Feromon..


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sejak kebelakangan ini, aku begitu tertarik dengan info tentang feromon. Hasil info daripada seorang sahabat blogger, aku telah melakukan ‘study’ sikit untuk mengenal apakah itu feromon, fungsi feromon dan kesan feromon. Aku harap anda semua ‘enjoy’ dengan info ini.

Apa itu feromon?
Ia adalah sejenis utusan kimia yang membawa maklumat mengenai seseorang dan membawa maklumat tersebut antara individu lain untuk dihantar ke spesies yang sama. Ia ditemui dalam organisme hidup dan bentuk utama komunikasi.

Perkataan pheromone, berasal dari Greek, pherin - untuk memindahkan, hormon - untuk merangsang. Feromon atau sebutannya Fi-rohh-mon, sebelum ini, ditemui pada serangga dan haiwan mamalia. Penemuan pada manusia hanya dikenal pasti dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini.

Ia dikenal pasti buat julung kalinya pada 1959, sebagai sejenis kimia yang dikeluarkan oleh haiwan untuk mencetuskan tindak balas tingkah laku reproduktif si penerimanya daripada spesies yang sama.

Robin Denselow, koresponden seni, mendefinisikan feromon sebagai, 'aroma' yang tidak dikenal pasti tanpa disedari oleh otak tetapi boleh mempengaruhi tingkah laku orang lain.

Walaupun ia adalah sejenis kimia tanpa bau, tetapi feromon tetap diklasifikasikan sebagai kimia asas beraroma.

Bagaimana ia berfungsi?
Fungsi asasnya ialah untuk menarik perhatian. Pada kumbang atau semut, ia terdapat pada kelenjar di kepala, toraks atau abdomen.
Pada manusia, ia dihasilkan oleh kelenjar peluh (apocrine), bahan kimia yang hampir menyamai hormon, dikumuhkan oleh kelenjar endokrin.

Kelenjar apocrine terdapat pada ketiak, wajah, kulit dan kemaluan yang hanya aktif setelah seseorang baligh.

Bagaimana ia dikesan?
Saintis mendedahkan feromon dikesan oleh organ Vomeronasal (VNO) yang terletak dalam hidung. Ia kemudiannya dihantar ke hipotalamus pada bahagian tengah otak yang mengawal emosi manusia.

Feromon ini menghantar maklumat ke bahagian tarikan hipotalamus, keinginan seks dan individu terbabit sendiri tidak tahu mengapa ia berlaku.

Fakta kesan feromon
* Feromon yang terhasil dari tubuh wanita yang bekerja atau tinggal sebumbung boleh mempengaruhi kitaran haid wanita lain. Mereka dipercayai mempunyai tempoh kitaran haid yang sama.

* Feromon lelaki boleh menyebabkan kesihatan reproduktif pasangannya menjadi lebih subur, pusingan haid teratur dan gejala menopaus yang sederhana. Dengan erti kata lain, lelaki yang mempunyai 'bau' yang baik, memberi kesan positif pada mood dan status kesihatan wanita.

* Wanita yang biasanya menghadapi masalah pusingan haid yang terlalu singkat atau lama, secara puratanya pusingan haid akan teratur apabila mereka menghidu 'esen' lelaki. Ia terdiri daripada bahan asas peluh lelaki, hormon dan bau badan semula jadi.

* Feromon yang dimiliki oleh seorang ibu berjaya menarik bayinya ke buah dadanya atau bayi terbabit tahu memilih pakaian yang dipakai oleh ibunya dengan cara menghidu.


6 Response to "Feromon.."

  1. memg menarik feromon2 nih....antara nikmat2 Allah yg unik...hehe

    ::hayati::
    hmm btl2..skrg sy suka mengemukakan topik pasal feromon kt teman2..diorg pn teruja mendengarnya..hehe

    lg satu kn bila da byk bace n tau tentng feromon ni, fiz rasa logik x tgk muka dlm fb atau ape2 tetibe bole jatuh cinta n syg sekelip mata???

    mjawab pertanyaan tersebut,rasa xlogik dan tidak melibatkan feromon..maybe ia boleh dikaitkan dgn cinta nafsu atau cinta dari syaitan..subhanaAllah

    M!Er4N says:

    salam..sblm bc post ni aku ingt feromon ni sejenis digimon ke pokemon ke..huhuhu..pas bc bru ku thu apa sbnarnya feromon..hahahaha

    ::mieran::

    wasalam..waduh ade2 je ko nih..klu nk ngorat popuan,mu kena tingkatkan perembesan hormon feromon la yer,bru bkesan..hik2

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme