Download Ost Janji kekasih _Afgan-PadaMu Ku Bersujud





Satu cerita yang menarik perhatian aku iaitu Janji Kekasih dari slot Zehra pada hari Jumaat di TV3. Drama 13 Episod ini mengisahkan pergolakan jiwa hati seorang hamba-Nya yang sering melakukan kesilapan. Lakonan hebat dari Jue Aziz yang membawa watak Karina – seorang remaja “rewang” yang berusia 20an dan masih belajar, pergolakan hubung kekeluargaan yang mungkin punca utama.

Drama ini mengisahkan perbezaan antara kehidupan yang penuh mengikuti landasan agama, kekayaan serta keseronakan hidup diatas muka bumi-Nya. Menanpilkan Karina seorang remaja yang hidup derba kemewahan dan baginya wang ringgit tidak menjadi masalah baginya, dan rakan sebiliknya Aliyah yang cuba menasihati supaya Karina berubah sikap dan tidak jemu melayan sahaja kerenah Karina.

Muncul pula seorang  jejaka yang hidupnya sentiasa di lantasan-Nya yang sebenar. Syah lakonan Fezrul Khan iaitu anak kepada Haji

Safuan lakonan Jalaludin Hassan serta Hajah Hashima lakonan Erma Fatimah. Tanpa disedari Syah telah menyukai Karina, walaupun pada hakikatnya Aliyah amat menyukai Syah.

Hati Karina gelisah apabila mendengar puisi keinsafan. Apabila Karina mengenali Syah, ianya membuatkan Karina semakin dekat untuk mengenali Islam yang sebenarnya Islam. Namun tidak semua menyenangi perubahan positif Karina, Aliyah yang selama ini menyukai Syah,dengan redha mengundurkan diri. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.

Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.

Persoalannya, bagaimanakah perhubungannya dengan Syah setelah mengetahui tempoh hayatnya hampir tiba? Mampukah Karina terus merahsiakan keadaan kesihatannya daripada insan yang dicintai dan keluarga walaupun didesak Aliyah? Adakah Aliyah bersedia untuk mengambil tempat Karina di hati Syah? Nantikan jawapannya menerusi drama Janji Kekasih, di slot Zehra TV3, mulai 11 Jun 2010, setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Download Ost Janji kekasih _Afgan-PadaMu Ku Bersujud  klik di sini

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme