NaSiB oH nAsiB...

Tit..tit..tit… masa terus berlalu, bermula dari saat, minit hingga ke jam tapi mengapa aku tidak boleh tidur..adakah aku terkena penyakit insomnia?? Arghhh tidakkk…aku xboleh berterusan mcm ni cz hampir semua paper yang aku ambil bermula jam 9.00 pagi..

Sebenarnya banyak perkara sedang aku fikirkan pada waktu ini. Perkara-perkara tersebut terus blegar dalam benak fikiran aku hingga membuatkan kepala aku bertambah pening memikirkannya. Perkara utama yang berlegar dalam fikiran aku skrg ni ialah tentang kehilangan fail aku yang mengandungi dokumen2 yang penting. Dokumen yang aku maksudkan ialah markah penilaian prestasi pelajar praktikal.. Silap aku jugak cz aku lalai dan ditambah pula tabiat aku yang seorang pelupa..

Selain itu, aku juga memikirkan musibah yang telah berlaku terhadap diri aku…aku telah kehilangan duit sebanyak rm50..cz yang pasti perkara ini terjadi ialah sifat aku yang lalai dan pelupa..ya Allah tolong la hambamu ini agar tabiat lalai dan pelupa dihapuskan dalam diri aku..memang benar berdoa tanpa usaha tidak akan menjadi..so aku akan terus berusaha..chayok2 aja2 fighting

Comments Links to this post
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme