LELAKI PERLU MAKAN BANYAK SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN



Mengapa lelaki memerlukan lebih banyak buah dan sayuran berbanding wanita?  Jawapanya ialah lelaki mempunyai risiko kesihatan yang lebih besar terhadap beberapa penyakit jika dibandingkan dengan wanita.  Sebaik-baiknya, masukkan sembilan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.  Wanita pula, cukup jika mengambil tujuh sajian sahaja.






Ini kerana, buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak nutrisi penting dan kuat seperti vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang berperanan melawan penyakit serta mengurangi risiko berbagai jenis kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.

Sajian yang dicadangkan untuk lelaki adalah lebh banyak kerana lebih 2/3 lelaki berlebihan berat badan serta mempunyai risiko kematian akibat penyakit tertentu seperti penyakit kardiovaskular, kanser paru-paru dan kanser colorectal.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme