Mahasiswa UM Jatuh Bangunan..


Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.
Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.
Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.
“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.
Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ’sampah’.
“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.
Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme