Akademi Fantasi 9 (AF9) : Musim Terakhir


Setelah lapan musim diadakan, dengarnya Akademi Fantasia akan mengakhiri zaman kegemilangannya untuk musim yang ke-9 ni.. Akademi Fantasia 9 adalah Akademi yang terakhir akan diadakan dan tiada lagi Akademi Fantasia selepas musim yang ke-9 ni.. Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi kata, penamatan Akademi Fantasia bukan kerana kurang sambutan sms tetapi kerana ingin memberi peluang kepada rancangan realiti yang lain…
Tambah Azlin lagi, AF9 kali ini akan menampilkan khidmat pengacara terkenal tanah air.. Tapi nama pengacara terkenal tu tak pula diberi tahu… siapakah geranganya pengara terkenal tu?.. dalam kepala kami hanya terbayang wajah Uncle Aznil je.. Wah mesti best kalau Aznil kembali mengacara AF9 kali ni kan..
Apa yang tidak menyeronokan kami apabila AF9 kali ni akan menampilkan seorang pengetua terkenal dari rantau Asia.. AH! apa kejadahnya nak ambil pengetua daripada rantau asia.. Dah tiada ke artis yang layak jadi pengetua di Malaysia ni..
Ak agak yakin rantau asia yang dimaksudkan tu adalah dari negara Indonesia.. Sebab persamaan dari segi bahasa dan budaya yang hampir sama.. Sebelum ni pun dah ada gosip yang mengatakan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua bagi AF9 kali ini.. Tapi gosip tu masih belum lagi disahkan kebenaranya.. Sama-sama la kita tunggu keputusan siapakah pengetua yang sebenar AF9 kali ini sebelum kami menyuarakan pendapat.. Ramai berharap  agar pengetua kali ini dikalangan artis Malaysia sendiri.. Baru la namanya menyokong industri muzik tanah air..
UJIBAKAT AF9


Memandangkan AF9 adalah musim yang terkahir, Bagi sesiapa yang ingin bergelar artis AF dan yang pernah gagal sebelum ini.. Ini lah peluang terakhir anda untuk mencuba uji bakat.. Ujibakat kali ini agak mudah, kerana anda tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran.. Korang boleh ujibakat secara online sahaja bermula 13 hingga 27 Januari ini. Untuk keterangan lanjut korang boleh la layari laman web rasmi Akademi Fantasia.. www.akademifantasia.com.my
Bagi sesiapa yang tiada kemudahan Internet, korang boleh la hadiri ujibakat di dua buah negeri iaitu di Sabah bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu pada 28, 29 dan 30 Januari, manakala di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11, 12 dan 13 Januari ini.
Mereka yang berminat perlu berumur di antara 18 hingga 45 tahun dan membawa salinan kad pengenalan atau pasport untuk warga negara Singapura serta berserta dua keping gambar berukuran 4R. Setiap peserta boleh menyanyi lagi pilihan masing-masing.

Sumber: MyGosip.com

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme