Sembang Lucah guna iPhone 4


NEW YORK - Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Dengan menggunakan perisian Face Time iPhone 4, banyak syarikat di AS termasuk firma pengiklanan lucah, Craiglist giat memajukan sidang video perbualan lucah.

Di lima bandar raya AS, firma Craiglist itu menyiarkan iklan-iklan mencari model khusus untuk sesi bicara video seks di Face Time.

Perisian FaceTime membolehkan pengguna iPhone 4 membuat panggilan video menerusi sambungan Wi-Fi dengan menggunakan kamera dan skrin telefon tersebut.

Baru-baru ini, seorang pelakon filem lucah, Teagan Presley menguji perkhidmatan Face Time dengan menggunakan iPhone 4.

Populariti perkhidmatan terbaru itu meningkat ekoran berlaku perubahan dalam industri pornografi global masa kini.

Pengguna-pengguna kini tidak mahu melihat model-model lucah di Internet sebaliknya mahu bersembang dengan mereka. Sesi bersembang itu dijangka mengenakan bayaran AS$5 (RM15.90) dan AS$6 (RM19.08) selama satu minit dengan bayaran dibuat menggunakan kad kredit. - Agensi

Download Ost Janji kekasih _Afgan-PadaMu Ku Bersujud





Satu cerita yang menarik perhatian aku iaitu Janji Kekasih dari slot Zehra pada hari Jumaat di TV3. Drama 13 Episod ini mengisahkan pergolakan jiwa hati seorang hamba-Nya yang sering melakukan kesilapan. Lakonan hebat dari Jue Aziz yang membawa watak Karina – seorang remaja “rewang” yang berusia 20an dan masih belajar, pergolakan hubung kekeluargaan yang mungkin punca utama.

Drama ini mengisahkan perbezaan antara kehidupan yang penuh mengikuti landasan agama, kekayaan serta keseronakan hidup diatas muka bumi-Nya. Menanpilkan Karina seorang remaja yang hidup derba kemewahan dan baginya wang ringgit tidak menjadi masalah baginya, dan rakan sebiliknya Aliyah yang cuba menasihati supaya Karina berubah sikap dan tidak jemu melayan sahaja kerenah Karina.

Muncul pula seorang  jejaka yang hidupnya sentiasa di lantasan-Nya yang sebenar. Syah lakonan Fezrul Khan iaitu anak kepada Haji

Safuan lakonan Jalaludin Hassan serta Hajah Hashima lakonan Erma Fatimah. Tanpa disedari Syah telah menyukai Karina, walaupun pada hakikatnya Aliyah amat menyukai Syah.

Hati Karina gelisah apabila mendengar puisi keinsafan. Apabila Karina mengenali Syah, ianya membuatkan Karina semakin dekat untuk mengenali Islam yang sebenarnya Islam. Namun tidak semua menyenangi perubahan positif Karina, Aliyah yang selama ini menyukai Syah,dengan redha mengundurkan diri. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah? Nantikan jawapannya menerusi drama Janji Kekasih, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun 2010, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Download Ost Janji kekasih _Afgan-PadaMu Ku Bersujud  klik di sini

Festival Konvokesyen Unversiti Malaya ( Feskum) 2010

http://www.afizuddin.co.cc

31 Julai, Universti Malaya: Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2010 (FESKUM ‘10) yang bermula hari ini tampil dengan tema “Convergence of Diversity” dengan matlamat FESKUM kali ini dapat dijayakan dengan lebih baik.

Festival yang berlangsung bermula 31 Julai 2010 sehingga 8 Ogos 2010, menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya Pertandingan Futsal Piala Naib Canselor, Tayangan Amal Animasi Untukmu Gaza, Career Development & Free Facial, Suara Siswa, Kempen Derma Darah, pameran-pameran dan banyak lagi. -Umtoday



Filem Nur Kasih bakal ditayangkan..



Ketika sedang membelek-belek ruangan artis, tiba-tiba terpandang satu berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat slot drama popular “ Nur Kasih”.  Dalam ruangan artis itu mengatakan bahawa slot drama ini akan difilemkan dengan tajuk Nur Kasih The Movie (NKTM).  Filem ini dikatakan bakal meletop kerana akan menampilkan adik Mia sara yang comel, selain gabungan pelakon-pelakon lama seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak.



Mengikut info yang diterima, kemungkinan shooting untuk filem Nur kasih sudah pun tamat dan bakal ditayangkan dalam masa terdekat.  Agaknya brape jumlah kutipan untuk filem ini? Nanti kita sama-sama saksikan.

P/S: Kemungkinan besar ramai makcik-makcik akan ke pawangan buat kali pertama. Maka marilah sama-sama kita awasi mereka.

Mahasiswa UM Jatuh Bangunan..


Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.
Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.
Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.
“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.
Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ’sampah’.
“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.
Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday

Awas!! Penggodam @ Hacker Facebook..




WASHINGTON: Seorang penggodam Russia bernama Kirllos menawarkan 1.5 juta akaun Facebook pada harga rendah, lapor firma komputer VeriSign’s iDefense.
Pembeli yang mempunyai kurang ‘10 sahabat’ dalam akaun laman web itu boleh membeli 1,000 akaun pada harga AS$25 (RM85) manakala pemilik lebih 10 sahabat boleh membelinya pada harga AS$45 (RM153).
Firma komputer itu menganggarkan Kirllos sudah mencuri satu setiap 300 pemilik akaun Facebook. Antara yang ditawarkan termasuk kod laluan. Apa yang tidak diketahui ialah sama ada alamat emel atau kod laluan itu sahih.
Data firma Symantec pula menyatakan, maklumat itu biasanya dijual pada harga AS$1 (RM3.40) hingga AS$20 (RM68). Sehingga ini, 700,000 akaun sudah dijual.
Semua kesan menunjukkan urusan jual beli akaun berkenaan juga sudah dilenyapkan.
Pengguna yang mendapati alamat emal dan kod laluan mereka digunakan menghadapi risiko identiti mereka dicuri serta menjadi sasaran penipuan lebih serius.
Awal tahun ini dia menawarkan 100,000 akaun kepada sesiapa yang berminat. – Agensi

Elektrik Dalam Badan..

Tahukah anda bahawa badan manusia mempunyai cas elektrik? Jika tidak, mari sama-sama kita membaca artikel yang disediakan di ruangan ini.  Mengikut Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia.  Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.  Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.




CAS

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.  Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.  “Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” 

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.  Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.  Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.  Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” 

TABIAT DAN SUHU

seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.  Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.  Kebanyakan aruhan elektrik di lengan dan ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Menurut Dr.Azmi, bukan semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit

Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung. Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.  Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.

Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.

Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.

Lawak Pemandu dan Orang Kaya..

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya Fuad : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan,
" Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya Fuad beritahu kepada temannya,
" Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya Ajis : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya Ajis beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"

18SX : Jutawan Malaysia berpoya-poya dengan Paris Hilton

Taek Jho Low jutawan Malaysia yang dikatakan menghabiskan 2 juta usd sehari semata-mata untuk berhibur dengan Paris Hilton, memang kaya jutawan hartanah kita ni.. ada gosip-gosip yang mengatakan yang diaorang ni tengah hangat bercinta.. entah lah.. takkan boyfriend Paris Hilton lepasni orang Malaysia pulak kan.. memang beruntung la Taek Jho Low ni… Dengarnya usd 2juta tu dibelanjakan untuk membayar minuman keras termahal untuk Paris Hilton dan rakan-rakan dia di Les Caves du Roy nightclub…















Menurut British tabloids, Taek Jho Low ni memang selalu menghabiskan masa dengan Paris Hilton ni.. ntah berapa juta dia dah habiskan.. Diaorang gelar Taek Jho Low ni sebagai “Malaysian mystery businessman”.. Biar la diaorang nak gelar apa pun.. yang penting Taek Jho Low hidup bahagia disamping Paris Hilton ni kan.. Sejak Taek Jho Low banyak menghabiskan masa dengan Paris Hilton, nama dia banyak mendapat tempat di majalah dan laman selebriti Hollywood.. Popular sekejap dia ni di Hollywood… Apa-apa pun jom kita layan gambar Taek Jho Low jutawan Malaysia yang berhibur dengan Paris Hilton nie…

Warung Kurnia Ibu @ Kedai Mok Su..

Salam 1 Malaysia.

Pada kali ini aku nak promote satu warung kepada pembaca blog semua.  Nama warung yang aku maksudkan ialah Warung Kurnia Ibu atau lebih dikenali kalangan golongan remaja dan penduduk setempat
sebagai ‘Kedai Mok su’.  Warung ini terletak bersebelah rel keretaapi Bandar Pasir Mas, Kelantan.




Apa yang menariknya tentang warung ini ialah dahulunya ia hanya sebuah warung biasa.  Asalnya warung ini mempunyai meja dan kerusi yang diperbuat daripada kayu panjang dengan mengelilingi tempat tukang masak.  Saiz warung ini pada masa dulu lebih kurang 10 X 10 kaki sahaja.  Namun pada hari ini iaitu selepas lebih 10 tahun beroperasi, warung ini telah banyak berubah wajah iaitu daripada sebuah warung kecil kepada sebuah warung ala-ala restoran.  Dari segi menu yang sedia, terdapat bermacam-macam juadah yang disediakan.  Kadang-kala, di tempat lain sukar untuk mendapatkan juadah yang disediakan di warung ini.  Walau bagaimanapun, menu utama warung ini ialah mee celup special dan coconut shakes ice cream pelbagai perisa seperti jagung, keladi, coklat, vanilla dan strawberi



Inilah contoh seorang usahawan yang berjaya yang mana berdasarkan prestasi lepas kedai ini telah memenuhi syarat-syarat asas seorang usahawan seperti berikut:-
  • Berinovasi - Dari sudut menunya, firma telah menambah dari semasa ke semasa senarai produk yang ditawarkan. Dari sudut kedainya - rupa bentuk fizikal kedai telah berubah dari sebuah kedai warung simple kepada ala-ala restoran.
  • Sistematik - Cara kendalian order dan penerimaan bayaran adalah sistematik. Order dan makanan diserve dengan cepat dan sistem pembayaran adalah berdasarkan nombor meja.
  • Layanan- Layanan yang dibuat adalah baik di mana senyuman dan komunikasi adalah memuaskan.
  • Sustainability - Kedai ini mempunyai ketahanan dengan tempoh bertahan selama lebih 10 tahun.
  • Consistency - mutu kesedapan makanan adalah kekal walaupun masa dan keadaan telah berubah.

Kepada mereka yang berkunjung ke Kelantan terutama Bandar Pasir Mas, anda jangan lepas peluang untuk mengunjungi dan menikmati sendiri juadah istimewa yang disediakan di warung ini.

Income Innity


Salam 1 Malaysia.  Kiranya dah lama aku tidak menulis di ruangan ini.  Sejak kebelakangan ini aku agak sibuk dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas diri aku.  Lagian pula, jaringan tenet kat kampung yang selalu meragam ibarat kata orang ‘hidup segan mati xmahu’ atau lembap macam siput sedut.

Ok la berbalik kepada tajuk, sebenarnya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak innity.  Hal ini kerana pihak mereka telah membayar sedikit hasil usaha aku selama ini.  Walaupun tidak banyak tetapi aku cukup berpuas hati kerana mereka tetap membayar kepada publisher, tidak seperti sesetengah syarikat pengiklanan yang hanya memperdayakan publisher dan tidak mampu untuk membayarnya seperti janji-janji yang ditaburkan.

Di sini aku lampirkan sedikit bukti bahawa pihak innity telah kotakan janji mereka.




P/s: Buat sementara waktu, aku gugurkan sementara iklan innity kerana ingin menguji kehebatan nuffnang yang sering diperkatakan oleh teman-teman blogger..

Kenaikan pangkat Secara Express..

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.

Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”

Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”

Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”

Salim: “Terima kasih tuan….”

Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”

Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

Teka Teki Lawak Bodoh

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu















ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme