Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2011

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mempelawa Lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Syarat Am

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1976.
  3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. sila semak laman web Interaktif JPA untuk memastikan ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik

  1. Lulus ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75, ATAU
  2. kelayakan2 lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti DAN
  3. lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN
  4. lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai, DAN
  5. lulus Ujian Educators Selection Inventory (MEDSI) DAN
  6. Lulus Temuduga dan diperaku oleh panel penemu duga

Syarat Khas Program

  1. Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam Syarat Khas Program dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di dalam web http://upu.mohe.gov.my
  2. pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.
  3. Semua program pengajian di UITM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Permohonan

  1. permohonan perlu dibuat secara online melalui Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2011
  2. Pemohon perlu membeli nombor pin atau no unik ID dari Bank Simpanan Nasional sebelum membuat permohonan. Slip pembayaran perlu disimpan untuk rujukan dan bukti pembelian.
  3. pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011.
  4. Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut:
  • Maklumat Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa Calon ( Calon UITM sahaja)
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
  • Salinan Transkrip Akademi yang lengkap dan telah disahkan oleh Senat
  • Salinan Sijil SPM


P/S : Suka dengan entry ini? sila la komen dan klik iklan banner blog saya sebagai tanda sokongan anda terhadap hasil perkongsian saya..:)



Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme