Kitab Suci Al-Quran 500 Tahun Dipamer Di Internet



Pada hari ini akhbar Kosmo melaporkan satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling jarang dilihat di dunia akan dipamer di internet. Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka suarat kitab yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpan di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di internet bagi membolehkan para ilmuan dan pelajar mengkajinya.

Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinasti terakhir Mamluk. Kemudian ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford –sumber: Agensi dan Kosmo

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme