Free Download Lagu Gadis Semasa _Yuna

Oh begini rasanya cinta
Bila diagung-agungkan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyanyangi diri mu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu


Free download Mp3 Gadis Semasa- Yuna

Kisah Haji Kelentong

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, tidak exercise, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan meninggal dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

Tips SEO :Cara Mudah Meningkatkan Pageview dan Klik

Ramai blogger sedia maklum terdapat berbagai teknik dan cara bagaimana untuk kita tingkatkan SEO dalam sesebuah blog. Mengubah Meta tag, menggunakan keyword, menggunakan template yang mesra SEO dan mengharapkan Backlink dari blog yang mempunyaiPage Rank tinggi adalah dari beberapa teknik dan cara untuk kita mengejar SEO. Teknik dan cara yang kita gunakan itu sebenarnya hanyalah ikhtiar kita untuk cuba mendapat kedudukan terbaik dalam search engine. 

Perkara yang paling utama sekali jika anda seseorang yang mengejar SEO adalah Linking. Lingking sebenarnya adalah segala-galanya dalam SEO. Ini kerana untuk tersenarai di search engine, seseuatutitle atau keyword memerlukan jumlah klik yang sangat tinggi. Semakin tinggi link itu di klik, semakin mudahlah untuk title atau keyword link tersebut terindeks atau tersenarai pada kedudukan yang teratas dalam result carian bagi sesuatu keyword.

Cara yang paling mudah sekali untuk kita meningkatkan Page View dan klik pada link adalah seperti:

1. Membuat sambungan link pada post yang berkaitan. 

Kita boleh menggunakan perkataan ataupun ayat pada tulisan yang akan di publish ke entri atau post yang sebelumnya.Cara ini sangat berkesan untuk meningkatkan Page View.

2. Memasang Read More pada post.

Read More adalah salah satu vara yang terbaik untuk anda meningkatkan klik pada link dan juga page view. Walaupun ada segelintir visitors yang mungkin kurang senang dengan Read More ini, tapi ia sebenarnya dapat meningkatkan Page View pada post tersebut.

3. Meletakkan widget Blog Archive, Recent Posts, Related Posts, Popular Posts dan Recent Comments.

Dengan memasang Blog Archive, Recent Posts, Related Posts, Popular Posts dan Recent Comments, ianya dapat meningkatkan lagi klik pada link dan juga Page View dengan lebih berkesan.


credit to Nescafe Ais

Pamela Anderson Kini Suka Berbogel


Ramai pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.
Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.
"Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi," ujarnya.
Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.

AFF Suzuki Cup 2010 [Final] : Alfred Riedl Malu Besar, Rajagopal tersenyum

PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.

JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akhirnya terpaksa akur untuk kembali berpijak di bumi nyata tatkala jurulatih Malaysia, K. Rajagobal pula terus dengan sikap tenang dan rendah dirinya.
Biarpun gembira dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Rajagobal masih belum mahu berasa puas kerana beliau sedar tugas mereka belum selesai.
Beliau mahu menyelesaikan dahulu baki 90 minit aksi final kedua di Jakarta, Rabu ini.
"Final belum berakhir lagi. Kita tetap kena fokus baki 90 minit aksi di Jakarta. Tetapi secara jujur memang saya optimis kita boleh menang di Kuala Lumpur ini.
"Ini kerana, Indonesia menang kesemua lima perlawanan sebelum ini hanya dengan beraksi di Jakarta. Ini aksi pertama mereka di gelanggang luar.
"Kita menang 3-0. Tetapi sepatut- nya boleh 4-0 kerana jelas saya nampak Kunanlan dijatuhkan pada masa kecederaan dan sepakan penalti wajar diberi," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Ditanya adakah Malaysia akan beraksi secara bertahan pada Rabu ini, Rajagobal berkata ringkas: "Tidak. Kita akan main seperti biasa. Kita takkan boleh bertahan sepanjang 90 minit."
Sementara itu, nada Riedl pada sidang media tersebut seakan mengakui kehebatan pasukan Malaysia tetapi tetap mengharapkan keajaiban pada aksi kedua nanti.
"Tahniah Malaysia kerana menang. Perlawanan ini biasa sahaja sehinggalah Malaysia mendapat gol pertama.
"Ia telah mengubah segalanya. Malaysia bertambah yakin manakala pertahanan kami semakin keliru.
"Memang aksi terhenti pada minit ke-53 itu memberi kesan kepada kami. Tetapi ketinggalan 0-1 itu lebih memberi kesan sebenarnya.
"Untuk aksi kedua di Jakarta, memang tampak cukup sukar. Tetapi apa pun boleh terjadi, mungkin kami boleh menang 4-0 atau menang 5-1 seperti sebelum ini," jelas Riedl.
                                                       Sumber dipetik : Kosmo

Navigator GPS



MALU bertanya sesat jalan. Ungkapan ini sering terpacul daripada mulut orang lama ketika memberi nasihat kepada golongan muda agar tidak sombong atau meninggi diri sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkara.

Kebetulan, ia juga sesuai digunakan untuk situasi ketika seseorang memandu kenderaan ke destinasi kurang diketahui jalannya.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi banyak membantu memudahkan lagi para pemandu tanpa perlu berhenti berkali-kali untuk bertanyakan petunjuk jalan.

Ini termasuklah pembangunan teknologi alat bantuan navigasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang memberi kemudahan navigasi kepada orang ramai.

Peranti berteknologi tinggi menggunakan teknologi satelit itu semakin mendapat tempat terutamanya penggemar elektronik dalam mencari arah destinasi dan jalan-jalan yang ingin dikunjungi mereka.

Ia dapat membantu pengguna dalam mencari sesuatu destinasi dengan lebih mudah dan berkesan, sekali gus menjimatkan masa terdedah kepada risiko tersesat dan sebagainya.

P/s: Ingat nak beli 1 tapi tabung Nuffnang xpenuh lagi..hehe

Piala AFF Suzuki 2010 [Final] : Malaysia Vs Indonesia



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perlawanan dijangka bermula pada pukul 8 malam.
“Kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha untuk membuat siaran langsung,” katanya selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di Kuala Lumpur semalam.”
Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.
Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung lewat 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak tempatan.
Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan.  Begitupun, penyokong diharap terus memenuhi Stadium Nasional di Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada skuad muda negara menghadapi Indonesia.
Indonesia perlu diberi pengajaran selepas menewaskan skuad bimbingan K. Rajagobal itu 1-5 pada perlawanan peringkat kumpulan 1 Disember lalu.

Cara Mudah Nak Dapatkan Backlink Secara Percuma

Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog LuqmanJom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!

p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat
Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.
  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. Blog Hanz
  5. BiMies’s WoRLd
  6. Farah Shafiqah
  7. Qila Razak
  8. CekLa
  9. Miss Yaty
  10. Magrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata Kata
  12. Putera30 Photographer
  13. Internet Tutorial
  14. [LUQMAN]
  15. FIZ @ MR.BELOVED


PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie…
  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. Blog Hanz
  5. BiMies’s WoRLd
  6. Farah Shafiqah
  7. Qila Razak
  8. CekLa
  9. Miss Yaty
  10. Magrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata Kata
  12. Putera30 Photographer
  13. Internet Tutorial
  14. [LUQMAN]
  15. FIZ MR.BELOVED


4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya okk….

SELAMAT MENCUBA!!!


***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

Tawaran Hebat Daripada Celcom..

Bercakap sepuas-puasnya dengan orang tersayang dengan hanya melanggan YESRM2 Celcom.  Dengan melanggan YESRM2 Celcom, anda boleh membuat panggilan kepada kesemua nombor celcom sehingga jam 11.59 malam.

  • Langganan YESRM2 celcom akan dikenakan cas sebanyak RM2
  • Promosi ini tamat pada 31/12/2010

Untuk melanggan, sila taip YESRM2 hantar kepada 22188


Tawaran Hebat daripada Celcom yang lain? Sila klik

Twitter berbahaya



Salam 1Malaysia..

Tengah ak sedang syok2 layan tenet, tetiba ak dikejutkan dengan satu berita yang agak menakutkan.  Dalam berita tersebut mengatakan bahawa Twitter pun berbahaya.  Macam mana plak yer?.  Salah satu ciri paling menarik dalam Twitter pastinya info terpantas yang pengguna boleh dapati dengan sekelip mata.  Malangnya, kelebihan ini dieksplotasikan penggodam yang akan menjenguk dalam laman Twitter paling popular yang mengandungi alamat URL pendek.

Selepas itu, mereka akan mengepos kembali Twitter itu dengan melampirkan alamat URL palsu yang mengandungi laman web ‘malicious’.  Pengguna tidak mampu mengesan alamat URL palsu di Twitter memandangkan ia hanya alamat pendek yang sukar dipastikan kesahihannya.

10 tip tingkatkan air mani


Ramai kalangan lelaki menyangka kemampuan mereka bersetubuh sebagai pengukur kepada kesuburan.  Ramai juga yang tidak peka terhadap tahap kesuburan sehinggalah mereka berhadapan dengan masalah seperti tidak dapat menghamilkan isteri.  Lebih menakutkan jika golongan lelaki ini terus tunduk dengan keegoan dengan menuduh isterilah yang mandul tanpa menyedari kelemahan diri sendiri sebagai punca utama.

Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi.  Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur.  Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.

Selain ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal.  Buah zakar yang sihat mampu menghasilkan 70,000 sperma seminit atau 200 sehingga 300 juta sperma dalam masa 24 jam.

Jika lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, ini petanda masalah kepada kilang spermanya.  Mereka perlu melakukan pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur Orkodometer untuk menyukat isi padu buah zakar.  Jika saiz kurang dari 10 milimeter, kemungkinan kilang kurang aktif.

Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah.

Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal.  Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan.  Jika hormon kesuburan rendah, dalam lingkungan normal, ubat penyubur akan diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan.


10 tip meningkatkan isi padu air mani

  • Jangan kerap bersetubuh kerana lebih acap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair.  Ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
  • Elak tabiat merokok dan minum minuman keras, kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optimum pundi yang menghasilkan air mani.
  • Lakukan senaman secara berkala.  Lakukan senaman kagel atau kemut iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
  • Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang.  Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.  Kurangkan makanan padas dan berempah.
  • Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan, kepanasan menjejaskan kilang sperma.  Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elakkan mandi sauna atau merendam badan dalam air panas.
  • Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.  Peningkatan lemak perut menganggu kestabilan hormon testosterone.
  • Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.
  • Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
  • Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma manakala zink dapat memantapkan kilang sperma
  • Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.  Jika lakukan seks sebelah waktu malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga adalah kurang.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme