Google Zeitgeist2010 : Maher Zain Ranking No 1

BARU-BARU ini, enjin carian terkemuka, Google mengumumkan Laporan Zeitgeist tahunannya iaitu laporan berkaitan carian di Internet sepanjang 2010 melalui data kolektif dipungut di seluruh dunia.
Laporan 2010 Year-End Zeitgeist itu menawarkan perspektif yang unik kepada peristiwa besar tahun ini dan aliran terpanas berdasarkan carian global serta carian dilakukan di Malaysia menerusi google.com.my. 

Menariknya, kenderaan Inspira yang dihasilkan Proton berjaya mengalahkan carian hebat lain di dunia seperti Apple iPad, malah carian dengan kata utama 'Persembahan Terbaik di Dunia' pun tidak berupaya mengatasi carian lain di negara ini mengenai pengeluar kereta nasional yang menyerupai Mitsubishi Lancer itu.

Carian paling pantas meningkat tahun 2010 juga menunjukkan rakyat Malaysia gemar beronline untuk pelbagai alasan termasuk menjenguk drama Indonesia, Benci Bilang Cinta dan menghabiskan masa berinteraksi melalui Facebook sehinggalah mencari tawaran terbaik menerusi mudah.com.my.

Beliau mungkin tidak dikenali di sebahagian besar dunia, tetapi peminat tempatan melakukan carian terbanyak untuk penyanyi kelahiran Sweden, Maher Zain yang berada di carta teratas untuk senarai carian individu paling pantas berbanding penyanyi remaja, Justin Bieber dan pelakon Indonesia penuh kontroversi dengan skandal seksnya, Luna Maya.

Carian Bahasa Malaysia pada google.com.my juga terbukti popular. Sebagai contoh, pencarian untuk 'tokek' (Tokay Gecko) mendorong perkataan terbabit untuk menerajui senarai pertama yang paling ditaip pelayar Internet.

Ia adalah sejenis daging dengan harga yang mampu mencecah sehingga RM1 juta sekilogram di pasaran luar negara dan mungkin akan digunakan sebagai ubat untuk HIV.

Senarai dikeluarkan, Zeitgeist juga menunjukkan pelayar Internet Malaysia juga menaip soalan seperti 'Bagaimana untuk memulakan perniagaan' yang berada di kedudukan teratas berbanding carian menggunakan soalan 'bagaimana ...'.

Zeitgeist memaklumkan, definisi 'paling pantas meningkat' adalah istilah carian yang menyelidik peningkatan terbesar dalam jumlah carian melalui jangka waktu tertentu.

Senarai carian paling pantas 2010

* proton inspira
* ipad
* benci bilang cinta
* world cup 2010
* justin bieber
* fb
* utusan online terkini
* mudah.com.my selangor
* didi games
* fifa

Senarai carian individu tertinggi

* maher zain
* justin bieber
* luna maya
* din beramboi
* lady gaga
* hanis zalikha
* lee min ho
* adam lambert
* siti nurhaliza
* paul tan

Google Zeitgeist menjadi perkakasan yang menawarkan pandangan mendalam mengenai topik menarik minat seluruh dunia.

Istilah carian didapati dari lebih lima puluh negara yang muncul pada laman web Google Zeitgeist, www.google.com.my/zeitgeist2010.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme