Niat Menjadi Isu..


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sudah begitu lama aku tidak meng’update’ blog ni kan? Maaf la ya kerana aku agak ketandusan idea sekarang ini.  Nak dikatakan sibuk dengan tugasan, sepatah haram aku belum memulakannya.

Pada hari selasa lepas, kumpulan aku ada membentangkan satu tugasan bagi subjek ::novel melayu::.tajuk tugasan ini ialah langkah-langkah awal yang dilakukan oleh penulis sebelum menghasilkan novel.  Pada mulanya agak pening dalam mendapatkan maklumat berkaitan kerana tiada rujukan sesuai yang membincangkan secara khusus tentang tajuk yang dinyatakan di atas.

Semasa perbincangan aku dengan ahli kumpulan, masing-masing mempunyai pendapat dalam menganalisis tajuk/soalan tugasan tersebut. Setelah beberapa ketika, kami telah menemukan jalan buntu. Oleh itu, kami bercadang untuk berjumpa dengan professor untuk mendapatkan pandangan dalam mencari rujukan yang sesuai untuk menjawab soalan tugasan yang diberikan.

Setelah berjumpa dengan professor, kami dicadangkan supaya memilih beberapa bahan penulisan berkaitan dengan ‘proses penciptaan’.  Selain itu, beliau juga mencadangkan kami melawat laman blog beberapa penulis novel.  Akhirnya kami dapat menyingkap beberapa maklumat untuk membentangkan tajuk/soalan tugasan tersebut.

Setelah tibanya hari untuk membentangkan tajuk tersebut, aku dan kawan-kawan mula gelabah kerana sudah lama tidak melakukan pembentangan.  Tatkala itu, terdapat juga suara-suara sumbang mengatakan “hai..senior pun masih gelabah nak melakukan pembentangan”.  Namun begitu, kata-kata tersebut tidak menjejaskan perasaan aku ketika itu.

Semasa pembentangan, ramai audien yang gelakkan aku. Adakah aku seorang badut atau pelawak?? Entah la, hanya mereka yang mengetahuinya.  Setelah berfikir sejenak, sebelum ini ramai pembentang menggunakan pendekatan secara serius dalam melakukan pembentangan tersebut dan ramai audien yang jemu serta mengantuk.  Oleh itu, dengan sedikit perangai aku yang gila-gila, aku ingin menggunakan pendekatan pembentangan secara santai dan lawak supaya ‘audien’ rasa tertarik untuk fokus terhadap pembentangan kumpulan aku.  Selain aku, ahli kumpulan aku juga mempunyai bakat yang tersendiri dalam pembentangan dan berjaya menarik perhatian ‘audien’ dengan cara tersendiri.

Semasa pembentangan juga, langkah awal pertama yang aku utarakan ialah niat dalam menulis novel.  Pada hakikatnya, sesuatu pekerjaan perlulah mempunyai niat supaya ia dapatkan dijayakan dan tidak terpesong daripada matlamat asal.  Ramai ‘audien’ yang tertawakan aku kerana meletakkan niat sebagai langkah awal pertama dalam menulis novel.  Selain itu, ramai ‘audien’ yang mempersoalkan niat dalam menulis novel. Ketika aku memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan yang dikemukakan ‘audien’, professor aku bertanya. Adakah niatnya berbunyi “sahaja aku menulis novel’ dengan nada lawak.  Kemudian semua ‘audien’ ketawa terbahak-bahak, namun aku harus cuba mempertahankan apa yang aku katakan.  Aku cuba menjawab semua soalan ‘audien’ tetapi aku tewas kepada 1 soalan kerana aku tidak pernah terpikir soalan itu akan ditanya. Soalannya berbunyi begini “ adakah menulis novel picisan hasil daripada niat??” walaupun tidak dapat menjawab soalan tersebut. Aku memberitahu kepada prof dan ‘audien’ bahawa soalan tersebut adalah kompleks.  Semua mereka yang berada di dalam kelas ketawa dengan jawapan yang aku berikan.

Selain daripada soalan yang dikemukan ‘audien’, prof juga meminta ‘audien’ supaya mengomen hasil pembentangan kumpulan aku. Alhamdulilah hampir keseluruhannya komen yang dilontarkan adalah positif. Terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang memuji hasil pembentangan kami. 

Sebelum kelas tamat, prof juga telah memberikan komen keseluruhan pembentangan kami. Beliau mengatakan bahawa pembentangan kami sangat menarik dan memberikan sumbangan idea kepada ‘audien’. Aku terpinga-pinga sekejap dan rasa macam dah kembang hidung bila ramai yang memuji termasuk prof. Prof juga menjelaskan sumbangan kumpulan kami yang dimaksudkan ialah niat dalam menghasilkan novel. Beliau mengatakan tiada lagi orang yang membentangkan perkara tersebut.  Oleh itu, beliau mengatakan kumpulan kami merupakan pencetus kepada idea ini.  Tidak semena-mena, aku rasa gembira dengan kenyataan beliau.

Sebelum mengakhiri coretan ini, terdapat beberapa pesanan daripada aku

·         Coretan ini di’publish’ bukanlah bertujuan untuk bermegah tetapi sekadar untuk berkongsi cerita atau kegembiraan aku dengan anda semua.

·         Dalam melakukan pembentangan@presentation, anda harus pandai menawan perhatian ‘audien’ dengan cara tersendiri. Aku syorkan pembentang perlu memasukkan unsur lawak dalam pembentangan mereka supaya dapat menarik perhatian ‘audien” dan tidak timbulnya rasa mengantuk.

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme