MyLook Engine Search


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia

Pada hari ini, aku ingin kongsikan dengan anda sebuah program engine search terbaru iaitu MyLook.com

MyLook.com ialah sebuah enjin carian baru yang menawarkan saham percuma kepada ahli-ahli yang mendaftar dan melakukan carian menggunakan MyLook.com. Pendaftaran dan keahlian adalah percuma.

Tawaran ini mungkin hanya sah pada peringkat awal pelancaran MyLook.com dan MyLook.com berhak menarik balik tawaran ini di masa hadapan. Bagaimana pun, semua unit saham yang telah anda kumpul akan terus menjadi milik anda dan mendatangkan pulangan bulanan.

Setiap unit saham MyLook.com bernilai 22 cents (USD) buat masa sekarang. Setiap unit saham akan memberikan pendapatan bulanan kepada anda dalam bentuk dividen bulanan.

Sertai MyLook.com sekarang dan dapatkan:

-> 5 unit saham percuma setiap hari (maksima) sekiranya anda melakukan 5 carian menggunakan MyLook.com pada hari tersebut.
-> 5 unit saham percuma untuk setiap ahli yang anda kenalkan (tiada had).
-> Insentif 20% dari jumlah saham terkumpul ahli-ahli yang anda kenalkan dan 20% dari pendapatan bulanan mereka (tiada had).

Anda tidak perlu memperkenalkan peluang ini kepada sesiapa pun untuk menerima bayaran dari MyLook.com tetapi jumlah saham yang dapat anda kumpul adalah terhad kepada $0.22 x 5 = $1.10 sahaja setiap hari.

Tetapi sekiranya anda ingin mendapat pendapatan bulanan secara pasif dan percuma untuk jangkamasa panjang, anda boleh memperkenalkan rakan-rakan dan anda akan mendapat lebih banyak saham percuma pulangan yang berlipat-ganda.

Daftar di sini:

Kampung Perangkap : Pusat Kraf Besi


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebelum ini pernahkah anda mendengar nama kampung perangkap? Mungkin tidak pernah kan? Kampung Perangkap merupakan sebuah perkampungan yang agak tersorok tetapi menyimpan banyak warisan budaya yang harus dikekalkan agar tidak lupus ditelan zaman.  Warisan budaya yang aku maksudkan ialah kraf besi seperti keris, badik dan golok. Untuk tampak lebih jelas, aku cuba memetik satu keratan akhbar yang mempunyai artikel berkaitan.

“PASIR MAS 19 Mac - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Negeri Kelantan akan membangunkan Kampung Perangkap di sini sebagai Pusat Pengeluaran Kraf Pandai Besi Negeri Kelantan berikutan peningkatan jualan di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

KAMARUZAMAN Idris (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen bengkel pandai besi kepada wakil pengusaha, Mat Ariffin Ibrahim di Kampung Perangkap, kelmarin.

Pengarahnya, Kamaruzaman Idris berkata, kampung tersebut dipilih disebabkan penduduknya menunjukkan kesungguhan dan telah mencapai sasaran pengeluaran barang kraf tangan yang ditetapkan oleh agensi itu.

Beliau memberitahu, sehingga kini terdapat 20 pengusaha kraf tangan yang mempunyai kemahiran dalam seni pertukangan besi di kampung berkenaan.

"Jualan tahunan mereka meningkat kepada RM198,000 pada 2009 berbanding RM32,000 pada permulaan pengenalan SDSI pada 2006.

"Sambutan terhadap jualan kraf tangan besi Kampung Perangkap juga meningkat apabila mencecah pendapatan sehingga RM15,000 pada Promosi Hari Kraf Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bengkel Pandai Besi di Kampung Perangkap di sini semalam.

Kamaruzaman berkata, kampung itu dikenal pasti mampu dimajukan di bawah program SDSI dan dua buah bengkel pandai besi di kampung itu dibangunkan pada 2008 untuk lima pengusaha.

Bagi meningkatkan pengeluaran, katanya, lima penduduk dipilih sebagai tenaga pelapis dan mengikuti latihan kemahiran di bengkel anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan.

''Mereka juga diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan supaya bersama-sama aktif dalam menjual hasil kraf tangan berkenaan," ujarnya.

P/s: aku sungguh-sungguh merasa bangga menjadi anak kelahiran Kampung Perangkap kerana Kampung Perangkap telah berjaya bergerak lebih maju setapak kehadapan.

Mistik, Seram dan Lucu


Pada suatu malam, handphone aku mengeluarkan muzik dan menandakan terdapat seseorang yang menghantar mesej.  Lantas aku mencapai handphone dan terus membaca mesej tersebut.  “Fiz, aku nak ajak mu keluar minum sambil lepak-lepak kat kedai pelayan.  Jom la bro”.  Aku pun tanpa berfikir panjang, terus menerima pelawaan beliau. Al-maklum la pada waktu itu aku sangat keboringan dan tidak tahu hendak buat apa.

Ketika di kedai pelayan, seperti biasa aku dan rakan-rakan menceritakan kisah masing-masing.  Topik yang paling panas ialah tentang awek masing-masing.  Kebanyakan kawan aku menyindir kerana selalu juga aku menceritakan tentang seorang awek kepada mereka tetapi sampai kini aku tidak dapat menawan hatinya.   Sebenarnya aku memang suka kepada awek tersebut namun jika aku fikir balik, dia terlalu baik untuk aku.  Maka dengan itu, adalah lebih baik jika aku terus berkawan dengannya dahulu dan soal jodoh diketepikan dahulu.  Jika ada jodoh dengannya, alhamdulilah dan jika tiada jodoh, aku pasrah.

Selepas selesai minum dan cerita pasal kisah masing-masing, aku meminta izin untuk pulang kerana hari sudah lewat malam.  Lagian pula, mesti ma aku tidak berapa suka jika aku pulang lewat.  Aku tahu persis sikap dia kerana selagi aku tidak pulang, dia akan berjaga dan ia akan menganggu waktu tidurnya.  Ketika dalam perjalanan pulang, tetiba aku rasa lain macam bila melalui satu kawasan yang boleh dianggap keras.  Bulu roma aku meremang dan berdiri tetapi aku cuba membuang perasaan bukan-bukan yang bermain-main dalam diri. Lantas aku cuba menyanyi dan memecut motor kesayangan dengan lajunya hinggalah sampai ke satu selekoh. ‘’ Alamak, apa benda tuh”. Betul-betul berdiri di bawah cahaya lampu jalan dan memakai pakaian serba putih.  Aku mula rasa tidak sedap hati dan mulutku kumat-kamit cuba membaca ayat-ayat suci.  Aku terus memecut motor dengan lebih laju.  Ketika melalui lembaga tersebut, lembaga tersebut sempat menoleh melihat gelagat aku dan tidak semena-mena aku terpandang wajah lembaga tersebut..ya Allah!!!! . Apa jadi seterusnya??

Rupa-rupanya lembaga tersebut ialah jiran aku yang baru pulang daripada masjid.  Sebelum pulang dari masjid, dia singgah ke rumah temannya untuk bertanya khabar dan sebab itulah dia pulang agak lewat.

Bila teringatkan kisah ini, aku akan tersenyum sendirian kerana ia agak kelakar bagi aku walaupun terselit unsur-unsur seram yang mampu menggugurkan jantung.  Sekian,wasalam


DiTag oleh Saudari Hayati..


1 - adakah anda rasa HOT???
-tak rasa hot cz skrg nih cuaca sejuk giler..
2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!

--à basic windows XP
3 - cerita pasal gambar... ---> buat masa sekarang, lebih suka guna background basic cz ramai org akan komen jika letak background lain
4 - bila kali terakhir anda mkn pizza? --->thn lepas..ade kwn blanje..huhu
5 - lagu terakhir anda dengar.... --> perempuanku-irwansyah
6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni...
YM,FB,Blogger, dgr lagu dan memikirkan masa depan negara..

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape?
Fiz, Rambo, Din, Hafiz, Mr.Beloved, Fizu, Ju

8 - tag lg 8 org ....
Mieran, Shahrul Azrie, Aisyah sensei, Mra, Umai, Saparina, Farah Ameera, dan Aina-Nana

9 - siapakah org no.1 kpd anda... ---> ssh gak nk jwb nih tetapi dengan penuh rasa hormatnya, ak memberikan anugerah ini kepada seorang perempuan yg mula2 aku kenal iaitu ibuku

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5 
--> seorang yang kelakar dan agak mesra

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
Ntah la..xkenal sgt dia..juz thu yg basic2 je

12 - bagaimana pula dgn no.4
--> hoho..dia skrg maybe sedang menyambung kembali hubungan cintanya dengan teman sekolahnya (maybe ler)

13 - pesanan kepada org no.6 --> ketahui la bahawa kamo adalah kekasih gelapku..haha

14 - kata2 cinta utk org no.2 -->lorr nk meluahkan kata2 cinta mcmmana jika beliau adalah lelaki dan ak bknnya seorg Gay..huk2

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan
--à sama tapi tak serupa..sama kerana ia merupakan angka tetapi tak serupa kerana bentuknya lain.

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
- seorang yang kreatif
-suka mengomen blog org
- seorang perempuan
- seorang anak kepada sepasang suami isteri
- cumel

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU
--> mempunyai tanduk

18 - perasaan anda wat tag ni..
.---> tak ade perasaan..haha

19 - adakah anda tau si razman itu sengal....--->Xtaw

20 - GAY or LESS--->………straight

sekian………thank kepada Hayati kerana sudi mengetag ak..lain kali jika nk tag, beritahu la owner blog spatah supaya diorg taw diorg ditag...I love u hayati..huk2




Malam Anugerah Kinabalu 2009/2010 : Red Carpet


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada malam semalam berlangsungnya sebuah majlis yang berprestij yang julung-julung kali diadakan bagi meraikan jasa bakti warga Kolej Kediaman Kinabalu buat kali ke-25.  Majlis ini dinamakan Malam Anugerah Kinabalu (MAK).  pada kali ini tema yang ditetapkan untuk menghadiri majlis ini ialah RED CARPET.  Baiklah aku tidak mahu bercoleteh panjang, maka aku akan sajikan anda dengan gambar-gambar yang sempat aku ‘snap’.



Sebelum aku menutup tirai coretan aku pada kali ini, aku ingin ceritakan sedikit rahsia disebalik Malam Anugerah Kinabalu ke 25. Seperti yang dinyatakan tema majlis ini ialah Red Carpet, maka aku harus mencari pakaian yang sesuai dengan tema yang ditetapkan.  Akibat daripada kesibukan aku, aku tidak mempunyai kesempatan untuk mencari kelengkapan untuk ke majlis tersebut.  Namun beberapa hari yang lepas, aku cuba mencuri waktu sedikit untuk berbelanja di Danau Kota namun kehampaan menyelubungi diri aku kerana barang yang dikehendaki tidak dapat aku temukan dan kebuntuan ini membawa hingga ke hari majlis.  Jika dilihat pada jadual, warga kolej perlu menunggu bas sekitar jam 5 petang untuk bertolak ke lokasi majlis iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Aku mula kalut kerana aku tidak mempunyai pakaian yang mengikut tema pada hari tersebut.  Lantas terlintas untuk meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan untuk menyelesaikan masalah yang aku alami.  Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kalutnya aku kerana pada jam 2 petang, aku perlu ke Mid Valley untuk mencari seluar jean skinny.  Sesuai dengan bajet yang aku ada, aku hanya menerjah ke butik Romp sahaja.  Pada jam 3.30 petang, aku perlu mengambil blazer dan kasut di kolej kediaman 3 dan 12.  Untuk pengetahuan, aku meminjam barang tersebut secara ‘on the spot’ iaitu pada jam 2 petang. Secara kesimpulannya, hampir kesemua kelengkapan pakaian yang aku cari adalah pada hari majlis hendak bermula.  Ini merupakan satu pengalaman yang aku tidak boleh lupakan.kerana jika ada kesilapan atau kekurangan, maka aku akan kelihatan seperti badut layaknya.

Utusan Publication..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebagaimana coretan aku yang lepas, aku ada menyatakan bahawa aku akan berjumpa dengan seorang editor bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.  Alhamdulilah syukur kepadaNya, aku telah berjaya menemukan En. Rozlan iaitu seorang editor sebuah syarikat yang diberikan label sebagai Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya aku mempunyai kesulitan dalam menemukan di mana letaknya syarikat ini. Hal ini kerana syarikat ini terletak di Jalan Shamelin, Cheras dan yang menyebabkan kesulitan ialah aku kurang mahir jalan sekitar Kuala Lumpur.  Hasil perbincangan dengan kumpulan aku, kami mengambil keputusan untuk mencari lebih awal di mana letaknya syarikat tersebut namun keadaan tidak mengizinkan, lantas kami pulang dengan kecewa.

Pada hari temujanji dengan En.Rozlan, kami telah bertolak awal kerana kami masih tidak tahu di mana letaknya syarikat Utusan Publication. Di saat otak aku berpinar-pinar memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah, kawan aku tidak semena-mena mengeluarkan handphone beliau. Lantas beliau berkata: jangan risau, handphone aku dilengkapi dengan sistem GPS dan insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yang betul.  Tidak semena-mena aku sangat teruja untuk menggunakan GPS.  Semua paparan dalam sistem GPS adalah tepat dan  akhirnya kami berjaya sampai ke Utusan Publication dengan selamat.  Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kecanggihan teknologi seperti GPS banyak memberikan manfaat kepada pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan cepat dan selamat.
 gambar kenang-kenangan bersama En.Rozlan ( Editor Utusan Publication)


Sebelum bertemu dengan En. Rozlan, kami menyangkakan beliau adalah seorang yang agak berumur namun telahan kami silap kerana beliau masih muda iaitu umurnya baru mencecah 33 tahun. Kami amat senang untuk berurusan dengan beliau kerana beliau juga seorang yang peramah dan mesra. Semasa sesi perkenalan antara En.Rozlan, dia menyatakan beliau berasal daripada Kelantan iaitu senegeri dengan aku. Namun begitu, kami perlu berkomunikasi menggunakan bahasa baku kerana pertemuan ini boleh dianggap sebagai formal.  Hasil temuramah yang dijalankan, kami mendapat input yang sangat banyak dan boleh digunakan dalam membuat tugasan yang diberikan.

Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada En. Rozlan kerana sudi ditemuramah. Jasa baik beliau dalam memberikan input berkaitan dengan tugasan, sangat kami hargai.  Sekian

Maaf Jika Aku Mencintaimu..

Biarkan cintaku bertahta di hatimu tanpa dirimu

Biarkan kasihku hilang di mamah waktu

Biarkan ku merundung sedih di belakangmu

Aku rela seperti itu kerana aku amat mencintaimu

Dan kini engkau menjauh kerana cintaku

Maafkan aku jika ini semua salahku

Izinkan aku untuk merubah cintaku

Kembalilah engkau sebagai teman biasaku

Aku berjanji tidak akan mengulangi cintaku

Biarlah cintaku, kupendam di benak hatiku

Meskipun aku harus berdusta pada hatiku

Meskipun aku melukakan hatiku..

Biarlah ini semua berlalu tanpa cinta,kasih,dan sayangmu

Asal engkau menerimaku untuk menjadi sahabatmu

Aku akan selalu menjaga perasaanmu

Biarlah perasaanku yang menderita untuk kebahagianmu

Dan maafkan jika aku terlalu mencintaimu

Itu semua kerana aku tak mau kehilangan dirimu

Maaf hatiku..aku mendustaimu.

Tersilap Orang..Malunya..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sudah lama rasanya aku tidak menjamah dan menyajikan sesuatu yang berkaitan dengan diri aku dalam ruangan ini.  Pada minggu lepas, aku benar-benar sibuk dengan projek yang dianjurkan oleh pihak kolej.  Projek tersebut dinamakan sebagai Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu.  Tujuan projek ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi membantu MAKNA, AMAL dan rumah kebajikan.  Walaupun agak terasa penat kerana banyak kerja yang perlu dilakukan namun aku rasa sedikit ‘enjoy’ kerana dapat mengisi masa dengan perkara yang lebih berfaedah.  Mana taknya, dihujung minggu aku hanya lepak kat bilik sambil menatap laptop kesayangan aku sambil berkaroeke.  Kalau buat tugasan ok jugak tapi aku hanya berkaroeke dan main ‘game’ sahaja..

Disini aku ingin kongsikan dengan anda tentang satu pengalaman aku untuk mencari seorang editor untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.  Pada mulanya, aku dan kawan aku buntu kerana tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang editor yang hendak kami temukan.  Dengan bantuan seorang kawan perempuan, dia telah memberikan kami ‘contact’ seorang editor untuk ditemuramah.  Setelah nama diset iaitu En.Azmi, aku tanpa berlengah terus menghubungi beliau dan menyatakan ingin berjumpa dengan beliau. Tanpa banyak kerenah dan protokol, beliau menyatakan beliau sedia untuk ditemuramah.  Tempat yang dicadangkan beliau ialah bangunan peperiksaan UM pada jam 9.00 malam kerana beliau ada kelas pada masa tersebut.  Pada mulanya kami meragui kerana tempat yang dicadangkan beliau merupakan kawasan larangan kerana sebelum ini pernah berlakunya kebakaran bangunan tersebut pada waktu malam.  Kami juga mula ragu-ragu kerana beliau ada kelas malam dan apakah yang diajarkan oleh beliau.  Aku sejenak berfikir, adakah aku tidak silap orang? Namun aku gagahi juga untuk berjumpa dengan beliau.

Tepat jam 9.00 malam, kami terus melangkah ke bangunan peperiksaan UM dengan perasaan ragu-ragu.  Ketika melangkah ke tempat yang dijanjikan, kami melihat adanya latihan tarian dan latihan silat pada ketika itu.  Tidak lama kemudian, En. Azmi menghubungi aku dan aku terlihat kelibat beliau pada masa tersebut.  Kami telah dijemput oleh En.Azmi untuk duduk untuk mengadakan sesi temuramah.  Aku tanpa berlengah memulakan bicara dengan soalan pertama diutarakan.  Berapa lamakah En.Azmi berkecimpung dalam bidang ‘Editor’? En.Azmi terpinga-pinga dengan soalan yang aku utarakan namun beliau cuba menjawab dengan jawapan yang tidak disangka-sangka.  Apakah jawapan beliau?? En.Azmi menjawab: saya karangan pun tidak tahu, macammana saya terlibat dengan bidang editor.  Nampaknya awk silap orang.  Pada kali ini aku dan kawan rasa terpinga-pinga bercampur dengan perasaan malu.  Ternyata apa yang bermain dalam benak fikiran dan perasaan ragu-ragu tadi terbukti adalah benar bahawa kami tersilap. Selepas beberapa ketika, kami meminta maaf daripada beliau.  Namun mungkin ada hikmahnya, En.Azmi telah memberikan kami ‘contact’ seorang editor di Cheras dan insyaAllah kami akan bertemu dengan beliau pada hari Isnin ini.  Harap-harap kali ini tidak kami tidak silap kerana tugasan ini perlu dibentangkan pada minggu depan.

p/s: doakan aku berjaya yer kawan-kawan.. 

JELALAH KEAMANAN DAN KEBAJIKAN KINABALU

 

Assalammuailaikum dan salam 1 Malaysia..

Kini aku sangat sibuk dengan projek ini.

Dalam projek ini, jawatan aku ialah Ketua Biro Multimedia dan Publisiti.

Projek ini merupakan projek amal Kolej Kediaman Kinabalu.

 Dana yang diterima akan disumbangkan kepada MAKNA dan AMAL.

Kesimpulannya aku tidak dapat mengupdate selalu ruangan ini. Harap maklum 

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme