Alergik


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada hari ini aku nak bercakap mengenai alergik. Pernahkah sebelum ini anda mendengar perkataan alergik? Mungkin pernah la kan. Baiklah di sini aku huraikan serba sedikit mengenai alergik dan jenis-jenisnya.  Selamat membaca



Alergik ialah reaksi badan terhadap pendedahan kepada benda asing yang tertentu. Reaksi alergik ini hanya berlaku setelah sistem imuniti badan mengalami pensensitifan akibat pendedahan pertama benda asing itu. Pensensitifan sistem imuniti badan ini dikenali sebagai kehipersensitifan.

Terdapat 4 jenis alergik iaitu:

Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik

Kehipersensitifan jenis I bertindak hanya pada saluran darah dan, sel otot lembut pada badan manusia. Pembentukannya berlaku dalam tempoh yang cepat berbanding kehipersensitifan lain, iaitu lazimnya kurang daripada sejam selepas terdedah kepada agen alergik tersebut. Tindakan berlaku apabila, mediator primari dibebaskan oleh sel mast dan basofil yang telah disensitifkan oleh immunoglobulin E. Mediator primari ini yang bersifat vasoaktif dan spasmogenik, akan mengakibatkan saluran darah dalam badan mengalami pengembangan, dan sel otot lembut bronkus mengecut lalu mengakibatkan bronkospasma. Jikalau serangan alergik ini tidak terkawal, ia akan menyebabkan kejutan anafilaktik dimana seseorang itu mengalami risiko untuk mati akibat hipoksia. Contoh reaksi alergi ini ialah, sengatan lebah.

Kehipersensitifan jenis II atau jenis sitotoksik

Kehipersensitifan jenis II bertindak apabila sel atau tisu seseorang itu diserang oleh antibodinya melalui lisis atau fagositosis. Ia berlaku apabila, sesuatu agen alergik bercantum pada sel badan, lalu dikenalpasti oleh antibodi immunoglobulin M atau G. Antibodi tersebut lalu bercantum pada kompleks sel badan dan agen alergik itu, dan mengakibatkan kompleks itu terdedah kepada fagositosis. Contoh reaksi alergik ini ialah, transfusi darah asing.

Kehipersensitifan jenis III atau jenis kompleks imuniti

Kehipersensitifan jenis III bertindak apabila kompleks imuniti terbentuk daripada percantuman agen alergik dan antibodi. Hasil daripada percantuman ini, kompleks imuniti yang banyak terbentuk lazimnya dalam keadaan suntikan bahan asing ke dalam badan, akan mengakibatkan kompleks tersebut banyak terendap dalam saluran darah lalu merosakkannya. Conth reaksi alergik ini ialah suntikan serum asing.

Kehipersensitifan jenis IV atau jenis kawalan sel

Kehipersensitifan jenis IV bertindak apabila sel limfosit T CD4 mengenal pasti kehadiran agen alergik, lalu mengakibatkan serangan pada agen itu dengan pembentukan komplemen. Contoh reaksi alergik ini ialah, suntikan Tuberkulin untuk menguji jangkitan tuberkulosis dalam badan.

6 Response to "Alergik"

  1. pak long says:

    salam.
    kalau ilmu perguruan..ni ambik kos pendidikan kesihatan..ada la blajor bab ni..

    wasalam..
    so pak long ada belajar la pasal nih..sebenarnya pak long..sy ade penyakit nih..camner eh nk berubat..dah banyak kali jmpa doc tp xsembuh2..huhu

    sabar la fiz...Allah turunkn tiap penyakit bersama ubatny kecuali mati......kt nabi.. kita kena yakin kn???

    ::hayati::

    yup ngah bsabar la nih..btl kata awk tuh..maybe sy yg belum ketemu ubatnya lg..awk doakan sy cepat sembuh la yer..thanks

    nich says:

    sy alergik pada bahan2 besi.. contohnye jam tangan.. keronsang.. hahaha camne tu? hahahahaha waaaaa

    NichKhun::

    ramai jugak popuan yang alergik bila memakai barang2 besi..mengikut hasil pengetahuan sy,alergik xde ubat..maka saranan sy ialah awk tidak blh @ pantang memakai barangan besi..pkailah barangan yg diperbuat daripada emas,intan,berlian,zamrud dan bla x3..huhu

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme