Kampung Perangkap : Pusat Kraf Besi


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebelum ini pernahkah anda mendengar nama kampung perangkap? Mungkin tidak pernah kan? Kampung Perangkap merupakan sebuah perkampungan yang agak tersorok tetapi menyimpan banyak warisan budaya yang harus dikekalkan agar tidak lupus ditelan zaman.  Warisan budaya yang aku maksudkan ialah kraf besi seperti keris, badik dan golok. Untuk tampak lebih jelas, aku cuba memetik satu keratan akhbar yang mempunyai artikel berkaitan.

“PASIR MAS 19 Mac - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Negeri Kelantan akan membangunkan Kampung Perangkap di sini sebagai Pusat Pengeluaran Kraf Pandai Besi Negeri Kelantan berikutan peningkatan jualan di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

KAMARUZAMAN Idris (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen bengkel pandai besi kepada wakil pengusaha, Mat Ariffin Ibrahim di Kampung Perangkap, kelmarin.

Pengarahnya, Kamaruzaman Idris berkata, kampung tersebut dipilih disebabkan penduduknya menunjukkan kesungguhan dan telah mencapai sasaran pengeluaran barang kraf tangan yang ditetapkan oleh agensi itu.

Beliau memberitahu, sehingga kini terdapat 20 pengusaha kraf tangan yang mempunyai kemahiran dalam seni pertukangan besi di kampung berkenaan.

"Jualan tahunan mereka meningkat kepada RM198,000 pada 2009 berbanding RM32,000 pada permulaan pengenalan SDSI pada 2006.

"Sambutan terhadap jualan kraf tangan besi Kampung Perangkap juga meningkat apabila mencecah pendapatan sehingga RM15,000 pada Promosi Hari Kraf Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bengkel Pandai Besi di Kampung Perangkap di sini semalam.

Kamaruzaman berkata, kampung itu dikenal pasti mampu dimajukan di bawah program SDSI dan dua buah bengkel pandai besi di kampung itu dibangunkan pada 2008 untuk lima pengusaha.

Bagi meningkatkan pengeluaran, katanya, lima penduduk dipilih sebagai tenaga pelapis dan mengikuti latihan kemahiran di bengkel anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan.

''Mereka juga diberi pendedahan dalam bidang keusahawanan supaya bersama-sama aktif dalam menjual hasil kraf tangan berkenaan," ujarnya.

P/s: aku sungguh-sungguh merasa bangga menjadi anak kelahiran Kampung Perangkap kerana Kampung Perangkap telah berjaya bergerak lebih maju setapak kehadapan.

3 Response to "Kampung Perangkap : Pusat Kraf Besi"

  1. M!Er4N says:

    wow maju doh kg perangkap loni..masuk paper 2..huhuuh

    mieran:

    maju setapak kehadapan. Hal ini selaras dengan kehendak Datuk Fiz bagi mencapai kampung paling maju 2020..hahaha

    azwan suroto says:

    Salam,

    Saya pelajar UiTM Shah Alam, kini sedang membuat kajian untuk mengenali siapa tukang2 besi di negeri Kelantan, boleh saya mohon untuk mendapatkan maklumat tukang besi di kampung tersebut, sila hubungi saya melalui email azwansuroto@gmail.com untuk kita berbincang.

    terima kasih.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme