Mistik, Seram dan Lucu


Pada suatu malam, handphone aku mengeluarkan muzik dan menandakan terdapat seseorang yang menghantar mesej.  Lantas aku mencapai handphone dan terus membaca mesej tersebut.  “Fiz, aku nak ajak mu keluar minum sambil lepak-lepak kat kedai pelayan.  Jom la bro”.  Aku pun tanpa berfikir panjang, terus menerima pelawaan beliau. Al-maklum la pada waktu itu aku sangat keboringan dan tidak tahu hendak buat apa.

Ketika di kedai pelayan, seperti biasa aku dan rakan-rakan menceritakan kisah masing-masing.  Topik yang paling panas ialah tentang awek masing-masing.  Kebanyakan kawan aku menyindir kerana selalu juga aku menceritakan tentang seorang awek kepada mereka tetapi sampai kini aku tidak dapat menawan hatinya.   Sebenarnya aku memang suka kepada awek tersebut namun jika aku fikir balik, dia terlalu baik untuk aku.  Maka dengan itu, adalah lebih baik jika aku terus berkawan dengannya dahulu dan soal jodoh diketepikan dahulu.  Jika ada jodoh dengannya, alhamdulilah dan jika tiada jodoh, aku pasrah.

Selepas selesai minum dan cerita pasal kisah masing-masing, aku meminta izin untuk pulang kerana hari sudah lewat malam.  Lagian pula, mesti ma aku tidak berapa suka jika aku pulang lewat.  Aku tahu persis sikap dia kerana selagi aku tidak pulang, dia akan berjaga dan ia akan menganggu waktu tidurnya.  Ketika dalam perjalanan pulang, tetiba aku rasa lain macam bila melalui satu kawasan yang boleh dianggap keras.  Bulu roma aku meremang dan berdiri tetapi aku cuba membuang perasaan bukan-bukan yang bermain-main dalam diri. Lantas aku cuba menyanyi dan memecut motor kesayangan dengan lajunya hinggalah sampai ke satu selekoh. ‘’ Alamak, apa benda tuh”. Betul-betul berdiri di bawah cahaya lampu jalan dan memakai pakaian serba putih.  Aku mula rasa tidak sedap hati dan mulutku kumat-kamit cuba membaca ayat-ayat suci.  Aku terus memecut motor dengan lebih laju.  Ketika melalui lembaga tersebut, lembaga tersebut sempat menoleh melihat gelagat aku dan tidak semena-mena aku terpandang wajah lembaga tersebut..ya Allah!!!! . Apa jadi seterusnya??

Rupa-rupanya lembaga tersebut ialah jiran aku yang baru pulang daripada masjid.  Sebelum pulang dari masjid, dia singgah ke rumah temannya untuk bertanya khabar dan sebab itulah dia pulang agak lewat.

Bila teringatkan kisah ini, aku akan tersenyum sendirian kerana ia agak kelakar bagi aku walaupun terselit unsur-unsur seram yang mampu menggugurkan jantung.  Sekian,wasalam


2 Response to "Mistik, Seram dan Lucu"

  1. Unknown says:

    dari jauh ade nmpk x die punya kaki??huhu

    ::Azhieeda::

    hmm xnmpk ler..xberani nk ushar lebih2..hik2

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme