Tersilap Orang..Malunya..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sudah lama rasanya aku tidak menjamah dan menyajikan sesuatu yang berkaitan dengan diri aku dalam ruangan ini.  Pada minggu lepas, aku benar-benar sibuk dengan projek yang dianjurkan oleh pihak kolej.  Projek tersebut dinamakan sebagai Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu.  Tujuan projek ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi membantu MAKNA, AMAL dan rumah kebajikan.  Walaupun agak terasa penat kerana banyak kerja yang perlu dilakukan namun aku rasa sedikit ‘enjoy’ kerana dapat mengisi masa dengan perkara yang lebih berfaedah.  Mana taknya, dihujung minggu aku hanya lepak kat bilik sambil menatap laptop kesayangan aku sambil berkaroeke.  Kalau buat tugasan ok jugak tapi aku hanya berkaroeke dan main ‘game’ sahaja..

Disini aku ingin kongsikan dengan anda tentang satu pengalaman aku untuk mencari seorang editor untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.  Pada mulanya, aku dan kawan aku buntu kerana tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang editor yang hendak kami temukan.  Dengan bantuan seorang kawan perempuan, dia telah memberikan kami ‘contact’ seorang editor untuk ditemuramah.  Setelah nama diset iaitu En.Azmi, aku tanpa berlengah terus menghubungi beliau dan menyatakan ingin berjumpa dengan beliau. Tanpa banyak kerenah dan protokol, beliau menyatakan beliau sedia untuk ditemuramah.  Tempat yang dicadangkan beliau ialah bangunan peperiksaan UM pada jam 9.00 malam kerana beliau ada kelas pada masa tersebut.  Pada mulanya kami meragui kerana tempat yang dicadangkan beliau merupakan kawasan larangan kerana sebelum ini pernah berlakunya kebakaran bangunan tersebut pada waktu malam.  Kami juga mula ragu-ragu kerana beliau ada kelas malam dan apakah yang diajarkan oleh beliau.  Aku sejenak berfikir, adakah aku tidak silap orang? Namun aku gagahi juga untuk berjumpa dengan beliau.

Tepat jam 9.00 malam, kami terus melangkah ke bangunan peperiksaan UM dengan perasaan ragu-ragu.  Ketika melangkah ke tempat yang dijanjikan, kami melihat adanya latihan tarian dan latihan silat pada ketika itu.  Tidak lama kemudian, En. Azmi menghubungi aku dan aku terlihat kelibat beliau pada masa tersebut.  Kami telah dijemput oleh En.Azmi untuk duduk untuk mengadakan sesi temuramah.  Aku tanpa berlengah memulakan bicara dengan soalan pertama diutarakan.  Berapa lamakah En.Azmi berkecimpung dalam bidang ‘Editor’? En.Azmi terpinga-pinga dengan soalan yang aku utarakan namun beliau cuba menjawab dengan jawapan yang tidak disangka-sangka.  Apakah jawapan beliau?? En.Azmi menjawab: saya karangan pun tidak tahu, macammana saya terlibat dengan bidang editor.  Nampaknya awk silap orang.  Pada kali ini aku dan kawan rasa terpinga-pinga bercampur dengan perasaan malu.  Ternyata apa yang bermain dalam benak fikiran dan perasaan ragu-ragu tadi terbukti adalah benar bahawa kami tersilap. Selepas beberapa ketika, kami meminta maaf daripada beliau.  Namun mungkin ada hikmahnya, En.Azmi telah memberikan kami ‘contact’ seorang editor di Cheras dan insyaAllah kami akan bertemu dengan beliau pada hari Isnin ini.  Harap-harap kali ini tidak kami tidak silap kerana tugasan ini perlu dibentangkan pada minggu depan.

p/s: doakan aku berjaya yer kawan-kawan.. 

4 Response to "Tersilap Orang..Malunya.."

  1. M!Er4N says:

    hahaha..lawak la mu..ore bt la double check..btl ko dok ore hok mu nk contact ni..ni dok..blh no terus g jupo..kn da salah ore..hu3

    hmm aku ingatkan dak popuan 2 da bg contact yg betul la..nama dia pn En.Azmi..mungkin ade hikmah disebaliknya kot..huhu

    M!Er4N says:

    pah 2 mu ingat sore jah ko hok nama azmi atas dunia ni..ha3

    dop la..dak popuan tuh ckp ni contact en.Azmi,seorang editor kt DBP..2 yg aku xde syak wasangka tuh..huhu

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme