun mahu mengambil subjek tersebut..yang menjadi lucu bagi aku, subjek tersebut kuliahnya pada hari ini, jam 3.00 ptg sedangkan pada waktu aku baru add subjek jam 2.00 ptg..

Tanpa berlengah aku pun bersiap untuk pergi ke kuliah tersebut..dalam kekalutan itu, aku tlupa kelas kat bilik apa..so aku tpaksa tunggu kwn2 yang lain..

Bila aku dan the geng masuk ke dalam kelas, tkejut gak cz xde sape pn lagi dalam kelas tersebut..so ape lagi kitaorg pn sembang la..smua cite la kuar..hehe

Tengah aku n the geng duk sembang, tiba2 prof masuk ke dalam kelas..ape lg, pembicaraan kes ditutup..eh mcm dlm court la plak..hehe..lepas 2, prof memperkenalkan diri beliau..kemudian tiba2 aku rasa aku penah kenal dan bersembang dgn beliau..last2 dia pn ckp bahawa beliau merupakan ketua SKET..so bru tlintas di fikiran aku bahawa beliau merupakan teacher semasa aku mengikuti kelas bahasa inggeris sebelum ini.

Dalam proses pembelajaran aku amat tertarik dengan topik2 yang dibincangkan namun aku sedikit kecewa kerana nota yang diedarkan beliau dalam bahasa inggeris..aku mgaku aku lemah dalam bahasa Inggeris..bkn aku je merasa perasaan tersebut tetapi geng2 aku jgk mampunyai perasaan yang sama dengan aku..so kitaorg decide nk drop jer subjek ini..so gud bye PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI SOSIAL..secara rasminya aku drop subjek tersebut pada jam 5.15 ptg..semua terjadi dalam masa 3 jam..

Akhir sekali aku da decide sem ni aku juz nak ambil 16 jam kredit jer iaitu sebanyak 6 subjek..

1. JEEA3316 KESUSASTERAAN & UNDANG2

2. JEEA3370 LATIHAN AMALI

3. GNEK1011 BIMBINGAN KERJAYA

4. 1XEX1308 ISLAM PENDEKATAN HADHARI

5. JCEA3308 HUBUNGAN ETNIK DI ALAM MELAYU

6. JCEA3311 PEMODENAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

SaLahKu..

Secara tiba-tiba ia datang kepadaku setelah sekian lama ia terkubur dalam sanubari aku..aku cuba nak menepis namun ia terus menerjah ke dalam hati aku..bagaimana aku hendak menyatakan kepada si ‘dia’..aku tahu dia sudah berpunya dan aku seharusnya tidak cuba melahirkan rasa cinta terhadapnya.. Tepat jam 2.10 pagi td, aku telah meluahkan segalanya kepada ‘dia’. Sepatutnya aku harus bersemuka dengan dia untuk menjelaskan semuanya tapi keadaan yang tidak mengizinkan kitaorang bersemuka Aku rasa sangat bersalah kepada dia..Tolong maafkan saya, awk!!!

Apakah yang aku harus lakukan?? Ya Allah, tolonglah hambaMU ini untuk memulihkan keadaan dan kuatkanlah semangat hambaMU ini Ya Allah untuk terus bersemuka dengan dirinya pada hari2 yang mendatang…sekali lagi aku memohon maaf terhadap dirimu teman..

Comments

BaHaGia or BaHgiA...

Hari ini merupakan hari bahagia aku cz banyak permasalahan yang bermain dalam benak fikiran aku telah dapat ditangani..masalah pertama yang dapat aku selesaikan hari ini ialah berkaitan dengan dokumen penilaian prestasi latihan industri yang dikatakan hilang sebelum ini telah aku bincangkan dengan prof…beliau cadangkan aku supaya menhantar kembali dokumen penilaian prestasi latihan industri kepada penyelia aku..harap2 penyelia aku akan bg markah yang sama dengan markah yang telah beliau bg kepada aku sebelum ini…di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada Puan Fatimah cz beliau telah cuba menyelesaikan segala urusan berkaitan dengan penghantaran dokumen tersebut.

Hari ini juga berasa senang hati cz aku telah dapat berjumpa dengan abg aku yang busy memanjang hingga tidak dapat bertemu dengan aku..terima kasih kepada Zuhaili cz menemani aku berjumpa dengan abg aku..

Disaat aku tengah mengarang coretan ini, terlintas di fikiran mahu melepak kt café dengan geng2 aku..so sampai di sini je coretan aku kali ini..nanti ada ilham @ idea, akan aku coretkan lagi di lain masa..

DaFTaR KoLeJ..

Sedar x sedar aku sekarang kembali ke UM untuk meneruskan pengajian aku. Eh dah sem 5 aku ni, boleh dipanggil sebagai dak last year. Rasanya macam sekejap je, ibarat jarak masa antara mata berkelip.

Aku membuat pendaftaran penginapan di Kolej Kinabalu pada 5hb Julai 2009. seperti biasa, aku kena beratur seawal jam 6 pagi lagi walaupun pada waktu itu pejabat belum buka. Tujuannya hanyalah iaitu mendapatkan bilik yang bagus dan single bed. Alhamdulilah aku telah dapat single bed tetapi sedikit hampa kerana bilik yang aku dah lama berkenan dah disambal “melaun”.

Penilaian terhadap bilik aku skrg ni??

  1. Tahap kebersihan yang memuaskan hati aku..(tapi lama2 akan bersepah jugak cz tabiat aku yang tidak suka mengemas bilik)
  2. Walaupun kedudukan bilik ini tidak strategik cz jauh dengan pejabat dan dewan makan namun ia dekat dengan bilik geng2 aku.

NaSiB oH nAsiB...

Tit..tit..tit… masa terus berlalu, bermula dari saat, minit hingga ke jam tapi mengapa aku tidak boleh tidur..adakah aku terkena penyakit insomnia?? Arghhh tidakkk…aku xboleh berterusan mcm ni cz hampir semua paper yang aku ambil bermula jam 9.00 pagi..

Sebenarnya banyak perkara sedang aku fikirkan pada waktu ini. Perkara-perkara tersebut terus blegar dalam benak fikiran aku hingga membuatkan kepala aku bertambah pening memikirkannya. Perkara utama yang berlegar dalam fikiran aku skrg ni ialah tentang kehilangan fail aku yang mengandungi dokumen2 yang penting. Dokumen yang aku maksudkan ialah markah penilaian prestasi pelajar praktikal.. Silap aku jugak cz aku lalai dan ditambah pula tabiat aku yang seorang pelupa..

Selain itu, aku juga memikirkan musibah yang telah berlaku terhadap diri aku…aku telah kehilangan duit sebanyak rm50..cz yang pasti perkara ini terjadi ialah sifat aku yang lalai dan pelupa..ya Allah tolong la hambamu ini agar tabiat lalai dan pelupa dihapuskan dalam diri aku..memang benar berdoa tanpa usaha tidak akan menjadi..so aku akan terus berusaha..chayok2 aja2 fighting

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme