Panduan Berada Di Rumah Mentua


Lawat sekerap yang boleh

Seeloknya, jika punyai kesempatan waktu dan kedudukan kewangan yang baik. Ambil pelunag untuk melawat mentua semampu yang mungkin. Lawatan anda itu secara tidak langsung dapat menawan hati mentua anda.

Seseorang ibu atau bapa sebenarnya cukup menyayangi anaknya. Lebh-lebih lagi ketika bujangnya dahulu anaknya itu selalu pulang ke kampung melawat ibunya. Tidak dinafikan, apabila anak-anaknya mendirikan rumah tangga ibu bapa percaya bahawa anaknya itu telah mempunyai kehidupan sendiri tetapi jauh di sudut hati mereka mengharapkan anaknya datang melawat untuk bertanyakan khabar berita.

Belajar beramah mesra

Sebagai isteri atau suami, dia perlu memahami keadaan mentuanya. Sebaik-baiknya ambil peluang untuk pulang ke kampung halaman mentua dan belajar cara beramah mesra dengan mereka. Seringlah juga bertanya khbar dengan menghubungi mentua melalui telefon. Ceritalah apa sahaja terutama mengenai kegemarannya dan tahap kesihatannya.

Anda perlu berusaha lebih gigih dalam mengenali sikap sebenar mentua. Anda tidak boleh memaksa diri untuk mengenali diri sebenar mentua anda.

Sebaliknya beri masa dan belajar melalui perbualan dengannya atau melihat aktivitinya mengenai apakah kegemarannya, apa yang disukai, apa yang tidak disukai, dan sebagainya. Sebagai menantu, anda juga perlu melapangkan diri untuk menerima setiap tindak-tanduk mentua.

Bawa buah tangan

Belajar untuk menghormati mentua sebagaimana anda menghormati ibu bapa anda sendiri. Sentiasa persiapkan diri untuk mendengar pandangan, pendapat, nasihat dari mereka. Seandainya, mereka menegur maka terimalah dengan hati terbuka. Elakkan perasaan berkecil hati. Barangkali mentua juga belum mengenali seratus peratus tentang diri anda. Beri peluang padanya untuk mentua belajar mengenai diri anda.

Sesekali pulang ke rumah mentua, rajin-rajinlah membawa buah tangan untuk mereka. Jika kurang berkemampuan (kewangan) rajin-rajinkan diri anda untuk membantu di dapur. Sebenarnya mentua anda bukanlah mengharapkan sumbangan, hadiah mahupun bantuan kewangan daripada anak-menantunya tetapi mereka mengharapkan agar anak-anak mencurahkan kasih sayang dan memahami kesulitan mereka.

Rajin Bantu di dapur

Apabila anda rajin membantu di dapur, mentua menjadi bertambah sayang. Secara tidak langsung, ada rahsia-rahsia masakan keluarganya diberikan kepada anda. Sekali gus membolehkan anda memasak makanan kegemaran suami mengikut resipi rahsia keluarga.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme