Pilihan Raya Dun Sarawak


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan sebelum ini.

Katanya, kini terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Pengumuman berkenaan menamatkan spekulasi berhubung pembubaran DUN yang memuncak apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri 


Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti.

Katanya, apabila pemimpin berkenaan dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan menyeluruh merangkumi semua kaum di negeri ini, beliau akan melepaskan jawatannya.

"Kemungkinan saya akan bersara adalah sudah dekat, saya akan mengetuai pilihan raya nanti tetapi hanya untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dilahirkan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Abdul Taib merupakan Ketua Menteri yang keempat selepas Datuk Stephen Kalong Ningkan, Datuk Penghulu Tawi Sli dan Tun Abdul Rahman Ya'kub sejak jawatan itu diperkenalkan pada 1963. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1981.


Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme