Cataclysm Kegilaan Baru Kaki Game


Permainan komputer popular, World of Warcraft (WoW) menampilkan siri baru, Cataclysm yang pertama dikeluarkan selepas dua tahun itu membuat perubahan besar kepada permainan.

Game terbabit mengalami beberapa perubahan seperti keadaan geografi pada kebanyakan tempat popular dalam game itu selain memperkenalkan dua bangsa baru dalam permainan yang meningkatkan tahap kesukaran.

Perubahan geografi untuk Azeroth dilaksanakan melalui 'patch' yang diterapkan pada akhir November lalu manakala pek lengkap game membolehkan pelanggan membuat 'worgen' (wolfmen) dan watak goblin.
Tahap kesukaran pemain juga meningkat menjadi 85 daripada 80 sebelum ini.

Kesinambungan Cataclysm berkisar mengenai kemunculan saat kecemasan di Azeroth iaitu dunia yang mana WoW ditetapkan, Deathwing.

Selain perubahan geografi, banyak permintaan permainan yang perlu dilakukan untuk maju ke tahap lebih tinggi. Kebanyakannya bertemakan membantu kawasan tertentu pulih daripada kerosakan yang diakibatkan musuh Deathwing.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme