PenCArian SaTu PenGALAMan : Emas Di KAki LimA

Sejarah Asal Usul Pasir Mas

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.


Perkara yang menarik yang ingin tonjolkan penulis ialah berkaitan dengan statement bahawa ‘Bandar Pasir Mas merupakan bandar termewah di Kelantan’

Statement ini dibuktikan apabila melihat kepada aktiviti aktiviti jual beli emas agak unik di Pasir Mas, Kelantan. Ini kerana ia lebih banyak dilakukan di kaki lima kedai berbanding di dalam kedai emas sendiri.

Pada suatu ketika, penulis mahu melakukan transaksi wang ke bank BSN Pasir Mas tetapi dalam perjalanan penulis telah disapa oleh seorang peniaga emas wanita. ‘Adik, nok jua mas ke tak?’ Penulis berkesempatan untuk menyahut sapaan tersebut sambil tersenyum. Penulis sempat menoleh kearah mejanya, dia sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’. Melalui pemerhatian penulis, pada kebanyakan masa pertanyaannya atau sapaan tadi mendapat reaksi positif daripada wanita yang lalu lalang. Mereka tanpa segan silu datang dan bertanyakan harga emas semasa. Sebaik mereka menunjukkan barang kemas, Che Som yang lebih mesra disapa Kak Som mengeluarkan pula alat penimbang mudah alih miliknya dari dalam laci meja.

Bukan peniaga emas sahaja yang menjadi tarikan di pekan ini. Melewati pasar besar tua Pasir Mas dan Pasar Munduk yang mengapit rel kereta api, cubalah hidangan yang jarang dapat ditemui di tempat lain seperti etak dan cucur sira.

Harga makanan segar atau keringnya lebih murah. Di pasar terbuka itu juga terdapat sebuah gerai yang turut membuat demonstrasi menghasilkan gelang kristal dalam pelbagai corak dan rekaan.


Alang-alang di sini, jangan terlepas melihat sebuah bangunan dua tingkat berwarna hijau bersulam warna emas dan mendapat sentuhan seni bina berunsur Siam.

Itulah kediaman Hajah Wan Sabariah dan Haji Ismail yang memang cukup terkenal di Kelantan sebagai pengusaha serunding dan dodol.








2 Response to "PenCArian SaTu PenGALAMan : Emas Di KAki LimA"

  1. ambo rase bebangga menjadi warga pasir mas..hidup p.mas..!

    bagus ler..
    kita mmg ptt berbangga pn..
    "warisan tradisi pemangkin tamadun bangsa".. hidup Pasir Mas..

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme