TIP HINDARI PENCERAIAN





Komunikasi dua hala

Biasakan diri untuk saling berkomnikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika berada berjauhan.  Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai.  Ketidakharmonian rumah tangga biasa bermula dari kurangnya komunikasi dua hala antara suami dan isteri.  Masing-masing menyimpan masalah sehingga seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Keterbukaan tentang masalah seks

Masalah seks ternyata antara sebab berlakunya penceraian.  Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan keturunan, juga adalah untuk reaksi atau kesenangan dan ekspresi cinta.  Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menhilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual.  Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan.  Namun perlu diingat, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda.  Begitu juga sebaliknya.

Menerima pasangan seadanya.

Ketika seorang lelaki dan wanita berumah tangga dan hidup sebumbung, maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah.  Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan.  Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing.  Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik.  Antaranya seperti perbezaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang, dan keperibadian.  Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

Jangan berbohong

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing bukan! Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang dengan pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak sehingga berlarutan ke lewat malam.  Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan.  Perlu anda tahu perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong bagi pasangan adalah perkara biasa.  Supaya perkara ini tidak terjadi maka sebaikna anda ceritakan saja pasa pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

Jangan cemburu berlebihan

Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tanda sayang.  Tapi itu bukan bermakna anda atau pasangan anda boleh cemburu buta.  Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca dari faktor ini.  Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap tidak terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua bersama dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan sedangkan dia keluar atas urusan kerja dan inilah disebut  sebagai cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

Hindaran kecurangan

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau keluhan oleh pasangan.  Contohnya, si suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah.  Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tapi tidak diendahkan.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasa kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain.  Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudiannya berusaha untuk menyelesaikannya.

Cari orang tengah

Sekiranya masalah  yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah.  Orang ketiga itu haruslah dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali.  Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita atau mengadu kepada jiran, rakan mahupun teman sepejabat.

Pasrah pada Yang Maha Esa

Berhadapan dengan masalah rumah tangga, perasan emosi memang membuak-buak.  Namun jangan dibelenggu dengannya.  Berdoa dan pasrahkan diri kepada Yang Maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.


Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme