Utusan Publication..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebagaimana coretan aku yang lepas, aku ada menyatakan bahawa aku akan berjumpa dengan seorang editor bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.  Alhamdulilah syukur kepadaNya, aku telah berjaya menemukan En. Rozlan iaitu seorang editor sebuah syarikat yang diberikan label sebagai Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya aku mempunyai kesulitan dalam menemukan di mana letaknya syarikat ini. Hal ini kerana syarikat ini terletak di Jalan Shamelin, Cheras dan yang menyebabkan kesulitan ialah aku kurang mahir jalan sekitar Kuala Lumpur.  Hasil perbincangan dengan kumpulan aku, kami mengambil keputusan untuk mencari lebih awal di mana letaknya syarikat tersebut namun keadaan tidak mengizinkan, lantas kami pulang dengan kecewa.

Pada hari temujanji dengan En.Rozlan, kami telah bertolak awal kerana kami masih tidak tahu di mana letaknya syarikat Utusan Publication. Di saat otak aku berpinar-pinar memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah, kawan aku tidak semena-mena mengeluarkan handphone beliau. Lantas beliau berkata: jangan risau, handphone aku dilengkapi dengan sistem GPS dan insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yang betul.  Tidak semena-mena aku sangat teruja untuk menggunakan GPS.  Semua paparan dalam sistem GPS adalah tepat dan  akhirnya kami berjaya sampai ke Utusan Publication dengan selamat.  Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kecanggihan teknologi seperti GPS banyak memberikan manfaat kepada pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan cepat dan selamat.
 gambar kenang-kenangan bersama En.Rozlan ( Editor Utusan Publication)


Sebelum bertemu dengan En. Rozlan, kami menyangkakan beliau adalah seorang yang agak berumur namun telahan kami silap kerana beliau masih muda iaitu umurnya baru mencecah 33 tahun. Kami amat senang untuk berurusan dengan beliau kerana beliau juga seorang yang peramah dan mesra. Semasa sesi perkenalan antara En.Rozlan, dia menyatakan beliau berasal daripada Kelantan iaitu senegeri dengan aku. Namun begitu, kami perlu berkomunikasi menggunakan bahasa baku kerana pertemuan ini boleh dianggap sebagai formal.  Hasil temuramah yang dijalankan, kami mendapat input yang sangat banyak dan boleh digunakan dalam membuat tugasan yang diberikan.

Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada En. Rozlan kerana sudi ditemuramah. Jasa baik beliau dalam memberikan input berkaitan dengan tugasan, sangat kami hargai.  Sekian

2 Response to "Utusan Publication.."

  1. M!Er4N says:

    jupo jgk deh ore 2..ha3..income innity mu blh da ko?

    yup alhamdulilah..xtaw la cz aku lom check lg dlm akaun bank.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme