Kempen Hari Tanpa Beg Plastik


Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' telah mengisytiharkan pada setiap hari Sabtu di negeri Selangor bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Pada hari tersebut, beg plastik tidak akan diberikan kepada pelanggan untuk menggalakkan mereka membawa beg sendiri. Sekiranya pengguna inginkan beg plastik, mereka perlu membayar sebanyak 20 sen bagi setiap beg plastik.

Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Sebagai penggantinya, orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global. Bumi ini merupakan satu-satunya rumah bagi manusia, flora dan fauna.

Kenapa masih ramai individu yang berpendidikan, tetapi bersikap seolah-olah memekakkan telinga dan memejamkan mata mengenai kempen ‘hari tanpa beg plastik’?

Ada juga pengguna yang tidak berpuashati tentang kempen tersebut, malah menganggap ia merupakan taktik peniaga untuk mengaut keuntungan dengan menjual beg plastik. Pengguna perlu sedar tentang tujuan kempen ini dan perlu menyokong bagi menyelamatkan bumi kita.

Di manakah pula perginya wang bayaran beg plastik tersebut? Mengikut kajian, bayaran yang dikenakan sebanyak 20 sen akan disalurkan kepada tabung kebajikan. Jadi berusaha untuk  bersama-sama terlibat dalam menjaga alam sekitar dan menyokong kempen ini demi kesejahteraan generasi akan datang. Jadilah pengguna bijak dengan mengelak diri daripada menambah bahan toksin di dalam bumi kita.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme