Wabak Hawar : Hawar Ayam

Wabak Hawar

Sebelum kita pergi jauh, lebih baik kita tahu akan definisi Hawar. Hawar mempunyai 3 definisi iaitu pertama, penyakit yang merebak pada binatang atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya hawar ayam,hawar kentang. Definisi kedua bermaksud penyakit yang merebak @ menular pada manusia, contohnya wabak taun,kepialu dan lain-lain. Definisi ketiga bermaksud sejenis tumbuhan herba seperti aur-aur,awo-awo,rumput tapak itik.

Kini negara sedang diserang wabak hawar ayam. Terbaru, penduduk di beberapa daerah di Kuala Terengganu mengalami kerugian ribuan ringgit apabila ayam mereka mati dipercayai diserang wabak hawar ayam. Antara simptom wabak hawar ialah badan ayam akan menjadi lemah serta paruh berair sebelum mati.

P/S : Jika ayam anda mempunyai simptom-simpton yang dikuatiri diserang penyakit hawar ayam, anda dinasihatkan supaya membawa ayam anda ke klinik haiwan. Jangan pula anda membawa ayam anda berjumpa tabib atau dukun atau seangkatannya. Ingatan tulus ini dibawakan khas oleh www.afizuddin.co.cc

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme