Blog Fiz Bakal Disaman?

As salam.

Sedang Fiz melayari internet, tetiba Fiz dikejutkan dengan satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Lantas aku menjawab panggilan tersebut. Perbualan tersebut adalah seperti berikut:

Pemanggil : Assalamualaikum..
Fiz            : Waalaikummussalam..
Pemanggil : Saya dari wakil syarikat bla2 bla2..adakah encik pemilik laman    blog ini?
Fiz            : Ya.kenapa?
Pemanggil : Saya harap encik dapat ‘delete’ laman blog ini..jika tidak,  saya akan laporkan kepada polis (mungkin turut disaman)
Fiz            : Ok..(dalam keadaan blurr)..selepas itu, pemanggil meletakkan telefon.

Kemudian Fiz tertanya-tanya apa kesalahan yang telah Fiz lakukan kepada syarikat tersebut. Untuk mendapatkan kepastian, Fiz cuba ‘call’ balik operator syarikat tersebut tetapi tidak dapat dan terus masuk ‘voice mail’.

Oleh kerana tidak mahu timbul sebarang masalah, Fiz terpaksa ‘delete’ blog ini..opss kejap2, bukan keseluruhan blog ini taw tetapi beberapa ‘entry’ yang berkaitan dengan syarikat tersebut.:)

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme