HaLaL ATaU HaRAm??

Salam ramadhan dan salam 1 Malaysia..

Hari ini aku mempunyai satu persoalan yang bermain di dalam benak fikiran aku. Dari tadi aku duk fikirkannya sampaikan aku ada meminta pendapat dan nasihat daripada kawan-kawan tentang persoalan tersebut. Apakah persoalan tersebut?? Aku akan cuba ringkaskan sikit persoalan tersebut. Sebenarnya begini, jika sesiapa buka blog aku, aku akan mendapat RM0.001 daripada syarikat pengiklanan. Daripada pemerhatian aku, ‘income’ akan bertambah jika aku membuka blog aku sendiri. Maknanya jika aku membuka blog aku sendiri sebanyak 5000 kali, aku mendapat RM5. betul tak matematik aku nih.

Tadi timbulnya satu persoalan dalam benak fikiran aku akibat teguran daripada seorang kawan iaitu halal ke pendapatan aku?? Teguran tersebut membuatkan aku terpinga-pinga kerana aku sendiri pun tidak tahu tentang hukumnya. Lantas aku tidak menjawab teguran tersebut.

Sekarang aku memerlukan pendapat dan nasihat daripada seorang yang pakar dalam perkara ini dan orang yang paling layak ialah bakal ustaz atau ustaz. Jika halal, akan aku gunakan pendapatan aku nih sebaik mungkin dan jika ianya haram, sila nyatakan kenyataannya. Tetapi menjadi persoalan jugak, jika ianya haram, bagaimana dengan ‘income’ yang datang melalui orang yang buka blog aku kerana ia bercampur aduk.

Perkara ini juga mendedahkan rahsia bagaimana menjana pendapatan melalui pengiklanan ‘Adver*****’ sepertimana aku pernah membicarakan sebelum ini di dalam post aku yang lepas. So anda fikirkan la soal halal ke haram sebelum mempraktikkan cara tersebut.

Akhir sekali, aku berharap sangat jika ada sesiapa yang boleh menyelesaikan perkara ini. Kepada pembaca aku yang setia, sila tinggalkan komen anda sama ada di dalam shoutmix atau post comment. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih. sekian

3 Response to "HaLaL ATaU HaRAm??"

  1. Anonymous says:

    salam ukhwah....setiap yang hidup pasti akan mati, n setiap manusia dalam kehidupan ini juga akn mahukan kesenangan sebelum menuju ke akhirat.....tapi adakah kita sedar kesenangan yang bagaimana mana di halalkan dalam islam?..bagi merungkai persoalan saudara saya sbnarnya bukan pakar dalam ekonomi islam, saya aktif dalam bidang sejarah sebenarnya.....tak pe la ini hanya pendapat je....sebenarnya macam ni saudara pda pndngan saya..iklan saudara d blog 2 adakah menindas manusia? adakah ada unsur maksiat? adakah saudara yakin halal dgn hasil pendapatan syarikat itu? jawapan ada pada saudara sebenarnya....di cni ikhlas sy katakan saya letakkankan nya haram...sebab?
    1. masa saudara terbuang
    2. tiada jaminan dalam dunia maya perniagaan mesti ada unsur penipuan.
    3. pasti akan ada yang tertindas nanti
    4. andai kata saudara seorang sahaja yang klik pada iklan itu 50000 kali....sudah pasti tak berapa elok....kerana punca rezeki saudara hasil dari penipuan diri saudara sndiri...
    Islam mengajar manusia agar berusaha dengan tulang empat kerat dalam mencari rezaki yang halal.....so pikir2 kan lah.GUD LUCK.

    salam ukhwah jgk kepada saudara..
    terima kasih cz beri pandangan saudara..nati sy akan tanyakan ustaz melalui hujah yang saudara kemukakan..kekadang di dunia ini,sesuatu pendapatan tidak memerlukan bekerja dgn tulang empat kerat..melalui air liur pun,diorg blh pendapatan halal..cnthnya penceramah dan penjual insurans..

    salam....
    kte gune nuffnang je dalam blog...
    tak tau la advertlets caner diorang uruskan bisnes diorang....
    tapi sebagai penggune nuffnang kte pn kengkadang musykil gak dengan pendapatan yang akan dapat ni....
    tapi bile paham caner syarikat2 iklan kat blog ni berfungsi kuranglah sket ragu tu....

    setahu kte....
    kalau nuffnang....
    syarikat (cth : darlie...twisties dsbg nye...)yang nak iklan kan jenama diorang melalui nuffnang....
    diorang akan bayar kat nuffnang untuk sekian...sekian harge.....
    pastu nuffnang akan bayar plak kat pengguna diorang dengan syarat....
    blogger tu iklankan iklan tadi tu kat blog diorang dan setiap klik akan dapat 25sen SEHARI....
    (means....skali bukak...bleh klik skali je....kalo klik byk kali pn akn dikire sbg 1 klik....ni ape yg kte paham laa dari otai2 nuffnang....)
    dan setahu kte nuffnang ngan advertlets sendiri ade care nak detect pengguna yang tipu...
    cth : klik kat iklan sendiri....
    diorang leh detect ngan user id blogger tu...
    advertlets sendiri pun akan terminate akaun pengguna diorang kalau diorang dapat detect yang orang tu menipu....

    dan setiap orang yang klik iklan tu takkan teraniaya...
    sebab syarikat pengiklanan tu yang bayar pengguna die...
    bukan orang yang klik....

    dan lagi 1....
    sebab tu la mase nak buat akaun nuffnang...
    die akan tanye kita nak iklankan barangan alkohol....rokok sume....
    so pandai2 la nak pilih iklan yang tak bertentangan ngan islam....

    ni sekadar pandangan je....
    baik ko gi tanye orang yang paham due2 perkara....
    yang paham konsep pengiklanan blog...DAN juge orang yang pakar agama....

    nak tau jugak ape hukum kalau kita sendiri yang klik iklan sendiri....
    (cth : gi kat laptop orang lain...bukak blog sendiri pastu klik iklan sendiri...huhu...)


    p/s : dan setahu kte kalau nak tingkatkan income...kene tingkatkan trafik....so bile nak tingkatkan trafik...kte sendiri berusaha untuk menarik & memantopkan isi kandungan blog supaya pembaca tak lari....

    p/s/s : kte slalunye soh kengkawan yg klik iklan kat blog kte....hehe...tapi kalau diorang taknak tu xpe r...kalau kte sendiri...kte akan klik kat iklan org laen sebab....
    "what goes around....comes around..."
    :D


    panjang nye komen..............
    huhu......... -_-

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme