Aku Bangga Jadi Rakyat Malaysia..



Hari ini Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-53. Apa yang lebih istimewa lagi ia disambut pada Ramadan yang mulia. Apapun, dalam tempoh 53 tahun ini, banyak kemajuan sudah diraih termasuk pencapaian dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, pembangunan dan perdagangan.



Justeru, dengan tema 1Malaysia Menjana Tranformasi, aku harap Malaysia lebih berjaya pada masa akan datang. Bagi memastikan segala misi dan matlamat ini menjadi kenyataan, perpaduan kaum menjadi keutamaan. Oleh itu, golongan muda kini memikul tanggungjawab untuk terus bersatu padu.



p/s: kepada semua kawan2. selamat menyambut hari kemerdekaan  Malaysia ke-53 yer..Semalam adalah sejarah dan esok adalah masa hadapan..Semoga Malaysia sentiasa makmur dan aman sejahtera..merdeka! merdeka! merdeka!

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme