Jika Anda Diberhentikan Kerja


Anda dipecat!! Siapa yang tidak terkejut dan tertekan apabila mendengar pihak atasan mengucapkan kata-kata ini.  Kehidupan yang awalnya serba terancang pasti terancam jika anda diberhentikan.  Selain nama baik tercemar gara-gara status ‘pengangguran akibat pemecatan’, anda pasti pening kepala kerana masih tidak mempunyai alternative untuk menjana pendapatan.  Bukan sahaja untuk berhiburan, wang yang diperuntukan untuk keperluan juga sudah semakin susut. 

Tidak dapat disangkal, diberhentikan kerja memberikan kesan yang tidak menyenangkan.  Apa lagi jika anda dipecat kerana kesalahan kecil.  Secara tidak langsung, anda akan terus merasa salah dan kepercayaan diri semakin menurun.  Namun anda tidak harus terus bersedih.  Anda harus memotivasikan diri untuk terus bekerja.


TERUS MAJU

Segera susun rancangan anda untuk masa hadapan.  Mulakan dengan mengirim resume ke beberapa syarikat yang bergerak dalam bidang sama seperti syarikat yang pernah anda bekerja.  Jangan pula terus setia pada jawatan yang sama seperti syarikat lama.  Anda boleh sahaja mencuba untuk jawatan berbeza, apa lagi jika di syarikat sebelumnya anda belum pernah berpeluang mencuba tugas-tugas dari jawatan tersebut.

PRODUKTIF

Memperolehi pekerjaan baru memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri, bukan sahaja dengan jawatan yang dipegang tetapi juga persekitaran.  Walaupun begitu, anda harus melaksanakannya dengan produktif dan positif.  Cuba gali semua potensi dalam diri anda.  Seandainya anda mampu untuk berbahasa asing, anda boleh sahaja menjadi tenaga pengajar atau mendaftar sebagai tutor.

Masa lapang menunggu peluang pekerjaan boleh anda manfaatkan untuk mendalami potensi diri seperti mendalami bidang yang suatu ketika dulu menjadi minat anda.  Jika selama ini anda terpaksa membiarkan minat anda begitu sahaja, kini sudah tiba masanya untuk anda melaksanakannya dan ia mungkin menjadi sumber pendapatan anda.  Jika tidak, anda boleh sahaja menggunakan masa terluang ini untuk menanam wawasan diri.  Tambahan pula, kecenderungan syarikat hanya mempertahankan pekerja yang berkualiti tinggi ketika mengalami krisis global.  Gunakan tabungan untuk menyertai kursus yang mendukung pekerjaan nanti.

JUJUR DAN TERBUKA

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya ada syarikat tertarik untuk temuduga anda.  Jangan mensia-siakan kesempatan ini.  Bekalkan diri dengan penampilan rapid an sopan serta bersedia menjawab pertanyaan penemu duga.  Jika anda dipecat dengan kekhilafan anda, kemukakan kesalahan anda tersebut secara objektif tanpa menyalahkan pihak lain.  Bersikap jujur adalah penyelesaian tepat kerana syarikat baru ini boleh mengsahkan dengan majikan terdahulu.  Jika diungkapkan dengan baik, anda mendapat nilai tambah kerana sudah berlaku jujur.

Selanjutnya, hanya tinggal membina komitmen kerja yang baik dan semangat juang tetap tinggi supaya syarikat baru mempercayai potensi anda.  Tetap semangat!.

AGAR TIDAK DIPECAT KALI KEDUA

Supaya tidak dipecat buat kali kedua, perhatikan perkara berikut: ketahui hak dan kewajipan anda berkaitan dengan prosedur kerja di syarikat baru.  Berikan sumbangan kepada syarikat, jalinkan komunikasi yang baik dengan pihak atasan, rakan sekerja dan bawahan serta bersedia untuk belajar perkara baru dan terbuka terhadap kritikan.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme