Motosikal Polis Memecut Seperti Porsche 911 Carrera..

polis Chichester sedang menguji kehebatan motosikal barunya..


CHICHESTER - Polis Britain kini menguji sebuah motosikal berkuasa tinggi beroda tiga yang boleh memecut 96 kilometer sejam dalam masa 4.5 saat menyamai kereta Porsche 911 Carrera, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak dua buah model motosikal itu, Can-Am Spyder Roadster yang berupaya dipandu pada kelajuan mencecah 201 kilometer sejam kini digunakan polis trafik di Sussex. Motosikal itu dipinjam daripada pengeluarnya untuk tempoh percubaan selama sebulan.
Pengurus firma Collison Recreational Ltd., Adrian Yeomans berkata, motosikal berharga £20,939 (RM104.842) sebuah itu lebih selamat berbanding model biasa dan ia boleh ditunggang dengan cuma memiliki lesen memandu kereta.
Firma dari Kanada itu mengambil idea asas daripada rangka mesin pemotong rumput untuk mencipta motosikal tersebut. - Agensi @ kosmo

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme