Sahabat Kepada Kekasih..

Apakah yang diinginkan pasangan sahabat atau kekasih? Ada pasangan sahabat lebih selesa terus menjadi sahabat.

Tidak kurang juga yang mendapati perkongsian masa dan banyak persamaan dari segi sikap, nilai serta kegemaran adalah petanda baik untuk mengalihkan persahabatan kepada sesuatu yang lebih mendalam iaitu percintaan.

Cinta wujud dalam pelbagai jenis, antaranya jenis persahabatan. Cinta boleh berlaku jika berlaku perasaan suka yang mendalam kepada seorang yang benar-benar memahami dan sesuai dengan diri kita. Perhubungan ini hanya berlaku dengan orang tertentu sahaja dan lazimnya kepada sahabat baik.

Dalam perhubungan ini, ada kalanya jika perasaan cinta wujud antara kedua-dua pihak, ia disalahertikan. Akibatnya, hubungan persahabatan terbabit akan berubah dan ia tidak seperti dulu lagi.

Tanda positif bagi pasangan sahabat yang bersedia menukar hubungan persahabatan kepada percintaan antaranya, kedua-duanya bersedia mengambil risiko dan mengalihkan persahabatan kepada perhubungan yang lebih mendalam.

Disamping itu, salah seorang lebih berminat berdampingan dengan sahabatnya berbanding orang lain. Masing-masing bersedia melabur lebih banyak masa untuk satu perhubungan yang lebih jelas dan bermakna.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme