Warung Kurnia Ibu @ Kedai Mok Su..

Salam 1 Malaysia.

Pada kali ini aku nak promote satu warung kepada pembaca blog semua.  Nama warung yang aku maksudkan ialah Warung Kurnia Ibu atau lebih dikenali kalangan golongan remaja dan penduduk setempat
sebagai ‘Kedai Mok su’.  Warung ini terletak bersebelah rel keretaapi Bandar Pasir Mas, Kelantan.




Apa yang menariknya tentang warung ini ialah dahulunya ia hanya sebuah warung biasa.  Asalnya warung ini mempunyai meja dan kerusi yang diperbuat daripada kayu panjang dengan mengelilingi tempat tukang masak.  Saiz warung ini pada masa dulu lebih kurang 10 X 10 kaki sahaja.  Namun pada hari ini iaitu selepas lebih 10 tahun beroperasi, warung ini telah banyak berubah wajah iaitu daripada sebuah warung kecil kepada sebuah warung ala-ala restoran.  Dari segi menu yang sedia, terdapat bermacam-macam juadah yang disediakan.  Kadang-kala, di tempat lain sukar untuk mendapatkan juadah yang disediakan di warung ini.  Walau bagaimanapun, menu utama warung ini ialah mee celup special dan coconut shakes ice cream pelbagai perisa seperti jagung, keladi, coklat, vanilla dan strawberi



Inilah contoh seorang usahawan yang berjaya yang mana berdasarkan prestasi lepas kedai ini telah memenuhi syarat-syarat asas seorang usahawan seperti berikut:-
  • Berinovasi - Dari sudut menunya, firma telah menambah dari semasa ke semasa senarai produk yang ditawarkan. Dari sudut kedainya - rupa bentuk fizikal kedai telah berubah dari sebuah kedai warung simple kepada ala-ala restoran.
  • Sistematik - Cara kendalian order dan penerimaan bayaran adalah sistematik. Order dan makanan diserve dengan cepat dan sistem pembayaran adalah berdasarkan nombor meja.
  • Layanan- Layanan yang dibuat adalah baik di mana senyuman dan komunikasi adalah memuaskan.
  • Sustainability - Kedai ini mempunyai ketahanan dengan tempoh bertahan selama lebih 10 tahun.
  • Consistency - mutu kesedapan makanan adalah kekal walaupun masa dan keadaan telah berubah.

Kepada mereka yang berkunjung ke Kelantan terutama Bandar Pasir Mas, anda jangan lepas peluang untuk mengunjungi dan menikmati sendiri juadah istimewa yang disediakan di warung ini.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme