EKSTRAK BIJI ANGGUR BANTU CEGAH SEL KANSER



Sebuah kajian terbaru menunjukkan bahawa lebih daripada ¾ sel leukemia yang terdedah kepada ekstrak biji anggur mati dalam tempoh 24 jam.  Sel-sel leukemia yang diuji di makmal ini mati tanpa menganggu sel-sel yang lain.

Para pengkaji dari Universiti Kentucky menemui bahawa ekstrak biji anggur ini mengaktifkan protein apotosis yang boleh mematikan sel kanser.  Hasil penemuan sel ini menunjukkan ekstrak biji anggur boleh digunakan sebagai agen pencegahan dan pengubatan penyakit berbahaya seperti kanser.

Menurut penulis kajian, Xianglin Shi, profesor  dari Graduate Center for Toxicology Kentucky University, kajian ini masih di peringkat awal tetapi kemungkinan manfaatnya amat baik.

Di dalam kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan boleh membantu mencegah perkembangan kanser dan flavanoid serta ekstrak biji anggur boleh mematikan sel kanser serta mengurangi risiko tumor tertentu.

Jadi, Shi cuba untuk memasukkan ekstrak biji anggur ke dalam sel-sel leukemia dengan dos yang berbeza-beza.  Apa yang ditemuinya, dos yang lebih tinggi menyebabkan apotosis yang lebih banyak pada sel leukemia tetapi tidak mempengaruhi sel-sel normal atau sel-sel sihat yang lain.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme