Erti Disebalik Kesetiaan..

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku pada masa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

 gambar hiasan semata-mata

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Cameron, AZZ dan Bukit Tandak..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Setelah hampir dua minggu aku tidak menulis, kini aku kembali untuk menulis. Sebagaimana yang telah aku beritahu, aku telah pulang ke kampung untuk menemui kedua ibu bapa, keluarga dan sahabat yang setia menanti kepulangan aku ke kampung.

Tidak banyak cerita yang boleh aku kongsikan dengan anda semua, cuma beberapa cebisan kenangan yang ingin aku kongsikan.

Kenangan pertama terlukis dalam diri aku ialah aku telah dipelawa kakak kesayangan aku untuk ke Cameron Highland. Untuk pengetahuan, ini merupakan baru kali kedua aku pergi ke sana. Bagi aku di sana, tidak banyak perkara menarik dan jika ada pun hanyalah pemandangan yang cantik, buah strawberi dan cuaca yang sejuk.

 kenangan d pintu masuk Cameron Valley
 pemandangan di ladang teh

***********************************************************************************************

Kenangan kedua ialah semua rakyat sekitar khususnya ahli kepada syarikat AZZ Marketting Berhad telah dijemput untuk menghadiri sambutan ulangtahun kedua syarikat tersebut. Maka aku juga tidak lepas peluang untuk ke majlis tersebut kerana terdapat banyak persembahan yang menarik. Antara persembahan yang disajikan ialah persembahan dikir barat, tarian budaya dan nyanyian artis jemputan iaitu Azreen dan Roy Kapilla. Ternyata persembahan tersebut berjaya menarik perhatian pengunjung termasuklah aku sekeluarga. Pada ketika itu, aku bersama keluarga dapat berkumpul dan berhibur sama-sama. Sesungguhnya kenangan ini tidak aku lupakan dalam hidup aku.

******************************************************************************************************** 

Kenangan ketiga tercipta bersama seorang sahabat aku. Pada satu malam yang sunyi, sahabat aku telah mengajak aku keluar menikmati udara malam.  Aku ada bertanya ke mana destinasinya, lantas sahabat aku menjawab “ikutlah ke mana-mana pun asalkan keboringan beliau terubat”. Lantas aku memecut motosikal menghala ke rantau panjang.  Semasa dalam perjalanan, terlintas dalam fikiran aku untuk melalui kampung bukit tandak kerana terdapat seorang kawan aku yang menduduki kawasan tersebut. Niat aku bukanlah untuk ke rumah beliau, aku cuma ingin mengenali perkampungan tersebut. Sebelum masuk ke perkampungan tersebut, kawan aku ada memberitahu bahawa jalan ke kampung tersebut agak menakutkan tetapi aku tetap gagahi juga untuk pergi. Ternyata dakwaan kawan aku benar kerana kawasan perkampungan tersebut berbukit, gelap dan kedudukan rumah adalah jauh antara satu sama lain. Walaupun kenangan ini menakutkan tetapi ternyata terdapat keseronokan terpacar antara dua sahabat.

Pengumuman Kepada Ibu-Ibu/Bapak-Bapak..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berdirinya aku disini adalah untuk memaklumkan bahawa tuan punya blog ini akan berehat selama hampir 2 minggu. Hal ini adalah beliau pulang ke kampung dan semasa di sana, jaringan internet tidak dapat dicapai sama sekali.





Oleh itu, beliau kemungkinan tidak akan meng’update blog ini. Sebarang kesulitan sangat dikesali dan harap maaf.

p/s: 1) diharapkan anda semua mendoakan tuan empunya blog ini selamat sampai ke kampung beliau.



Comments

Jom Tukar Domain Blogspot Kepada co.cc..


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini, terdetik dalam hati aku untuk membuat sedikit toturial untuk menukar domain blogspot..com kepada co.cc. Hal ini kerana ramai teman-teman yang bertanya mengenai domain terbaru aku yang kelihatan lebih ringkas dan mudah diingati. Baiklah ikutilah ‘step’ yang diberikan:

  • Fasa 1 : Register Account Dan Domain
1. Mula-mula create account dulu kat sini  www.co.cc


2. Pastu isi la borang tu elok-elok ye sampai la kat submit.

3. Lepas je submit, nanti akan terbukak la page nih


4. Korang klik kat 'getting a new domain'' tu ok

5. Masukkan domain yang korang nak dan klik 'check availability' cam kat gambar ni :

6. Lepas tu akan keluar pulak ni


7. klik kat continue registration tu dan bila siap akan keluar page ni


8. Korang kene set-up domain yang korang dah pilih tu dalam mase 48jam (2 hari). Kalau tak, diorang akan anggap korang batalkan registration tu. Jadi, klik jela kat 'set up' tu.

  • Fasa 2 : Pointkan Domain Baru ke Server Blogspot
Bende lain tak perlu kacau, kecuali zone record nih.

Langkah 1. Korang kene masukkan setup ni
Host : www.nameblog.co.cc
TTL : 1 D (value asal)
Type : CNAME
Value : ghs.google.com
Langkah 2. Pastu klik buton 'set up' lagi. Masukkan ni pulak
Host : akuebest.co.cc  --kat sini tak payah letak www (tukarkan akuebest kepada url   anda)
TTL : 1 D (value asal)
Type : A
Value : 216.239.32.21
Langkah 3. Ulang Langkah 2 dengan menukarkan Value kepada ni :
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21
Hasilnye akan jadi macam ni :



Maka siaplah proses pointing domain :) Seterusnye setup kat blogspot pulak
 

**Berkenaan naked domain tadi (domain bogel?? haha!!) wajib pointkan naked domain (tanpa www) ke server blogspot (yang empat IP tu tadi) supaye nanti bile kite taip alamat domain, tak payah letak www pon die akan auto redirect ke alamat kite.
  • Fasa 3 : Tukar Nama Domain Kat Blogspot
1. Login ke Blogger. Navigate ke Dashboard -> Setting -> Publishing. Pastu klik kat 'switch to custom domain'


2. Lepas tu 'switch to advance settings'


3. Masukkan domain yang korang dah register kat co.cc td


4. Masukkan 'word verification' dan 'save settings'. Pastu akan keluar ni pulak


5. Yang ni korang cume perlu 'check' redirect tu je. 'Save settings'. Siap

jika anda mempunyai sebarang masalah, sila hubungi aku di mr.beloved@yahoo.com.my

p/s: coretan ini disumbangkan oleh blogzaika.co.cc

Feromon..


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sejak kebelakangan ini, aku begitu tertarik dengan info tentang feromon. Hasil info daripada seorang sahabat blogger, aku telah melakukan ‘study’ sikit untuk mengenal apakah itu feromon, fungsi feromon dan kesan feromon. Aku harap anda semua ‘enjoy’ dengan info ini.

Apa itu feromon?
Ia adalah sejenis utusan kimia yang membawa maklumat mengenai seseorang dan membawa maklumat tersebut antara individu lain untuk dihantar ke spesies yang sama. Ia ditemui dalam organisme hidup dan bentuk utama komunikasi.

Perkataan pheromone, berasal dari Greek, pherin - untuk memindahkan, hormon - untuk merangsang. Feromon atau sebutannya Fi-rohh-mon, sebelum ini, ditemui pada serangga dan haiwan mamalia. Penemuan pada manusia hanya dikenal pasti dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini.

Ia dikenal pasti buat julung kalinya pada 1959, sebagai sejenis kimia yang dikeluarkan oleh haiwan untuk mencetuskan tindak balas tingkah laku reproduktif si penerimanya daripada spesies yang sama.

Robin Denselow, koresponden seni, mendefinisikan feromon sebagai, 'aroma' yang tidak dikenal pasti tanpa disedari oleh otak tetapi boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain.

Walaupun ia adalah sejenis kimia tanpa bau, tetapi feromon tetap diklasifikasikan sebagai kimia asas beraroma.

Bagaimana ia berfungsi?
Fungsi asasnya ialah untuk menarik perhatian. Pada kumbang atau semut, ia terdapat pada kelenjar di kepala, toraks atau abdomen.
Pada manusia, ia dihasilkan oleh kelenjar peluh (apocrine), bahan kimia yang hampir menyamai hormon, dikumuhkan oleh kelenjar endokrin.

Kelenjar apocrine terdapat pada ketiak, wajah, kulit dan kemaluan yang hanya aktif setelah seseorang baligh.

Bagaimana ia dikesan?
Saintis mendedahkan feromon dikesan oleh organ Vomeronasal (VNO) yang terletak dalam hidung. Ia kemudiannya dihantar ke hipotalamus pada bahagian tengah otak yang mengawal emosi manusia.

Feromon ini menghantar maklumat ke bahagian tarikan hipotalamus, keinginan seks dan individu terbabit sendiri tidak tahu mengapa ia berlaku.

Fakta kesan feromon
* Feromon yang terhasil dari tubuh wanita yang bekerja atau tinggal sebumbung boleh mempengaruhi kitaran haid wanita lain. Mereka dipercayai mempunyai tempoh kitaran haid yang sama.

* Feromon lelaki boleh menyebabkan kesihatan reproduktif pasangannya menjadi lebih subur, pusingan haid teratur dan gejala menopaus yang sederhana. Dengan erti kata lain, lelaki yang mempunyai 'bau' yang baik, memberi kesan positif pada mood dan status kesihatan wanita.

* Wanita yang biasanya menghadapi masalah pusingan haid yang terlalu singkat atau lama, secara puratanya pusingan haid akan teratur apabila mereka menghidu 'esen' lelaki. Ia terdiri daripada bahan asas peluh lelaki, hormon dan bau badan semula jadi.

* Feromon yang dimiliki oleh seorang ibu berjaya menarik bayinya ke buah dadanya atau bayi terbabit tahu memilih pakaian yang dipakai oleh ibunya dengan cara menghidu.


Tip Memikat Perempuan



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, aku ingin kongsikan tip memikat perempuan.  Tip ini bukan sahaja untuk kaum lelaki yang masih mencari pasangan, bahkan yang sudah mempunyai pasangan tetapi ingin mengukuhkan hubungan tersebut. Selamat membaca.

1) Ingat Tarikh Penting- Ini penting sebab menunjukkan yang kita ambil tahu tentang si dia. Contoh, tarikh lahir si dia. Jangan lupa sebab pantang nenek moyang si dia andainya pasangan cucu cicitnya lupa tarikh-tarikh penting. Lagi satu contoh, tarikh mula couple.

2) Bantu Ringankan Beban- Jangan berat tulang kalau mahu teruskan hubungan dengan si dia. Kalau pergi shopping tu, tolonglah bawa barang-barang yang di’beli si dia. Si dia suka sekiranya anda membantu, jadilah pasangan yang ideal buatnya.

3) Memberi Pujian- Ini yang paling indah bagi golongan perempuan. Cubalah memberi sedikit pujian kepada si dia, ada baik sekiranya anda ikhlas dalam memuji(ramai yang tidak ikhlas dalam memuji). Hindarkan perasaan malu/segan dalam memuji si dia, tidak romantiklah beb kalau malu/segan.

4) Jadi Pendengar Yang Baik- Walaupun si dia bercakap tentang hal-hal yang membosankan pada anda, layannnn je! Tidak perlu bagi reaksi sebab nanti kantoi yang anda tidak suka topic yang di’bincangkan. Ayuh mendengar!

5) Penuhi Hajat- Ini yang paling sukar, sebab tu kedudukannya di’akhir sekali. Kalau anda mampu penuhi hajat si dia, anda adalah orang yang paling bahagia dan akan mempunyai detik-detik hidup yang semuanya indah belaka. Kalau si dia kata bestlah lagu dalam album baru penyanyi baru tu, itu maknanya si dia bagi signal suruh beli album tersebut. So, tunaikan hajat si dia.


Niat Menjadi Isu..


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sudah begitu lama aku tidak meng’update’ blog ni kan? Maaf la ya kerana aku agak ketandusan idea sekarang ini.  Nak dikatakan sibuk dengan tugasan, sepatah haram aku belum memulakannya.

Pada hari selasa lepas, kumpulan aku ada membentangkan satu tugasan bagi subjek ::novel melayu::.tajuk tugasan ini ialah langkah-langkah awal yang dilakukan oleh penulis sebelum menghasilkan novel.  Pada mulanya agak pening dalam mendapatkan maklumat berkaitan kerana tiada rujukan sesuai yang membincangkan secara khusus tentang tajuk yang dinyatakan di atas.

Semasa perbincangan aku dengan ahli kumpulan, masing-masing mempunyai pendapat dalam menganalisis tajuk/soalan tugasan tersebut. Setelah beberapa ketika, kami telah menemukan jalan buntu. Oleh itu, kami bercadang untuk berjumpa dengan professor untuk mendapatkan pandangan dalam mencari rujukan yang sesuai untuk menjawab soalan tugasan yang diberikan.

Setelah berjumpa dengan professor, kami dicadangkan supaya memilih beberapa bahan penulisan berkaitan dengan ‘proses penciptaan’.  Selain itu, beliau juga mencadangkan kami melawat laman blog beberapa penulis novel.  Akhirnya kami dapat menyingkap beberapa maklumat untuk membentangkan tajuk/soalan tugasan tersebut.

Setelah tibanya hari untuk membentangkan tajuk tersebut, aku dan kawan-kawan mula gelabah kerana sudah lama tidak melakukan pembentangan.  Tatkala itu, terdapat juga suara-suara sumbang mengatakan “hai..senior pun masih gelabah nak melakukan pembentangan”.  Namun begitu, kata-kata tersebut tidak menjejaskan perasaan aku ketika itu.

Semasa pembentangan, ramai audien yang gelakkan aku. Adakah aku seorang badut atau pelawak?? Entah la, hanya mereka yang mengetahuinya.  Setelah berfikir sejenak, sebelum ini ramai pembentang menggunakan pendekatan secara serius dalam melakukan pembentangan tersebut dan ramai audien yang jemu serta mengantuk.  Oleh itu, dengan sedikit perangai aku yang gila-gila, aku ingin menggunakan pendekatan pembentangan secara santai dan lawak supaya ‘audien’ rasa tertarik untuk fokus terhadap pembentangan kumpulan aku.  Selain aku, ahli kumpulan aku juga mempunyai bakat yang tersendiri dalam pembentangan dan berjaya menarik perhatian ‘audien’ dengan cara tersendiri.

Semasa pembentangan juga, langkah awal pertama yang aku utarakan ialah niat dalam menulis novel.  Pada hakikatnya, sesuatu pekerjaan perlulah mempunyai niat supaya ia dapatkan dijayakan dan tidak terpesong daripada matlamat asal.  Ramai ‘audien’ yang tertawakan aku kerana meletakkan niat sebagai langkah awal pertama dalam menulis novel.  Selain itu, ramai ‘audien’ yang mempersoalkan niat dalam menulis novel. Ketika aku memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan yang dikemukakan ‘audien’, professor aku bertanya. Adakah niatnya berbunyi “sahaja aku menulis novel’ dengan nada lawak.  Kemudian semua ‘audien’ ketawa terbahak-bahak, namun aku harus cuba mempertahankan apa yang aku katakan.  Aku cuba menjawab semua soalan ‘audien’ tetapi aku tewas kepada 1 soalan kerana aku tidak pernah terpikir soalan itu akan ditanya. Soalannya berbunyi begini “ adakah menulis novel picisan hasil daripada niat??” walaupun tidak dapat menjawab soalan tersebut. Aku memberitahu kepada prof dan ‘audien’ bahawa soalan tersebut adalah kompleks.  Semua mereka yang berada di dalam kelas ketawa dengan jawapan yang aku berikan.

Selain daripada soalan yang dikemukan ‘audien’, prof juga meminta ‘audien’ supaya mengomen hasil pembentangan kumpulan aku. Alhamdulilah hampir keseluruhannya komen yang dilontarkan adalah positif. Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang memuji hasil pembentangan kami. 

Sebelum kelas tamat, prof juga telah memberikan komen keseluruhan pembentangan kami. Beliau mengatakan bahawa pembentangan kami sangat menarik dan memberikan sumbangan idea kepada ‘audien’. Aku terpinga-pinga sekejap dan rasa macam dah kembang hidung bila ramai yang memuji termasuk prof. Prof juga menjelaskan sumbangan kumpulan kami yang dimaksudkan ialah niat dalam menghasilkan novel. Beliau mengatakan tiada lagi orang yang membentangkan perkara tersebut.  Oleh itu, beliau mengatakan kumpulan kami merupakan pencetus kepada idea ini.  Tidak semena-mena, aku rasa gembira dengan kenyataan beliau.

Sebelum mengakhiri coretan ini, terdapat beberapa pesanan daripada aku

·         Coretan ini di’publish’ bukanlah bertujuan untuk bermegah tetapi sekadar untuk berkongsi cerita atau kegembiraan aku dengan anda semua.

·         Dalam melakukan pembentangan@presentation, anda harus pandai menawan perhatian ‘audien’ dengan cara tersendiri. Aku syorkan pembentang perlu memasukkan unsur lawak dalam pembentangan mereka supaya dapat menarik perhatian ‘audien” dan tidak timbulnya rasa mengantuk.

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme