Orang atau Ikan??



Orang yang paling hebat berenang di planet bumi ini mungkin Martin Strel, lelaki Slovenia yang kini berusia 56 tahun.  Sehingga kini, Martin memegang banyak rekod yang menakjubkan, antaranya berenang tanpa henti paling lama, iaitu selama 84 jam 10 minit.  Rekod itu dilakukannya pada 2001 dengan berenang menyusuri Sungai Danube bagi jarak 504 kilometer.

Sebelum itu, pada tahun 2000, Martin Strel telah berenang di sepanjang Sungai Danube sejauh 3,004 kilometer dalam masa 58 hari tetapi ia dilakukan dengan berhenti rehat beberapa kali setiap hari.

Pada julai 2002, Martin Strel berenang sepanjang Sungai Mississippi sejauh 3,885 kilometer selama 68 hari.  Pada tahun 2003, Martin Strel menambah koleksi rekodnya dengan berenang sepanjang Sungai Parana, Argentina sejauh 1,930 kilometer.  Pada jun 2004, Martin Strel sekali lagi menjadi ‘ikan’ dengan berenang menyusuri Sungai Yangtze, China, sejauh 6,300 kilometer.-

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme