Tip BerBelanJA di BULan RamaDhaN

Salam Ramadhan dan salam perpaduan. Hari ini aku berbesar hati hendak berkongsi tips berbelanja pada bulan Ramadhan. Maafkan aku kerana agak lewat untuk mengemukakan tips ini. Aku tahu hari raya akan bakal menjelma tidak lama lagi namun bagi aku tidak salah untuk aku berkongsi tips ini dengan anda semua. Puasa kan ada 9 hari lagi, betul ke tak??

Apabila bulan puasa tiba, maka seperti biasa bazar-bazar ramadhan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa pun dilihat meriah di sana -sini. Sudah tentulah apabila mengunjungi bazar ramadhan dalam ketika perut kosong benar-benar menguji nafsu dan tabiat berbelanja kita. Menurut kajian, ketika keadaan perut kosong seseorang itu lebih mudah berbelanja dengan berlebihan berbanding dalam keadaan perut yang kenyang. Oleh itu, adalah lebih baik kita senaraikan dulu apa sahaja keperluan perbelanjaan untuk berbuka puasa lebih awal iaitu ketika perut kita baru sahaja diisi dengan makanan. Contohnya, senarai keperluan untuk berbuka puasa telah disediakan lebih awal iaitu pada malamnya atau pun selepas selesai bersahur. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya kita dapat menyenaraikan keperluan dengan lebih rasional berbanding ketika perut kosong di siang hari yang lebih banyak menyenaraikan kemahuan menurut nafsu dan bukannya keperluan sebenar kita.

Akhir kata, bijaksana la dalam berbelanja. Beli ikut keperluan dan bukannya ikut kemahuan. sekian

2 Response to "Tip BerBelanJA di BULan RamaDhaN"

  1. Anonymous says:

    betul 2 kawan, kadang-kadang dalam Nak beraya ni kita berbelanja ikut nafsu je,,,,,itu lah sebenarnya Islam ajar umatnya melihat penderitaan golongan yang kurang bernasib baik n memberikan zakat agar semua manusia dimuka bumi ini sedar bahawa ramai lagi manusia tak ada ape yang kita ada..........sekadar renungan untuk 10 malam terakhir ini....slmt hari raya kawan.

    thank cz sudi meninggalkan komen anda..selamat hari raya jgk..maaf zahir yer..hehe

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme