Bertunang Tanpa Sedar..Ya ALLAH !!

*gambar hiasan*

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan:

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombonganmeminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."

Gempa Bumi 6.8 Skala Richter Myanmar, Thailand Turut Rasai Gegarannya

Kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar malam tadi turut dirasai gegarannya di utara Thailand. Difahamkan dua orang rakyat Thailand telah terbunuh akibat gempa bumi tersebut.



Gegaran tersebut dirasai sehingga ke Bangkok iaitu sejauh 800 kilometer di bahagian selatan pusat gempa Naypyidaw, di ibukota Hanoi.

Gempa tersebut pada awalnya diletakkan sekuat 7.0 skala Richter oleh Pertubuhan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), sebelum disemak semula menjadi 6.8 skala Richter.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata, penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar berlaku jauh di pendalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami.


@Sumber

Promosi Celcom Bundle YESRM3

Sembang dan SMS rakan-rakan sepuas hati! Dapatkan panggilan dan SMS tanpa had ke no Celcom hingga 11.59 p.m @ RM3 sehari.


• Langganan YESRM3 Celcom dikenakan cas sebanyak RM3
• Promosi ini sah dari 14hb sehingga 31 Mac 2011


Untuk melanggan, sila taip YESRM3 hantar kepada 22188



Tag : Celcom Bundle,Promosi @ Promotion, YESRM3,

Free Download lagu/mp3 Adira AF8_Ilusi (Ost Awan Dania 3) + Lirik

Lirik lagu/mp3 Adira AF8_Ilusi (Ost Awan Dania 3)

Rasa suasana riang berdua

Saatku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata


Tersentuh bagai dejavu

Beribu batu lebar sayapku



Chorus



Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta
Cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku panahanmu
Panahanku hak milikmu
Biar panahku terus di situ


Inilah petanda telah bermula

Ilusi baru dalam sketsa
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova


Tersentuh bagai dejavu

Beribu batu lebar sayapku


Ulang Chorus

Ilusi

Biar ia dijadikan realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi


Tersentuh bagai dejavu

Beribu batu lebar sayapku


Ulang Chorus


Pilihan Raya Dun Sarawak


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan sebelum ini.

Katanya, kini terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Pengumuman berkenaan menamatkan spekulasi berhubung pembubaran DUN yang memuncak apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri 


Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti.

Katanya, apabila pemimpin berkenaan dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan menyeluruh merangkumi semua kaum di negeri ini, beliau akan melepaskan jawatannya.

"Kemungkinan saya akan bersara adalah sudah dekat, saya akan mengetuai pilihan raya nanti tetapi hanya untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dilahirkan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Abdul Taib merupakan Ketua Menteri yang keempat selepas Datuk Stephen Kalong Ningkan, Datuk Penghulu Tawi Sli dan Tun Abdul Rahman Ya'kub sejak jawatan itu diperkenalkan pada 1963. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1981.


Malaysia Selamat Daripada Kesan Radiasi Radioaktif

Malaysia masih selamat dari sebarang ancaman radioaktif walaupun banyak loji nuklear di Jepun rosak teruk dan beberapa buah darinya meletup serta melepaskan radiasi selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hingga kini agensi kerajaan yang memantau secara rapi apa yang berlaku di Jepun dan juga sekitar negara ini, tidak mengeluarkan sebarang amaran tentang risiko tersebut.

Baru-baru ini, orang ramai dikatakan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta mereka supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan terhidu bahan radioaktif dan terkena hujan yang didakwa mengandungi toksik ekoran banyak loji nuklear di Jepun meletup selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat.

Gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu merupakan yang terkuat melanda negara matahari terbit itu dalam tempoh 140 tahun sehingga mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyifatkan SMS itu mungkin dikeluarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kebimbangan luar biasa di kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah menerima apa sahaja yang dikaitkan dengan bencana alam di Jepun itu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa.




Tsunami Jepun : Terkini


Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.

Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi. Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang. Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

“Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan,” 

Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.

Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.
Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri. Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. 

1Malaysia Tidak Menghapuskan Identiti Kaum

As-Salam dan salam 1Malaysia.

Tadi Fiz terjumpa satu rencana yang agak menarik untuk dibaca. Rencana ini ditulis oleh Dr. Saodah Abd Rahman iaitu Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mari kita sama-sama baca yer



Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berusaha memantapkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai kegiatan berkaitan dengan pembentukan bangsa atau negara dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Para pemimpin pelbagai kaum dan agama berganding bahu membentuk satu negara berwawasan dan aman. Hasil persefahaman, gabungan idea dan aktiviti, akhirnya gagasan 1Malaysia menjadi slogan perjuangan kerajaan.

Gagasan 1Malaysia berdasarkan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama. Ia bukan satu perancangan untuk menghapuskan identiti kaum dan agama. Rakyat Malaysia sepatutnya memahami usaha kerajaan membentuk satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warga negara yang menganut pelbagai budaya dan agama, bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama.

Kerajaan ingin memperkukuhkan polisi dan dasar di mana setiap keperluan asas dan infrastruktur untuk masyarakat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat bandar atau luar bandar. Pelbagai kementerian ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan setiap perancangan dan program dapat dilaksanakan secara progresif dan proaktif.

Kerajaan Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan bangsa bercirikan identiti budaya dan agama yang pelbagai. Ini merupakan salah satu ciri tamadun yang dibina oleh umat Islam ketika berada dalam era tamadun yang gemilang. Dalam sebuah empayar Islam, masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi hidup dengan aman bersama masyarakat bukan Islam yang amat berbeza agama dan budaya.

Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk mengintegrasikan budaya dan agama setiap kaum dalam negara ini menjadi satu agama atau budaya warga negara Malaysia. Tindakan begini bertentangan dengan fitrah ajaran Islam dan ciri tamadun dalam Islam. Urusan berkaitan dengan rumah ibadah dan hal-hal keagamaan adalah urusan peribadi setiap kaum. Kerajaan hanya menumpukan perhatian kepada perpaduan kaum.

Setiap kementerian yang ditubuhkan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Oleh itu, setiap individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan peruntukan dan merancang aktiviti bagi kepentingan masyarakat perlu memahami bidang kuasa masing-masing supaya sikap dan tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan dasar dan objektif kementerian.

Setiap individu yang memegang teraju kepimpinan negara sepatutnya memahami gagasan 1Malaysia secara menyeluruh supaya kegiatan dan tindakan mereka tidak menjejaskan prinsip dan definasi konsep tersebut. Mereka merupakan orang yang mencerminkan dasar dan polisi negara. Kejahilan dalam memahami konsep 1Malaysia menjadi faktor utama menyebabkan individu tertentu sering bertindak bertentangan dengan pengertian konsep tersebut. Perkara ini berlaku akibat terlalu ghairah untuk mendapat sokongan masyarakat tertentu dan pujian daripada pucuk pimpinan negara sehingga terlupa asas dan hukum-hakam Islam berhubung dengan akidah Islam.

Gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara mempunyai batas dan kriteria tertentu yang mana ia tidak akan menjejaskan akidah dan keyakinan umat Islam terhadap kesucian agama Islam. Perkara ini sepatutnya difahami para pemimpin supaya tindak tanduk mereka tidak menghakis keyakinan rakyat dan umat Islam bahawa gagasan 1Malaysia hanya menumpukan perhatian kepada aspek pembentukan negara.

Perkara berkaitan dengan keadilan dan kesaksamaan dalam menikmati kekayaan negara dan pembinaan tamadun yang unik dan pelbagai merupakan ciri tamadun Islam yang dikenali sebagai unity in diversity.

Jika gagasan 1Malaysia dianggap sebagai satu usaha untuk mengintegrasikan kaum dan agama dalam perspektif yang liberal, maka usaha tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana setiap agama mempunyai batas dan aspek toleransi tertentu. Agama Islam amat prihatin dalam aspek keteguhan akidah Tauhid dan toleransi terhadap agama lain.

Hak-hak yang diperuntukkan kepada umat Islam oleh kerajaan perlu disalurkan kepada umat Islam untuk menyemarakkan agama Islam, bukan menggunakan peruntukan tersebut bagi kepentingan politik individu tertentu sehingga terkeluar daripada batas akidah Islam. Bidang kuasa yang diberikan oleh kerajaan kepada institusi yang menerajui hal ehwal umat Islam sepatutnya tidak disalahgunakan bagi kepentingan politik kerana ia merupakan satu amanah yang berat bagi menyemarakkan syiar Islam.

Malaysia merupakan negara Islam yang menuju ke arah tamadun Islam di rantau Asia. Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan bagi menaikkan syiar dan dakwah Islam tanpa mengenepikan kebebasan beragama kepada masyarakat bukan Islam. Kekuatan dan keteguhan agama Islam bergantung kepada usaha dan kegigihan institusi agama Islam dan masyarakat Islam.

Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai peruntukan dan kemudahan kepada institusi agama Islam dan umat Islam. Justeru berusaha dan proaktif menyemarakkan agama Islam bukan hanya menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik sehingga tidak menghiraukan batas akidah dan syariah Islam.

Gempa Bumi 8.8 Skala Richter Dan Tsunami Melanda Jepun



Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter terjadi.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. 


Berita terkini susulan gempa bumi 8.8 pada skala Richter dan Tsunami Jepun

Penerbangan MAS ke Jepun tergendala akibat gempa

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke Lapangan Terbang Narita dan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo hari ini tergendala berikutan gempa bumi kuat yang melanda perairan timur laut Jepun.

Bagaimanapun, penerbangan MH52 ke Lapangan Terbang Kansai di Osaka malam ini akan diteruskan mengikut jadual pada 11.50 malam.

Pengurus Perhubungan Awam MAS, Su Wong berkata, penerbangan MH70 pagi ini dari Kuala Lumpur ke Narita telah pun dilencongkan ke Taipei.

Semua penumpang dan anak kapal MAS di lapangan terbang yang terjejas di Jepun berada dalam keadaan selamat, kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah Operasi MAS, Kapten Azharuddin Osman berkata syarikat penerbangan itu telah menerima notifikasi daripada pihak berkuasa lapangan terbang untuk menggantung semua penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Narita serta Lapangan Terbang Haneda.

 

Penduduk Labuan dan Sabah dinasihat tidak ke pantai

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah. Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.


Tsunami: Pelajar Malaysia di Miyagi, Jepun selamat


Penuntut Malaysia di Miyagi, Jepun dilapor berada dalam keadaan selamat ketika wilayah itu terjejas akibat fenomena tsunami berikutan gempa bumi kuat di Pantai Timur Honshu hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Sulastri Yahya, 37, penuntut tahun kedua Universiti Tohoku di Sendai, yang sempat menghantar mesej secara SMS kepada kakaknya.

SMS itu menyebut: “Kak. adik ok, tapi takut sangat... dengan kawan-kawan ni dekat skul... tempat kumpul.. x letrik.”

Abangnya, Husaini Yahya, 47, berkata, SMS tersebut dihantar sebaik kejadian tsunami berlaku, dan selepas itu, Sulastri tidak lagi menghubungi keluarga serta memaklumkan perkembangan terbaru.

"Saya juga cuba menghubunginya tapi tidak berjaya,” kata kontraktor itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter itu dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter, selain menghanyutkan kereta serta bangunan di sepanjang pantai.

Senarai Individu Terkaya di Dunia

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger. Hari ini Fiz tertarik dengan berita tentang manusia paling kaya di dunia iaitu Carlos Slim. Agak2 bila la Fiz dapat disenaraikan bersama mereka yang dikatakan individu terkaya di dunia?Lagak jer lebih..haha.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.

Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).

Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).

Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).

Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.

Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.

Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China

Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).
Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).

Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.

Taikun telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.
Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).

Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke- 229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).

Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).

Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion). - Agensi

P/S: Mungkin mereka individu yang terkaya di dunia tetapi adakah mereka juga individu terkaya di akhirat? waallahualam

Terima Kasih Semua Kerana Support

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat blogger semua. Semoga anda semua sihat-sihat belaka hendaknya dan dapat terus berblogging.:)

Sebenarnya Fiz tidak tahu nak tulis entry apa pada petang ini tetapi tiba2 Fiz rasa hendak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ini kerana tidak pernah jemu2 datang berkunjung.

Oh ya, anda semua ada perasan tak bahawa ayat dalam setiap entry blog ini berbentuk skema. Ada yang bertanya kenapa? Bagi Fiz, jawapannya mudah sahaja. Jika ada pengunjung daripada oversea hendak melihat hasil entry Fiz, mereka dapat translate dengan mudah. Tidak kira la sama ada menggunakan google translation atau menggunakan perisian @ software translation.

Kini, blog Fiz tidak lagi menggunakan khidmat Nuffnang 100%. Hal ini kerana Fiz rasakan earning daripada Nuffnang sangat sedikit ciput. Sudah 2 minggu Fiz buat kajian tentang kenapa Nuffnang agak kedekut sejak 2 menjak ini. Setelah kajian selesai kajian la sangat, Fiz dapat tahu serba sedikit punca-puncanya. Maka Fiz mengambil keputusan untuk memadukan Nuffnang dengan sebuah syarikat pengiklanan yang agak famous dalam kalangan blogger otai.

Alhamdulilah dengan syarikat pengiklanan ini (Fiz gelar dia abg hijau), earning setiap hari yang terhasil amat memuaskan hati. Bukannya niat nak bangga ke apa, cuma sebagai motivasi diri untuk terus berblogging. Biar la gambar di bawah yang menerangkan jumlah earning yang Fiz kumpulkan daripada blog picisan ini :

Klik imej jika tidak jelas

Terima kasih abg Hijau. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog Fiz yang sudi menyumbang earning @ klik. Tanpa anda semua, Fiz tidak mungkin dapat earning sebanyak ini. Sekian

P/s: Entry ini bukanlah hendak menunjuk atau berlagak tetapi sebagai motivasi diri untuk terus berblogging.

Facebook Untuk Anjing? Apa Ke Jadahnya?

Assalammualaikum.

Buka sahaja Kosmo online terkejut bila terbaca Mark Zuckerberg buka akaun Facebook untuk anjing. Beritanya aku copy paste jer la yer.

PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg membuka akaun Facebook untuk seekor anak anjing yang baru dipeliharanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Laman Facebook istimewa itu memaparkan gambar-gambar Zuckerberg, 26, memeluk anjingnya yang dinamakan Cilla, di kediamannya di sini, negeri California.

Walaupun Zuckerberg digelar antara bilionair termuda dunia, gambar-gambar dalam akaun Facebook tersebut menunjukkan dia tinggal di sebuah rumah sewa sederhana dan memiliki sebuah kereta yang juga berharga sederhana.

Bilionair itu tinggal di kediaman tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan.

Setakat ini, lebih 2,000 orang telah mengklik bahawa mereka menyukai laman Facebook tersebut. – Agensi



Agak2 selepas ini, banyak la haiwan yang akan buka akaun Facebook kerana dengki anjing pun ada akaun Facebook.kahkah

P/s: Jangan terkejut jika sedang anda berchatting dalam FB, orang yang anda sedang chatting rupa-rupanya adalah seekor anjing iaitu anjing Mark Zuckerberg…kahkah

Keyword Jana Trafik

As-Salam.

Malam ini Fiz cuba tengok keyword yang berjaya menarik pengunjung ke blog Fiz. Tak ada la hebat sangat. Blog Fiz hanya blog picisan jer. Isi kandungan blog pun banyak copy and paste.

Antara keyword2 yang berjaya menarik pengunjung ke blog Fiz adalah seperti berikut:



Penting ke keyword? Bagi Fiz, keyword amat penting kerana ia merupakan sumber kekuatan kepada blog Fiz kerana kebanyakan pengunjung daripada hasil carian di google Malaysia.

Kalau hendak harapkan pengunjung secara blogwalking, alamak tak sampai 100 orang la pengunjung ke blog Fiz. Lagian Fiz bukannya selalu berblogwalking sampai lembam jari2. Jika ada yang berkunjung dan meninggalkan jejak, Fiz cuba membalasnya dan menghargai jasa mereka kerana secara tidak langsung, mereka meningkatkan trafik ke blog Fiz.

Di sini Fiz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mereka yang tidak jemu2 untuk support blog Fiz melalui hasil klik pada iklan yang Fiz paparkan. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan FB yang sudi bertandang ke blog Fiz dan sentiasa menghargai entry yang dihasilkan. Sekian

Permohonan Dalam Talian Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
.  Fizik
.  Kimia
.  Biologi
.  Matematik
.  Pendidikan Khas
.  Bahasa Cina

Program Kembar Bahasa Perancis :
.  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

Program Kembar Bahasa Jerman : 
.  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan



SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan cemerlang dalam mana2 tiga mata pelajaran DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris.
  6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).


CARA MEMOHON

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.
  2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  5. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN KPLSPM : 21 MAC 2011


Farahhana Jamaludin Wanita Laknat?



As Salam.

Tadi aku tengah godek2 Facebook kawan2, tetiba aku terlihat status seorang yang kawan lama yang menarik perhatian aku. Statusnya ialah Farahana Jamaludin Wanita Laknat. Apa kes la kawan aku seorang nih yang menyebabkan dia sanggup menghina Farahana Jamaludin. Kalau nak tahu, klik link di bawah :

Khasiat Nanas/Nenas


Nanas membantu pencernaan protein dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ini kerana buah ini kaya dengan enzim bromelain yang bergNanas membantu pencernaan protein dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ini kerana buah ini kaya dengan enzim bromelain yang berguna untuk melegakan tekak dan membantu pencernaan.

Enzim ini mencerna protein di dalam makanan agar mudah diserap oleh tubuh. Bromelin juga membantu proses penyembuhan luka dan mengurangkan pembengkakan atau peradangan di dalam tubuh. Jadi, nanas menjadi pilihan terbaik kepada pesakit selepas menjalani penbedahan.

Selain itu, nanas mengandungi asid sitrik dan asid malic yang memberi rasa masam dan manis pada buahnya. Asid ini membuatkan nanas menjadi bahan makanan yang digunakan secara meluas dalam hidangan masam manis.

Kandungan asid aspartic yang cukup tinggi di dalam nanas berfungsi sebagai asid amino di dalam tubuh dan membantu proses metabolisme. Asid ini juga membantu membuang asid ammonia yang beracun dan berbahaya kepada sistem saraf pusat.

Hampir sama dengan pisang, nanas juga mengandungi serat yang berguna untuk membantu proses pencernaan, menurunkan kolestrol dalam darah dan mengurangkan risiko diabetes serta penyakit jantung.

Serat dari 150 gram nanas setara dengan separuh dari limau. Selain itu, kandungan vitamin dan mineral menjadikan sumber yang baik untuk vitamin C dan vitamin2 lain. Nanas juga mengandungi cystine yang berguna untuk pembentukan kulit dan rambut serta membantu melambatkan proses penuaan.

Namun, bagi sesetangah orang, memakan nanas yang terlalu banyak boleh menyebabkan sakit kepala kerana kerana nanas meningkatkan reaksi alergi kepada sesetengah orang. Untuk menghindari perkara ini, potong dan celupkan nanas di dalam air garam sebelum memakannya.

Panduan Berada Di Rumah Mentua


Lawat sekerap yang boleh

Seeloknya, jika punyai kesempatan waktu dan kedudukan kewangan yang baik. Ambil pelunag untuk melawat mentua semampu yang mungkin. Lawatan anda itu secara tidak langsung dapat menawan hati mentua anda.

Seseorang ibu atau bapa sebenarnya cukup menyayangi anaknya. Lebh-lebih lagi ketika bujangnya dahulu anaknya itu selalu pulang ke kampung melawat ibunya. Tidak dinafikan, apabila anak-anaknya mendirikan rumah tangga ibu bapa percaya bahawa anaknya itu telah mempunyai kehidupan sendiri tetapi jauh di sudut hati mereka mengharapkan anaknya datang melawat untuk bertanyakan khabar berita.

Belajar beramah mesra

Sebagai isteri atau suami, dia perlu memahami keadaan mentuanya. Sebaik-baiknya ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman mentua dan belajar cara beramah mesra dengan mereka. Seringlah juga bertanya khbar dengan menghubungi mentua melalui telefon. Ceritalah apa sahaja terutama mengenai kegemarannya dan tahap kesihatannya.

Anda perlu berusaha lebih gigih dalam mengenali sikap sebenar mentua. Anda tidak boleh memaksa diri untuk mengenali diri sebenar mentua anda.

Sebaliknya beri masa dan belajar melalui perbualan dengannya atau melihat aktivitinya mengenai apakah kegemarannya, apa yang disukai, apa yang tidak disukai, dan sebagainya. Sebagai menantu, anda juga perlu melapangkan diri untuk menerima setiap tindak-tanduk mentua.

Bawa buah tangan

Belajar untuk menghormati mentua sebagaimana anda menghormati ibu bapa anda sendiri. Sentiasa persiapkan diri untuk mendengar pandangan, pendapat, nasihat dari mereka. Seandainya, mereka menegur maka terimalah dengan hati terbuka. Elakkan perasaan berkecil hati. Barangkali mentua juga belum mengenali seratus peratus tentang diri anda. Beri peluang padanya untuk mentua belajar mengenai diri anda.

Sesekali pulang ke rumah mentua, rajin-rajinlah membawa buah tangan untuk mereka. Jika kurang berkemampuan (kewangan) rajin-rajinkan diri anda untuk membantu di dapur. Sebenarnya mentua anda bukanlah mengharapkan sumbangan, hadiah mahupun bantuan kewangan daripada anak-menantunya tetapi mereka mengharapkan agar anak-anak mencurahkan kasih sayang dan memahami kesulitan mereka.

Rajin Bantu di dapur

Apabila anda rajin membantu di dapur, mentua menjadi bertambah sayang. Secara tidak langsung, ada rahsia-rahsia masakan keluarganya diberikan kepada anda. Sekali gus membolehkan anda memasak makanan kegemaran suami mengikut resipi rahsia keluarga.

Jodoh Ketentuan Allah

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua.... 

Disertakan Doa Pendekat Jodoh...amalkan di atas sejadah cinta....mohonlah pada Pencipta Maha Suci Cinta...Mudahan kamu bertemu jodoh yang baik...insyaAllah.. 


Hasil tulisan :Abu Hanifah

Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2011

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mempelawa Lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Syarat Am

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1976.
  3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. sila semak laman web Interaktif JPA untuk memastikan ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik

  1. Lulus ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75, ATAU
  2. kelayakan2 lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti DAN
  3. lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN
  4. lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai, DAN
  5. lulus Ujian Educators Selection Inventory (MEDSI) DAN
  6. Lulus Temuduga dan diperaku oleh panel penemu duga

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam Syarat Khas Program dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di dalam web http://upu.mohe.gov.my
  2. pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UITM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Permohonan

  1. permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2011
  2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau no unik ID dari Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
  3. pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011.
  4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut:
  • Maklumat Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa Calon ( Calon UITM sahaja)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
  • Salinan Transkrip Akademi yang lengkap dan telah disahkan oleh Senat
  • Salinan Sijil SPM


P/S : Suka dengan entry ini? sila la komen dan klik iklan banner blog saya sebagai tanda sokongan anda terhadap hasil perkongsian saya..:)



Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme