Ratu Ular Malaysia..

Semalam, Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan,24 tahun, membuktikan keberanian mencium ular tedung selar berbisa sebagai tanda penutup tirai persembahannya di Muzium kelantan.



Dengan memegang dua ekor ular sawa, anak kelahiran Subgai Petani, kedah itu tampak ceria kerana dapat menghabiskan ujian tinggal bersama 100 ekor ular berbisa sebelum keluar dari bilik kaca berukuran 10X10 meter pada jam 10 malam. Sebagai penutupan majlis itu, Puteri membuat kejutan kepada lebih 300 orang penonton dengan mencium ular tedung selar berbisa berukuran kira-kira 4 meter secara spontan.

Sebelum ini, Puteri dikatakan telah pengsan semasa berada dalam bilik kaca tersebut.  Ramai beranggapan dia terkena patukan ular berbisa namun sebaliknya dia hanya keletihan kerana seharian mengadakan persembahan.

Selain dari Muzium Kelantan, Puteri pernah mengadakan pertunjukan di seluruh tanah air serta luar negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme