Permohonan Dalam Talian Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
.  Fizik
.  Kimia
.  Biologi
.  Matematik
.  Pendidikan Khas
.  Bahasa Cina

Program Kembar Bahasa Perancis :
.  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

Program Kembar Bahasa Jerman : 
.  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan



SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan cemerlang dalam mana2 tiga mata pelajaran DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu, Sejarah, Satu mata pelajaran yang lain serta lulus Bahasa Inggeris.
  6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).


CARA MEMOHON

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.
  2. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  5. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN KPLSPM : 21 MAC 2011


Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme