The Last Airbender : Kuasa Magis Penyelamat Dunia



Sebut sahaja nama M Night Shyamalan, pasti terbayang filem menarik yang pernah dihasilkan seperti The Sixth Sense (1999), Unbreakable (2000) dan Signs (2002).
Pengarah berasal dari India yang mencipta nama di Hollywood itu terus cenderung menghasilkan kisah misteri setiap kali berkarya.

Tahun ini, Shyamalan kembali dengan filem terbaru, The Last Airbender yang ditayangkan sejak 1 Julai lalu di Amerika Syarikat dan baru saja menemui penonton di Malaysia, semalam. Seperti jangkaan penonton terhadap karyanya, Shyamalan sendiri tampil dengan kisah berkonsep fantasi dan aksi yang unik.

Kali ini, Shyamalan menampilkan bakat baru, Noah Ringer, bergandingan bersama Dev Patel, Nicola Peltz, Jackson Rathbone dan Aasif Mandvi.

Secara ringkas, plot filem baru ini mengisahkan seorang budak berusia 10 tahun iaitu Aang lakonan Ringer yang terpaksa mengetepikan zaman kanak-kanak.

Hakikat ini kerana menggalas tanggungjawab menyelamatkan penduduk bumi daripada ancaman penjahat yang mempunyai kuasa luar biasa. Menggunakan elemen semula jadi iaitu air, udara, bumi dan api, Aang memulakan penjelajahan menemui Master Waterbending untuk memburu keamanan sejagat. Di sebalik memahami dunia fantasi ciptaan Shyamalan, filem ini mendapat komen negatif pula daripada pe ng kritik.

Bagi Shyamalan, dia tetap berusaha menggambarkan kisah menarik yang yang ada hubung kait dengan panda ngan kanak-kanak.

Katanya, filem seram dan aksi sudah menarik minatnya sejak kecil lagi hingga dia sendiri mahu menghasil kan seperti itu setiap kali mengarah. “Saya juga peminat cerita asal ini yang ditayangkan di kaca TV. Namun, apa yang menjadi inspirasi saya adalah idea asal yang dibawakan Miyazaki. Projek filem ini dimulakan sejak tiga tahun lalu. Memang versi TV dianggap berjaya tapi ia bukan hanya bergantung kepada ‘rating’ semata-mata, sebaliknya kisah dan mesej yang ditonjolkan.

“Saya percaya 85 peratus penonton yang menyaksikan filem ini mahu menonton suatu yang segar. Saya juga suka kalau penonton me nyaksikan versi filem dan TV agar mereka boleh menilai bagaimana saya menghasil kan versi filem dari aspek berbeza.

“Sebagai pengarah, saya mahukan filem ini mewujudkan tanda tanya di kalangan penonton yang tidak menjangka babak dipaparkan,” katanya. Aktor Dev Patel yang pernah mencipta nama menerusi filem Slumdog Milionaire pula berkata, keraguan menghantui dirinya ketika mula-mula membaca skrip. Dalam filem ini, aktor berusia 20 tahun itu diberi kepercayaan membawa watak sebagai Putera Zuko.

“Awalnya, perasaan saya mengatakan saya tidak pasti untuk berlakon dalam filem ini. Sebenarnya, kritikan negatif yang dilemparkan terhadap filem ini memberikan lebih semangat kepada saya memperbaiki lagi mutu lakonan.

“Dulu saya sendiri tidak tahu sama ada usaha saya berbaloi dalam Slumdog Milionaire sehingga filem itu meraih pelbagai anugerah.

“Namun, selepas mendapat banyak pujian dalam filem itu dan kemudian dikritik hebat menerusi filem ini, saya anggap ia sesuatu yang bagus untuk kerjaya saya,” katanya.-agensi

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme