MaJLiS AnUgErAh KiNaBaLu Ke-24..


Malam Anugerah Kinabalu ke-24 (MAK)..Majlis ni berlangsung kt Sunway Resort Hotel & SPA bertarikh 19 Mac 2009. Tema majlis ini?? RED, BLACK & MASQUERADE…

Aku malas nk bcerita pjg..so disini aku selitkan beberapa picture yg aku amik..









Komen aku pasal majlis ni? everything is ok..Cuma aku je la pakai mcm badut..Dari segi makanan, sgt sedap smpai aku siap tmbh2 ag..Berat mkn pn semakin naik 5kg..hehe

Pada Malam Anugerah Kinabalu ini, spatutnya kitaorg perlu pkai mask tp rmai yang xpakai..So aku pn xpkai wlpn aku ade mbelinya...nk tgk ke?? ok aku tunjuk..



Sebenarnya agak tkilan gak cz xleh nk bwa kamera sendiri..aku tlupa nk pinjam dgn kakak aku..klu leh nk tangkap bnyk2 N nk muat dalam ni smuanya..klau geng2 aku tau la, mesti diorg ckp "gila Glamour"

Ok thn depan aku juz nk pkai simple2 je..so nantikannya K..Good bye MAK-24

Comments

Puisi Untuk Mama..


Apa yang dapat aku sampaikan kepadamu, Ma…Selain tangis rinduku yang pasti kau rasakan..Ketika usiaku sekarang dewasa hampir seperempat abad…
Kau masih menampung titis air mataku..Di setiap detik, aku kehabisan kata-kata untukmu, Ma…tidak pernah mampu aku mencari kata terindah untuk mengagumi kewujudanmu..Setelah Aku sebegini dewasa, aku baru merasakan betapa Mama benar-benar seorang yang begitu berjasa..Kasih sayang Mama, seperti lautan Teduh..Berlimpahan seperti air laut, tetapi sangat meneduhkan..Aku akan selalu mencari Mama, ketika Aku habis dimakan beban..Maka Mama akan berkata: “kembalikanlah kepada Tuhan…kerana Ia adalah kemutlakan yang harus kupercaya”..

Indahnya, Ma…
Walau Mama bukan seorang intelektual yang patut aku banggakan..Tapi Mama, mencuba menciptakan cinta di rumah kita…cinta yang menghidupi diriku hingga kini..Indahnya, setiap aku dengar lirih doa Mama, ketika Mama membangunkan aku, menemaniku dalam mimpi. Lalu Mama memeluk dengan kedua tangan Mama, menungguku sambil membaca doa. Indah dengan toleransi yang Mama selalu ajarkan kepadaku..Lalu ketika Abah dirundung duka, Mama hanya tunjukkan ketabahan yang luar biasa …walau sebenarnya masalah semakin deras menghampiri kita.. Sampai detik ini, Mama tidak pernah mengeluh apapun, hanya senyum yang Mama tunjukkan…Aku akan selalu menjaga Mama, seperti janji yang selalu kuucapkan dulu, walau tak sebaik papa menjagamu

Mungkin hanya itu Ma, janjiku hari ini
Semoga Tuhan selalu melimpahkan Rahmat dan segala kebeningan di hati Mama.Semoga Tuhan membuat Mama mengalirkan terus rasa cinta, kepadaku, kepada keluarga dan kepada orang lain yang mama kasihi..Semoga Tuhan menuntun Mama dengan kesihatan..Dan terutama, semoga ada kebahagiaan yang bererti yang akan Mama dapatkan dari seorang anak seperti diriku…

Comments

Jika Kau Seorang Kekasih..

Jika kamu memancing ikan & setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit kerana bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup?

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air, biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme